Sunday, March 29, 2009

Movie Review -Talentime


Talentime, sebuah lagi filem dari Yasmin Ahmad yang penuh dengan trademark dari beliau. Kisah keluarga yang berpegang pada kepercayaan Islam dan dipaparkan dengan cara yang "realiti" pada masa kini dan juga dulu mungkin. Awek melayu berbaju kurung, keharmonian dan konflik bangsa/budaya berlatarkan arkitektur lama di bandar Ipoh.

Filem yang membuatkan anda gelak besar tak abis-abis dari mula cerita sampai nak habis cerita. Part-part nak habis tu pulak akan buat anda menangis. Betul. Menangis.

Sebuah filem yang cantik. Cinematografinya cantik. Angle-angle cantik. Jalan cerita agak biasa tapi banyak bermain dengan perasaan, tapi tak berat sangat. Santai jer.

Part paling bes, masa cikgu kentut. Selambe.

Lepas tengok filem ni, lagu "Marebbbiiiyaaaaaaaaaaaaaaaa" terngiang-ngiang.

Aku kasik 3 1/2 bintang out of 5.

Banyak lagu-lagu bes dalam filem ni terutamanya (ada 2 kalau tak silap) yang dinyanyikan Aizat AF dan ditulis oleh Pete Teo.

3 comments:

rin said...

nk kata i nagis la tu...wuk!!!!

Kronik Kronisme said...

hehehe...
aik...
mane tau ni?
;P

Nazima said...

o re piya la.