Sunday, August 30, 2009

NASIK DAGANG RAYA JAM KEMBALI

Tahun 2006 dulu aku ade buat gig kat kampung aku time Raya. Aku bagi nama gig tu Nasik Dagang Raya Jamm pt. 1. Joe Kidd ade dtg main sebagai Sumbang. Pastu 2007 aku buat lagi Nasik Dagang Raya pt. 2 pulak. Tahun lepas member aku Carin buat Nasik Dagang Raya Jam pt.3. Tahun ni ade lg org sambung buat Nasik Dagang Raya...bagus2. Aku terharu sbb diorang masih pakai nama gig tu...ehhehe...datang ler gig ni. Bawak sekali RM65 ya!

Tuesday, August 25, 2009

langkah jika berlaku kebakaran



Aku dah tahu akan wujudnya filem ni zaman awal 2000an dulu. Tapi aku tak pernah berpeluang menontonnya. Beberapa bulan lepas aku dapat beli VCDnya dan semalam aku baru berpeluang menontonnya. Ternyata, filem ni antara filem terbaik pernah aku tonton.

Filem yang sangat punk rock, anarkis, burn the state, kill the khinzir. Lagu-lagu dalam filem mengingatkan aku pada band Petrograd, poppunk bahasa asing yang sungguh bes dan menaikkkan semangat.

Mengisahkan pasal sekumpulan anarkis punk rockers yang squatting dan buat filem. Mereka merakam perbuatan mereka membuat bom dan meletaknya di sebuah bangunan. Bom itu tidak meletup, dan bangunan itu ditinggalkan. Selepas lebih sepuluh tahun, baru bom tu meletup dan terkena 2 orang awam. Polis mengesyaki bom itu angkara terrorists dan berjaya mendapatkan filem asal yang anarkis-anarkis tersebut telah rakam.

Hanya 2 antara anarkis itu masih squatting dan hidup macam muda-muda dulu. Masih bergantung kepada mencuri dari syarikat perniagaan besar untuk hidup. Yang selebihnya, 4 orang lagi dah boleh dikatakan 'jaded' dan 3 antara mereka hidup kaya-raya mempunyai syarikat gergasi sendiri, naik mercedes, beranak 2, dan menjadi pematuh undang-undang yang tegar.

So, apa terjadi lepas tu? Carik movie ni. Cun. Aku ni mmg lembap sket bab-bab movie, dah dekat 10 tahun lepas release aku baru nak tengok, bedallah.

Ni aku sertakan satu lirik lagu dalam movie ni ketika kumpulan ini mengecapi keseronokan. Antara part klimaks filem ni.

A heart thats full up like a landfill,
A job that slowly kills you,
Bruises that wont heal
You were so tired, happy,
Bring down the government,
They dont, they dont speak for her
Ill take the quiet life, a handshake of carbon monoxide

No alarms and no surprises, no alarms and no surprises
No alarms and no surprises
Silent, silent
This is my final fit, my final bellyache with
No alarms and no surprises, no alarms and no surprises
No alarms and no surprises, please

Such a pretty house, such a pretty garden
No alarms and no surprises, no alarms and no surprises
No alarms and no surprises, please

Monday, August 24, 2009

Buah Tangan untuk RAYA: projek jahanam lagu orang



Semalam aku hantar print booklet kompilasi ni. Senandung Pawer-Kord. Aku bajet time raya ni ia bakal menemui peminat-peminat di luar sana. Nantikan dengan penuh debaran bagaimana lagu Shila Majid di Dustboxkan, lagu Aishah di 'japanese poppunk'-kan, Lagu 'Basikal Tua' di Rancidkan, Lagu 'Penganggur' di-Casualties-kan, Hanya Di Radio di Kemuri-kan, Lagu Chow Kitt Road di Bad Religion-kan, Lagu Fauziah Ahmad Daud diWeezer-kan dan lagu M. Nasir yang balada mendayu dihardcorekan...



P/S: Bagus sungguh punk ni. Anak sape agaknya. Pakai boots dalam rumah tapi tidak melupakan ibadat 5 kali sehari semalam. Note the sejadah.

Sunday, August 16, 2009









Sapalah agaknya cipta stoking berjari ni. Aku ada beli satu baru-baru ni. Ternyata kurang sesuai untuk orang yang macam aku selalu terkejar ke sana ke mari. Heh. Hanya untuk orang yang bersabar setiap masa.

Tuesday, August 4, 2009

Sedutan Temuramah oleh zine Conscious

Kita sudah biasa pergi ke gig, tapi adakah kau rasa satu pesta zine lebih seronok? Kenapa jarang orang membuat pesta zine pada pendapat kau?

Aku hanya pernah pegi ke zine fest sebanyak sekali dalam hidup aku iaitu anjuran Papakerma Press yang diadakan di Artport, Shah Alam. Turut diadakan satu sidang borak-borak forum yang dipegerusikan oleh Pudin. Manakala panelnya pula adalah Hishamuddin Rais, Joe Kidd, Zaki dan aku sendiri tapi aku tak cakap apa-apa hahhaha!!! Kita mesti mengadakan lagi pesta zine di bumi Malaysia ni supaya kewujudan scene zine meriah kembali dengan macam-macam jenis zine bukan sahaja zine hardcore punk! Yeah!


Kenapa jarang orang buat pesta zine, aku tiada jawapan untuk persoalanmu itu. Tahun lepas, Talib dari zine Prasasti Hujung Langit ada merancang untuk membuat pesta zine di Annexe, tapi tiada tenaga sokongan dari pihak lain lalu projek tersebut terus lenyap. Acara seperti ini memerlukan sokongan dari banyak pihak kerana ia perlu dijadikan acara percuma. Jika berbayar, sape mahu datang? Sekaligus tempat yang mengenakan sewa yang murah atau percuma diperlukan. Aku rasa tu antara masalah utama ia tidak diadakan.


Jadi kita kena cari solusi, seperti buat zine fest bersama-sama gig mungkin dengan bayaran tiket yang minimal ataupun mencari sesuatu bentuk hiburan yang boleh menarik ramai untuk dating dan sanggup membayar tiket yang berharga minimal untuk pergi ke zine fest. Perlu diingatkan, pesta zine perlu dibuat seperti pesta buku; zine-zine boleh dibeli dan dibaca di tempat kejadian.

Sunday, August 2, 2009

Terima Kasih


Terima Kasih di atas gas pemedih mata percuma untuk semua. Kanak-kanak dan orang awam sangat menyanyangi kamu semua.