Thursday, March 26, 2009

Have Fun/Good Clean Fun

Semalam aku balik kerja terus pergi rumah Amert Stick No Bill, pastu tido sampai pukul 7. Ngantuk. Aku sekarang asyik tak cukup tidur je. Pukul 7, aku, amert, shah Disgruntled ngan Buyeng (budak skate kat Putrajaya, asal Kerteh) bergegas gi KLIA.

3 band kawan-kawan akan berangkat ke Indonesia untuk siri jelajah (3 show jer, tapi Ok la tu...). Mereka adalah Skunkfix, Carbon4Teen dan Skatanixs. Tapi Skatanixs naik flight dari Penang. Ni la first time aku gi hantar band utk touring sampai diorang masuk ruang menunggu naik flight.

Rugi pulak tak amik gambar. Emo jugak semalam masa bersalam-salam (salam gig) sambil ucap "Have Fun!" dan sampai ditukar "Good Clean Fun!"

Kenapa kitorang semangat sangat sampai pergi hantar di KLIA? Kitorang tunggu sampai nak tengok kapal terbang diorang berangkat. Sebenarnya Skunkfix baru siap rakam n mixing 3 lagu promo yang bakal mula diedar pada budak-budak di Indonesia. Kira budak Malaysia pun tak dapat lagi lagu-lagu ni, kerja agak last minute dan aku terpaksa ditugaskan buat layout utk cover CD diorang ni. Jadi, terpaksa la kitorang gi KLIA sampaikan cover tu (fotostet je kat ofis ni...)

Berikut layout cover tu...


Artwork oleh Emy Skunkfix.

Buyeng ni baru lagi lepak ngan kitorang. Dia budak MMU. Muda lagi 19, dan masih single. Jadi die pun macam blur2 lagi akan aktiviti kami ni tapi die dah tengok DDT jam minggu lepas. So, dalam perjalanan pulang die tanye la, korang kenal band-band tadi kat gig ke?

Skunkfix aku kenal kat MySpace. Masa tu aku dengar lagu kat MySpace mcm bes so aku ajak trade stuffs. 10 keping CD diorang first demo aku dapat. Semerta, Fael gitaris diorang selalu datang lepak kat area umah aku dulu dan lepak dengan aku dan Rizie lalu terus jadi rapat sampai Fael, Rizie ngan aku jamming2 sampai terhasil band DumDumTak. Sebelum tu jugak aku ada release lagu-lagu Skunkfix bawah label aku. Rizie jugak penah ejas skunkfix main di Kuala Terengganu dulu dan kitorang travel sama-sama gi and balik KL dengan keter Razi (AnockMearan) dan Fael (eh ye ke? lupe). On the way balik, kitorang singgah di Marang dan mandi laut di Marang. Bes bes...Amert pun ada sekali masa tu...nanti aku carik gambar time tu...

Carbon4Teen pulak, memang band lama...aku pernah dengar dalam beberapa compilation sebelum ni. Tapi first time aku jumpe line-up diorang dan tengok diorang main adalah tahun lepas. Bak kata Tobek Fags and Stoned, sapa tak kenal Apis sekarang? Tokey besar Red Ink Entertainment. Pewaris buat gig di JB lepas Dicky...ehehhee...tapi sekarang die banyak buat gig-gig besar di KL.

Skatanixs...aku kenal...aku memang baik ngan drummer diorang iaitu Ian. Dulu masa awal pembabitan aku dlm scene, aku suke skate dan so-called underground music. So, Ian ada buat zine nama Most Wasted Skateboarding or MWS. Jadi aku tulis dan contribute stuffs untuk zine die semua. Fi frontman diorang pun memang seorang yg sangat berdedikasi dalam scene skatepunk dan punk rock am nya di Malaysia. Ni pun dah kali kedua mereka pergi Indonesia.



Oh, ni satu berita yang aku tak patut tulis, tapi...ada sangkut-paut dengan Indonesia, jadi aku tulis jer lah. Satu label Indonesia telah menyatakan hasrat untuk merilis split CDR DDT dengan satu band di Indonesia bernama The Roots...Mungkin dalam pertengahan atau akhir tahun ni...aku harap projek ni menjadi...


:)

No comments: