Thursday, September 7, 2017

Pelajar Autism



Aku ada juga pelajar yang menghadapi autism. Ada tiga. Aku terpanggil untuk menulis sikit tentang mereka. Okey, kursus peringkat sijil ni syarat minimanya adalah berusia 16 tahun ke atas (tak perlu SPM), dan mesti boleh membaca, menulis dan mengira (3M). 

Yang pertama ni, lelaki. Nampak okey saja tapi kalau orang tak tahu dia ada autism, memang boleh bertumbuk juga. Dia macam bossy sikit lagak macam ketua kelas. Hari pertama masuk computer lab terus bacakan kuat-kuat pada kawan-kawan kelas suruh patuh pada peraturan yang ditampal di situ. Memang mula-mula dulu ada seorang pelajar tiba-tiba duk marah-marah dia macam nak bertumbuk. Aku terus tarik pelajar ni keluar kelas dan bagitahu pasal situasi autism dan suruh dia faham. Lepas tu, okey. Panik sekejap. Aku bagitahu pelajar-pelajar lain suruh memahami keadaannya. Namun ini bukanlah sesuatu yang mudah walaupun pelajar-pelajar lain ini umur dah lepas 17 tahun. Mereka tetap rasa annoyed dan kurang mahu berkawan dengan dia. Ajar pelajar autism memang perlu banyak bersabar. Kadang dia telefon hanya nak bagitahu dia nampak anjing di guard house. Kadang dalam kelas datang sawan. Kasihan juga.

Yang kedua pula, perempuan. Emak dia turut masuk ke kelas bersama dia, duduk di bahagian belakang. Emak dia akan belajar, ambil nota apa yang aku ajar dalam kelas. Dengar cerita, di rumah emaknya akan ajar dia kembali apa yang aku ajar sampai jam 1 pagi. Pelajar aku ni pula dalam kelas duk asyik salin nota dan padam. Lepas tu melukis, padam, lukis balik. Di kelas berikut, dia akan hantar lukisan yang elok. Bila aku suruh dia lukis balik lukisan ni memang dia tak dapat lukis walaupun satu logo simple. Semester ni baru mula guna computer, harap okeylah. Isteri aku bergurau cakap patut emak dia pun kena bayar yuran juga. Namun sebagai seorang yang juga mempunyai anak, aku faham perasaan ibu bapa dan harapan mereka terhadap anak-anak mereka. Sanggup mengorbankan masa untuk masuk kelas anak yang sudah remaja nak tengok anaknya berjaya.

Yang ketiga, anak raja dari sebuah negara di benua afrika. Oh yang ni bukan peringkat sijil tapi ijazah. Lukisannya agak teruk, aku ajar lukis komik. Tapi kebanyakan scene lukis benda sama.

Kadang-kadang aku rasa down juga sebab aku bukanlah seorang pengajar yang ajar budak-budak final year atau Master. Namun untuk mengajar budak-budak autism ni bukan calang-calang orang boleh buat. Ajar peringkat pengajian tinggi pula tu. Perlu kesabaran yang sangat tinggi. Kena jawab benda sama banyak kali. Aku kira aku juga bukan calang-calang pengajar juga kadang-kadang.

Monday, August 7, 2017

5 SOALAN: Verminator

AKU mengenali Yoe semasa dia bermain dram untuk band punk rock Cock Say Cock Dung dan kemudian The Let's Go yang berpengkalan di Mengabang Telipot, sebuah kampung punk di Kuala Terengganu. Namun, Yoe lebih kearah genre muzik Metal. Baru-baru ni, Verminator mengeluarkan album mereka dan mendapat sambutan hangat. Jom semak beberapa soalan yang aku berikan kepadanya mengenai VERMINATOR.



Yoe, boleh ceritakan berapa band mu main leni? Namakan band-band yang mu terlibat.

Band hok aku main sekarang, anyg aktiif adalah Dysgusted, Suffer Remain, Nosferiel(drum), Veminator(vocal dan guitar). Ade juga beberapa band yang guna aku sebagai sessionist.

Ceritakan sikit tentang Verminator, bila ditubuhkan dan pengaruhnya...

Verminator ditubuhkan hujung-hujung 2013. Line-up tetap adalah Zam Neoroth (dram), Jim Reinigen (bass/ vocals) dan aku (Guitar/Vocals). Verminator dipengaruhi kuat oleh old school thrash metal Eropah dan benua USA seperti early Metallica dan early Sepultura.

Ceritakan sikit tentang proses rakaman album ‘Fatal Devastation’.

Rakaman ‘Fatal Devastation’ berlaku sekitar awal 2016 berakhir awal 2017. Track dram direkod di Musecca Studio, Dungun. Track guitar, bass, vocal, proses mixing dan mastering dilaksanakan oleh Erylasia Studio, Kuala Terengganu.

Macam mana scene Terengganu sekarang terutama genre Metal? Aku rasa aktif jugak leni dengan beberapa siri gig diadakan di Dungun dengan band-band lama main di sana seperti Modar, Sil Khannaz, The Pilgrims, Suffercation dan terbaru Infectious Maggots. Band-band baru dari Terengganu apa yang berpotensi tinggi?

Scene metal di Terengganu sekarang boleh dikatakan amat meriah. Banyak gig-gig telah dianjurkan. Ramai juga nama-nama besar turun beraksi di sini dan mereka amat berpuas hati bermain di sini kerana crowd yang supportive tidak mengira band.

Band Terengganu baru yang berpotensi bagi aku adalah Sapprah yang membawakan genre Eastern Death Metal. Mereka akan beraksi sekali dengan Verminator di Kajang pada bulan 10 nanti. Band Sahaya (band lama yang aktif balik) juga berpotensi tinggi untuk maju. Bergenre black metal Norway ala-ala Satyricon dan lain-lain. Aku dengar lagu mereka yang first time rekod memang terbaik. Susunan yg kemas mudah untuk diterima telinga. Selain bermain gig, setakat ini tiada apa-apa lagi yang dikeluarkan oleh band-band ni, mungkin tengah proses untuk keluarkan first meterial dan memeriahkan lagi scene metal 
Terengganu.



Setakat ni apa feedback yang diterima tentang album ‘Fatal Devastation’? Ada sampai pos ke luar negara rasanya. Aku beri peluang mu promote ‘Fatal Devastation’. Dan kata-kata akhir.

‘Fatal Devastation’ boleh dikatakan dapat feedback yang positive dari kebanyakan pendengar. Jualan CD pun boleh tahan juga lepas launching di gig ‘Hammer Ov Thrash’ penghujung April lepas. Kedai-kedai di Kompleks Campbell dan sekitar pun dah beberapa kali repeat order. Ada juga yang dari USA order dan dari Poland untuk dimuatkan dalam majalah dari sana, Hardrocker. Ia turut dimainkan oleh stesen radio di sana. Terbaru, CD kami akan dihantar ke German oleh Gedebe Rekords.

Kata-kata akhir aku semoga scene metal Terengganu dan Malaysia terus maju dan dikenali dunia. Kepada yang meminati irama old school thrash metal seperti Sodom, Destruction, Kreator, early Metallica, dan early Sepultura, segeralah dapatkan album ini kerana kami hanya membuat 500 copy dan baki dah  tak banyak. Nantkan keluaran limited edition versi kaset oleh Gedebe Rekords nanti di gig Kajang bulan 10 ni. Untuk belian CD, boleh PM menerusi FB Verminator atau email verminatorband@gmail.com


Terakhir sekali, terima kasih kepada saudara Nizang kerana sudi interview aku. Mu kemahh bohhh…

Wednesday, August 2, 2017

Transplant Secara Batin

PENGALAMAN DIBEDAH SECARA BATIN

Aku bukanlah seorang yang percaya kepada bomoh, berubat kampung atau rawatan alternatif ni. No offence pada mereka yang mempercayai dan mengamalkannya.

Walaupun ada yang tidak meletakkan harga dan cuba bayaran “ikhlas”, kebanyakannya mahal dan tidak berhasil pun. Dalam kata lain…kelentong. Malah sekarang, setelah apa yang sudah aku lalui… aku agak anti akannya. Aku dah cuba macam-macam.

Jual air mineral pun kadang tu nak kaitkan dengan dapat menyembuhkan penyakit, give me a break.

Tapi orang-orang yang mencuba nasib dengan perkara-perkara ni, mereka terdesak. Doktor dah nak potong kaki misalnya, tapi ubat kampung cakap tak perlu. So, cubalah pergi ke ceruk mana sekalipun mereka pasti sanggup. Orang kaya, orang berpelajaran tinggi tidak terkecuali malah orang yang kuat beribadah dan pergi dengar ceramah di masjid pun ramai yang percaya.

Kalau ada yang berjaya, Alhamdulillah. Kalau tak berjaya setelah belanja banyak duit, bagai kambing menanduk bukitlah jadinya.

Aku pun terdesak namun masih tidak setuju untuk berjumpa bomoh, atau dengan kata lainnya ubat kampung. Orang agama kata syirik, mungkin kerana melibatkan jin. Dunia jin dan bunian ni bukannya kita reti.

Tapi kerana untuk menjaga hati orang tersayang, aku turutkan jua. Khabarnya dah ada orang yang sembuh lepas mendapat rawatan di sana. Daripada kena dialisis, jadi tak payah dah.

Kami tiba di sebuah rumah kecil, kuarters kakitangan kerajaan. Orang yang aku mengubati ni adalah budak perempuan 16 tahun. Kata emaknya dia tak boleh bersekolah dah kerana ilmu atau kuasanya tu. Ada sekali tu sampai terbalik kereta dibuatnya.

Di dinding rumah terpampang gambar mak ayah budak ni di Mekah. Aku pun cerita masalah aku. Buah pinggang aku dah rosak teruk dan doctor dah suruh mulakan dialisis.

Dengan konfiden mereka bagitahu mereka boleh tukar buah pinggang secara batin. Dalam hati aku tergelak kecil. Nak dua-dua belah ke satu saja? Satu RM150 saja.

Kawan aku pun cakap, elok buat dua belah terus, dia sanggup sponsor kos pembedahan secara batin tersebut. Aku disuruh baring meniarap. Adik 16 tahun ni duk sibuk menghadap main handphone je sepanjang waktu rawatan setengah jam tu. Sekali sekala jari dia menekan belakang badan aku secara lembut. Tekan seakan mendail telefon pun ada aku rasa.

Lepas selesai, ayah dia pula bersuara. Dia kata, “Mesti tertanya-tanyakan dari mana kita ambil buah pinggang tu? Kita sebenarnya ambil dari India. Jangan risau, dari orang Islam punya.

Dan jangan risau, sebelum sampai ke Malaysia…buah pinggang itu telah disinggahkan ke Mekah dan dibasuh dengan air zam zam”. Dalam benak aku terfikir, dadah jenis apalah pakcik ni makan.
Setelah selesai, kata mereka proses transplant dah selesai. Ada beberapa makanan yang aku tak boleh makan selama seminggu.
Emaknya tukang buka bil, dan kawan aku bayar RM300.

Aku ke klinik swasta untuk periksa darah aku samada cretenine aku sudah turun… hampa. Kami ke rumah bomoh ni sekali lagi memberitahu cretenine belum turun.

Dia pun bagitahu, buah pinggang dah baru dua-dua belah, tapi cretenine belum turun. Jadi dia pun dail lah telefon lagi sekali belakang badan aku, kah kah kah! Padahal secara zahirnya, kalau buah pinggang dah transplant dan berjaya, bacaan cretenine akan terus turun.

Satu yang aku rasa kelakar, sebelum-sebelum ni kalau berubat kampung ni biasanya tukang rawat akan cakap “InshaAllah” atau “saya cuba”. Tapi yang ni tak pernah dan memang tahap konfiden memang sangat tinggi.

Semuanya dia boleh, tiada istilah “inshaAllah”, tiada istilah “cuba”. Memang boleh. Transplant jantung boleh, transplant paru-paru boleh.

Lain-lain pun boleh, ada kadar harganya dengan harga transplant buah pinggang adalah yang termurah.

Kesudahan ceritanya, aku tetap kena dialisis selama satu tahun setengah dan kemudiannya transplant buah pinggang secara zahir didermakan oleh adik aku. Di hospital manusia, bukan bunian




Monday, July 17, 2017

5 Soalan: IN A SENSE (20 tahun)

IN A SENSE antara band yang aku gemari dan nantikan rilis terbaru dari mereka. Agak lama menunggu rilis dari band yang kedengaran ala-ala punk, indie dan garage rock ini. Demo 2011 mereka aku tak dapat sampai sudah walaupun dah minta beberapa kali dari Anchoi. Zine Shock N Awe ada membandingkan rilis itu dengan The Get Up Kids. Okey, tahun ini mereka ada rilis baru berformat kaset dengan cover depan menunjukkan line-up mereka pakai kain pelikat tutup kepala dan hanya nampak biji mata sahaja. Ianya terhad dan ada aku jual dan beberapa keping aku buh di Teenage Head Records. 



In A Sense dah berusia 20 tahun. Cerita sedikit sejarah band dan mungkin kejayaan-kejayaan lepas, haha. Maksud aku apa rilisan yang ada dan kompilasi yang pernah join.

Anchoi: Hehe. Pejam celik, pejam celik je zang. Aku pun tak tahu apa kejayaan-kejayaan lepas tu. Berjaya release material, main gig, jawab zine interview, cari replacement Adyr dan Amin serta masih mampu bertahan lagi sampai sekarang walaupun ada time tu aku macam rasa dah nak give-up segala-galanya. Nasib ada Kerol yang duk bagi semangat dari dulu. Tapi sejak Bard n Spexx ada ni lagi semangatlah jadinya. Mungkin inilah yang dikatakan kejayaan tu kot, hehe.

Asalnya In A Sense ni dengan nama The Paradock. Lepas released demo dalam tahun 1997/98 macam tu, kami tukar nama ke Innocent Criminal. Dan dengan nama Innocent Criminal kami released demo tape pada tahun 1999. Kami tukar lagi nama kepada In A Sense.

Line-up sejak nama The Paradock sampailah ke nama In A Sense sama je. Takda apa yang berubah cuma nama saja. Split release In A Sense dan Scandel 26 adalah release terakhir Adyr selaku vokalis/gitaris dan Amin selaku pemain gitar bersama kami.

Selepas itu beberapa rakan-rakan telah menggantikan posisi-posisi mereka. Kompilasi-kompilasi yang kami pernah terlibat adalah ‘Indipendente’, ‘Kopi Sechewen Vol.3’, ‘Non-Conformity’ dan ‘Berikan Cinta Pada Sesama’ (Dum Dum Tak pun ada sekali kan? hehe).

Ceritakan tentang rilis baru ni. Tentang lagu-lagu dan juga sesi rakaman. Berapa keping dicetak dan kenapa format kaset?

Spex: Rilis terbaru ialah Demo 2017. Ada lapan lagu semuanya. Lagu-lagu yang dirakamkan ilhamnya datang agak random. Jadi kami menulis apa sahaja yang terlintas pada ketika itu. Dirakamkan di Green House Studio dengan bantuan dan tunjuk ajar dari Tom Bollocks. Sebelum dirilis, kami merujuk kepada rakan-rakan seperjuangan dan juga Tom khasnya format apa yang harus digunakan. Akhirnya kami sepakat untuk rilis kaset sebanyak 100 keping. Test market bohh… hahaha!

Ada dua line-up baru dalam In A Sense termasuklah frontman. Frontman memainkan peranan paling besar dalam sesebuah band. Kalau tak silap lagu baru banyak Spex yang tulis?

Anchoi: Sebenornya line-up baru ni takdelah baru sangat pun. Spexx join 2008/2009, Bard pula lepas released e.p/demo 2011 untuk replace Zahid. Actually untuk demo 2017 ni, untuk lirik Spex ada tulis satu lagu dan ada satu lagu lagi Spex dan Bard tulis. Lirik lagu lain-lain tu aku tulis dan untuk song compositions tu kami buat sama-sama. Dari idea yang raw dan kami develop masa jamming. Untuk release-release akan datang aku sure Spex akan banyak bikin lirik. Akal dia tengah mencanak-canak ni...

Spex: Line-up terbaru ialah Bard di posisi gitar menggantikan Zahid. Saya join In A Sense tahun 2008/09 di posisi gitar juga. Untuk rilisan EP 2011, saya dan Shah menyumbangkan vokal bersama-sama. Ala-ala Linkin Park, hahaha... Kemudian Shah terpaksa meninggalkan In A Sense kerana komitmen beliau dan tinggallah saya di posisi vokal. 

Tentang peranan, saya rasa kami semua menyumbangkan usaha dan tenaga secara sama rata untuk rilis Demo 2017 ni. Lagu dan lirik biasanya salah seorang dari kami akan bagi idea kasar semasa jamming dan kemudian kami sama-sama akan kembangkan idea tersebut sehingga terhasil lagu yang lengkap. Jadi, proses penghasilan lagu ianya lebih kepada collective effort In A Sense.



Band apakah yang menjadi pengaruh kuat untuk rilis terbaru ini? Nampak macam Spexx banyak baca buku. Adakah pembacaan banyak mempengaruhi penulisan lirik?

Anchoi: Sejak record lagu 'Kaninne' untuk compilation ‘Berikan Cinta Pada Sesama’ (2007), The Hellacopters, Turbonegro, The Clash, Bloc Party dan beberapa band lain masih lagi menjadi inspirasi kami untuk rilis terbaru dan yang akan datang.

Spex: Untuk rilisan terbaru, saya dengar The Hives, Bloc Party, Hellacopters dan band-band seumpama dengannya. Nak cari sound Rock n Roll tu lah.. Tentang pembacaan, idea tu datang secara random Zang. Memang tak dinafikan, pembacaan pun banyak mempengaruhi penulisan lirik. Kadang-kadang artikel yang keluar di Facebook juga mempengaruhi penulisan lirik. Senang kata, tak ada bahan bacaan spesifiklah.. Hentam je semua. Hahaha!.

Apa perancangan band lepas ni?

Spex: Kami merancang untuk release split dengan Freygyle dalam masa terdekat ni. Kalau boleh, nak main gig banyak-banyak jugalah... hahaha!! Keep on Rock n Roll!


Sunday, July 16, 2017

5 Soalan: Peligrosos

PELIGROSOS adalah antara band yang menarik perhatian aku semasa ke Sabah pada tahun lalu. Selepas menonton set mereka, aku terus melamar mereka untuk merilis sesuatu dibawah Nervhous Records. Kena dengan muzik dan trend kaset yang kembali dibeli oleh peminat muzik punk dan metal tempatan, kaset mereka bejudul 'Brainwash' berjaya diterbitkan dan masih berbaki beberapa keping. Nizang tanya Saipul 5 soalan...



1. Aku dengar band ni dah bergabung sejak di bangku sekolah namun baru-baru ni berlaku pertukaran line-up. Kenapa jadi begitu?

Asalnya cuma aku dan Ayen saja yang mengasaskan band ni sejak sekolah lagi. Kami ada beberapa pemain yang silih berganti untuk drummer dan bassist (rhythm section). Asik@Jass sebagai drummer dan Asnor sebagai pemain bassist. Kemudian posisi drummer ditukar kepada Sapik. Yang paling lama main dengan Peligrosos ialah Ancap dan Kiong, meraka ni juga banyak terlibat dalam pembikinan e.p ‘Brainwash’ dari 2014 hingga 2016. Baru-baru ni Ancap dan Kiong keluar dari Peligrosos atas sebab komitmen pada famili masing-masing. Kiong bakal melangsungkan majlis perkahwinannya tahniah, kepada Kiong.

2. Cerita sikit tentang rilis ‘Brainwash’, lagu-lagu dan lirik dalam kaset ni. Berapa persen thrash metal dan berapa persen punk rock agaknya? Bagaimana pula dengan proses rakaman.

‘Brainwash’ ni telah dirancang sejak 2014 lagi. ‘Demokrasi Pagar Besi’ sebenarnya ada dua versi yang berlainan tetapi pada 2016 kami rakam balik. Kami mengambil masa yang lama untuk menyiapkan EP ‘Brainwash’ disebabkan line-up semua tengah study time tu. Ketika study, kami hanya berhubung menggunakan Whatsapp untuk buat riff. Dan di penghujung 2016 kami terus masuk home studio dan rakam. Persen tu takda jumlah yang spesifik kami letak dalam sesebuah lagu. Tapi kami akan nilai supaya tiga elemen tu seimbang. Itu hanyalah pada pendapat kami. Mungkin pada pendapat orang lain lagu kami belum lagi seimbang. Lirik pula berasaskan kritikan terus kepada media dan sistem politik semasa.

3. Bagaimana sambutan dan juga maklumbalas dari pendengar? Rasanya pasti ramai yang nyanyi sama ketika di gig sebab ramai yang dah dengar, betul ke?

Alhamdulillah setakat ni sambutan dan maklumbalas sangat puas hati. Sejujurnya kami tak sangka feedback daripada kawan-kawan sangat bagus sedangkan ini barulah percubaan pertama daripada kami. Jutaan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang mengenali kami dan telah membeli kaset kami. Tanpa kamu siapalah Peligrosos kan. Part ‘Media So Sial’ kawan-kawan selalu sing along, fuhh memang rasalah energy mereka time main lagu ni.

4. Ada lagu-lagu baru yang dicipta dan adakah stail masih sama? Bila rancangan untuk kembali ke studio?

Lagu-lagu baru sekarang in the process. Peligrosos akan target 12 track insyaAllah dan akan dimuatkan ke dalam sebuah album. Stail tu akan sama saja tidak ada plan untuk mengubahnya. Cuma mungkin akan lebih aggressive lagi lepas ni. Tunggu dan lihat sajalah, hahahah. Rancangan untuk ke studio tu kami target pada tahun depan bergantung kepada kelapangan line-up.

5. Ceritakan sikit tentang scene Tawau. Dan juga kata-kata akhir. Terima kasih.


Setakat ni scene Tawau okey saja. Terima kasih pada kawan-kawan yang mengenali Peligrosos. Kawan-kawan yang telah membeli kaset EP ‘Brainwash’ dan yang telah mendengar EP ni. Ucapan terima kasih juga pada Nizang Nervhous Records sebab rilis EP Brainwash dan sudi interview kami.



Tuesday, July 11, 2017

5 Soalan: Republik Anak Timur (RAT)

Marjinal dan Romi and the Jahats antara yang bermain di fikiran bila memutarkan CD demo band ni. Antara band yang paling aku look forward untuk mendengar lagu-lagu mereka akan datang. Check it out.



1. Bila band ni mula bergabung, di mana dan macam mana berjumpa?

Awal tahun lepas (2016), di Johor Bahru. Kenal kawan atas kawan. Kawan-kawan yang kenalkan kami. Kami semua berasal dari Kelantan. Tapi kami bekerja di Singapura dan menetap di JB.

2. Ceritakan sikit tentang lagu-lagu dalam CD ‘Pah Ceroh’. Berapa banyak dicetak dan maklumbalas yang diterima?

Lagu-lagu kami berkisarkan tentang isu-isu semasa tak kira dalam atau luar negara. Kami rakam di Carlos Studio di Taman U, JB dengan bantuan Botak (Klabu Asap) dan Daus (Dickies Tale). Mereka banyak membantu.

Setakat ni kami cetak 60 keping, semua komen membina dan tiada yang condemn. Cuma teguran dari segi lead vocal kurang jelas. Ini sebab kami rakam live, sekali jalan. Yang rekod track Cuma second guitar dan part nyanyi ramai-ramai.

3. Namakan band yang digemari dan menjadi rujukan kalian.

Dum Dum Tak, Marjinal, Romi and the Jahats, Dead Kennedys…

4. Dah berapa banyak gig RAT sertai? Dan mana yang paling bes, mungkin gig raya baru ni kerana main di kampung halaman sendiri?

Dua gig, yang pertama di Kulaifornia dan kedua di Kelantan. Semuanya best dari segi sound, crowd dan support. Cukup power, alhamdulillah.

5. Apa perancangan lepas ni?

Perancangan lepas ni nak keluarkan merch, dan rakam bonus track. Bonus track akan dimasukkan dalam kaset yang akan kami keluarkan nanti. Lagu-lagu baru dah ada tapi bagi laluan untuk first demo ni dulu. Terima kasih bea.


Tuesday, June 27, 2017

Suka tengok LRT

1. Aku jarang naik LRT.

2. Aku suka tengok tren LRT.

3. Biasanya time dalam kereta waktu pulang
 kerja.

4. Ada rasa keterujaan bila tengok tren LRT melintas atas rail.

5. Kena pulak time tu matahari tengah nak terbenam. Sunset la bak kata orang Kuala Ibai. Warna langit warna maghrib. Ini satu bonus untukku.

6. Ada nama ke untuk fetish tengok tren ni?

#nakjugakbuatstatusbernombor

PR kedai gajet

Tahun ni raya ke-3, kami ke kedai gajet untuk beli bateri fon. Kedai ni dalam Giant. Pekerja di situ bertanya, "mana anak seorang lagi?". Kami terkesima lantas aku bertanya, "Ha? Kenal ke?"

Rupa-rupanya raya ke-4 tahun lepas, kami telah ke kedai yang sama untuk baiki fon. Itu kali pertama kami ke kedai tersebut dan memang tak kenal pekerja di sana.

Kagum juga aku. Beratus-ratus customer datang, dia masih ingat tentang salasilah keluarga kami.

Ini PR bisnes yang bagus. Tu je nok kabo.

#positivevibes
#brocuba

Sunday, June 18, 2017

5 SOALAN: SHIZUKA BEN AMAN

Aku pasti semua orang pernah dengar lagu ‘Redline 95’ oleh Shizuka. Kali pertama aku dengar dalam tape kompilasi Kopi Sechewen vol. 2 masa ianya baru terbit, lagu ni antara yang paling menonjol dalam tu. Beberapa minggu kemudian, di satu gig di Kuala Terengganu…band skatepunk Uncle Tobie telah mengcover lagu ni dan membuktikan pada aku, lagu ni amat sedap dan akan menjadi satu lagu hit dan disukai ramai. Shizuka kini kembali dengan nama lama SHIZUKA BEN AMAN dan baru mengeluarkan CD berjudul ‘JauhJauh’. Cuba dapatkannya, kontek Encik Faizal.


1. Lagu ‘Redline 95’ menjadi siulan semua orang. Rata-rata remaja era 90an tahu dan masih ingat lagu ini. Ada yang mengatakan Shizuka band mysterious (mungkin sebab lagu ini terkenal di serata pelusuk negara namun band ni jarang muncul di pentas). Apa komen saudara tentang sambutan terhadap lagu ini?


Masa lagu tu, orang suka… kami tak tahu pun sebenarnya. Sebab masa tu bukan macam sekarang viral-viral senang nampak. Kami budak working class; kerja, balik rumah, lepak minum kat Ah Yoong dan Studio SYJ Bazar Bulat. Kadang-kadang kami main game dan makan donut atau tengok movie. Lain-lain perkembangan dunia kami tak ambil tahu sangat. First time dapat tahu ada orang suka lagu ni, kami macam pelik dan takut. Antara sebabnya kami band noob cap ikan bilis je. Banyak benda kami tak tahu.

Pasal persembahan pentas, kami ada main tapi tak kerap. Kemungkinan juga sebab orang tak tahu siapa sebenarnya band yang main lagu ni. Mungkinlah, so diorang tak boleh contact.


Komen kami...Alhamdulillah le. Bukan ramai band yang dapat lalui macam apa yang kami lalui. ‘Redline 95’ tak dapat promo pun macam lagu-lagu zaman sekarang. Tapi tak tahu macam mana boleh menjalar ke telinga pendengar seluruh negara dan masih lagi didengari kini... ajaib. Kepada yang mendengar dan suka, terima kasih lagi sekali.

2. Lama Shizuka menyepi, kini kembali dengan nama Shizuka Ben Aman. Boleh ceritakan kenapa nama asal digunakan kembali dan cerita sedikit tentang comeback ini? Ada pertukaran ahli?Banyak lagu baru akan dikeluarkan?



Memang agak lama. Sebenarnya Shizuka Ben Aman rest sebab masalah komitmen dalam setahun dua sebelum start balik dengan pertambahan ahli baru pada tahun 2016. Azam (guitar/bvoc) adalah yang terbaru manakala Baha dah start main sejak 2013 sebelum last show iaitu Tempatan Fest di Kuala Lumpur.

Last sebelum senyap kami ada rekod lagu bertajuk ‘S.O.S’ di studio aku, Dream Project Studio Ipoh. Lagu ni masih lagi jadi opening untuk kebanyakan show kami.


Nama Shizuka Ben Aman atau SBA dah digunakan lama sebelum ni. Antara sebabnya ia digunakan kembali ialah untuk membezakan SBA dengan beribu-ribu lagi Shizuka di luar sana.

3. Ceritakan tentang CD ‘JauhJauh’, secara keseluruhan, feel dan vibe muziknya kedengaran 90an. Bunyi yang aku rindui. Dan ada lagu berbahasa melayu, juga saya puji. Ceritakan tentang lagu-lagu dalam CD ini dan juga mungkin proses rakaman?



Lagu ‘JauhJauh’ ialah lagu yang paling cepat aku tulis; dalam sejam dua je. Lagu ni ambil masa juga untuk rekod sebab semua ada komitmen masing-masing. Hari ni selesai drum, bulan depan masuk masuk gitar, bulan lagi satu masuk bass… lebih kurang macam tu lah. Mixing dan mastering aku handle sendiri sebab duit tak berapa nak ada dan dah "OK" dah di telinga aku. Mungkin ianya akan di mix dan master semula untuk versi album. Ini sebenarnya cubaan kedua aku dalam menulis lirik Bahasa Melayu. Yang first adalah ‘Setia Selamanya’ ditulis dalam tahun 2000 tapi jiwang ya amat, aku sendiri pun agak getik mendengarnya. Maybe influence muzik rock 90an Malaysia kuat skit kot. Ada perubahan yang dah dirancang untuk ‘Setia Selamanya’. Harapnya tak dikritik sangat kemudian.


Trek kedua adalah ‘Run To You’, ditulis dalam area 2006. Masih lagi guna English. Benda dah tulis so aku tak mahu ubah ke Bahasa Melayu. Dua lagu akhir dalam CD ni ditulis untuk wife aku. Masa tu kami tak kawin lagi. Dia tak tahu pun dua lagu ni untuk dia. Aku pun tak bagitahu. Recording-nya aku buat seorang sendirian alone sebab yang lain tengah busy. Aku cuba try test idea lain dalam ‘Do You Ever See’ macam ambience sikit pengaruh cover ‘Moon River’ oleh Morrisey dulu-dulu. First time dengar lagu dari Morissey ni memang terus tidur.



4. Kenapa lagu ‘Do You Ever See/Selamat Malam Akustik’ dicantum menjadi satu trek? Tidakkah jika dipisahkan

akan menampakkan ada empat trek (lebih berbaloi untuk dibeli mungkin?)

Selamat malam tu something  yang tak dirancang. Aku rasa ngam macam tu time tu. So on aje lah.



Khabarnya, encik baru mengambil alih urusan Khizanat. Boleh ceritakan apa itu Khizanat dan apa aktiviti yang akan diadakan di sana kelak?

Memang baru lagi aku takeover management Khizanat. Dulu memang nak buka satu sendiri tapi time tu Ipoh dah ada tiga art space yang kuat degan aktiviti muzik. Semua owner pun kawan-kawan so tak mahulah mengecikkan market yang dah memang kecik. Tapi bila offer untuk manage Khizanat dari Jayzuan sampai, aku ambik je lah peluang tu. Tapi masih dalam tempoh percubaan. Biasanya aku main show je, tapi kali ni kena organize. Memang susahlah juga. Tiap-tiap bulan kena usaha cover sewa. Selain dari core muzik, Khizanat ada sediakan tempat utk akitiviti macam kelas, birthday party, reunion dan lain-lain. Kalau sesiapa nak buat apa-apa kat sana boleh roger aku terus.

Kata-kata akhir?


Terima kasih kerana sudi interview aku. Lama sangat rasanya tak diinterview oleh zine. Dulu-dulu ada jugaklah. Rare. Sorry lambat sikit reply.

Kepada geng-geng Shizuka Ben Aman, teruskan mend5. engar dan suport kami band yang kerdil ni. Kami dalam usaha nak rekod semula lapan lagu lama dari EP dan lagu-lagu yang bersepah-sepah yang lain untuk dicompile jadi satu album. Kemudian baru buat album untuk ‘JauhJauh’ yang melibatkan semua lagu baru atau lama yang tak pernah direkod. Cari shizukabenaman di Facebook, Instagram, Twitter, Reverbnation dan Youtube. Jumpa korang nanti. Assalamulaikum.

Untuk mendapatkan CD & T-Shirt, kontek 0112 094 7544.

Monday, June 5, 2017

5 SOALAN: Klabu Asap

Banyak band yang muziknya kuat pengaruh band Blink 182, tapi tak banyak yang best. Pada pendengaran aku, muzik Klabu Asap juga kuat pengaruh Blink 182 lama-lama, zaman belum menjadi besar. Dan band dari Johor ini adalah antara yang best dengan poppunk laju-laju mereka. 

Tak banyak band, terutama band baru dan kecil seperti Klabu Asap yang mengeluarkan format CD dan kaset secara professional sekaligus sekarang ni. Agak susah nak jual rasanya, aku rasa hanya Klabu Asap je yang buat begitu, dan tanpa bantuan label pula tu. 




Boleh ceritakan tentang band ni. Bagaimana berjumpa dan bergabung. Nama Klabu Asap agak menarik bagi aku. Mana dapat idea tu?

Cerita dia, kami ni satu tempat kerja; Aidil, Lan, Boy dan Botak. Jamming suka-suka time dapat gaji. Lepas tu member kami ada buat gig dan ajak main, kami on terus. Lepas tu kami buat lagu sendiri sebab dah main dua tiga gig. Malu pulak takde lagu sendiri. Lan kojap ajo dengan kitorang. Dia pi sambung belajor, jadi Boy ganti di posisi dram.

Nama Klabu Asap tu Aidil yang hembus. Abang studio jamming tu asyik tanya je nama band setiap kali nak booking jamming.

Boleh ceritakan sedikit tentang EP terbaru kamu. Dari segi pengaruh muzik dan lirik, dan juga rakaman? 

Taklah terbaru pun, lagu dah siap rekod masa 2015 lagi. Saja kami pecahkan jadi dua CD sebab nak nampak power, hahaha. Nak bagi orang kenal Klabu Asap. Dua saja lagu dari EP kedua tu lagu baru iaitu ‘Saya Ada Kawan’ dan ‘Puaka’ yang disiapkan lepas siap rekod lapan lagu pertama.

Punca kami buat lagi dua lagu ialah sessionist drummer untuk ep 2015 dan 2017 minta buat lagu tribute untuk arwah member kami (Zulkipli @Semot Rok. Siap nak lagu macam ‘ I Miss You’ dari Blink182. DIa ingat aku ni Tom Delong eke?!!! Aku tom yam bolehlah bedal. Perah-perah idea dapatlah lagu ‘Saya Ada Kawan’.

Sedang kami kemaskan lagu tu, dapat pulak tempo lagu ‘Puaka’. Maka siaplah 10 lagu. Lapan lagu lama boleh siap rakaman dalam masa 10 jam saja. Lagu baru ni ambil masa, ambik ko… 10 jam untuk dua lagu! Rugi betul laaa…



Kenapa EP kedua tidak dirakam lebih banyak lagu atau keluarkan album? Kedua-dua EP korang tiada tajuk, mungkin agak mengelirukan di situ?

Tajuk tak letak sebab malas nak pikir. Memang keliru pun, hahaha. Sampai ada yang cakap “nak beli EP ‘Rempit’ yang merujuk kepada EP 2015 sebab ada lagu tribute untuk scene rempit dalam tu. Masa tu tengah sedap merempit dengan member-member rempit.

Aku sangat puji dengan usaha mengeluarkan dua format sekaligus untuk dua-dua EP kalian. Apa yang membuat korang sanggup tong-tong duit untuk melabur kepada band ni?

Kongsi keluor modal. sebab dah lama sangat tertangguh, jadi kami dah nekad. Memang padan dengan mukalah apa yang akan jadi nanti. Janji kena siap jugak (untuk kepuasan diri sendiri...)

Bolehlah tinggalkan nama Klabu Asap dalam scene Malaysia ni. Lagu dah ada kot, sayang kalau tak siapkan (ayat sedapkan hati masa tu). Mungkin 10 tahun dari sekarang akan ada orang punk rock cari balik material Klabu Asap, mana tahu kan? Haha, macam ci.

Berapa show dah korang main? Venue mana paling pelik? Gig mana paling bes dan kenapa?


Show yang kami dah main, ada lebih dari 10 gig dah rasanya. Pelik macam mana tu zang??? Sama je aku tengok; semua rumah kedai. Reka bentuk dia sajalah berbeza. Gig semua best sebab kami memang buat band sebab nak main gig, walaupun takde crowd…kami akan jalan terus.