Tuesday, August 4, 2009

Sedutan Temuramah oleh zine Conscious

Kita sudah biasa pergi ke gig, tapi adakah kau rasa satu pesta zine lebih seronok? Kenapa jarang orang membuat pesta zine pada pendapat kau?

Aku hanya pernah pegi ke zine fest sebanyak sekali dalam hidup aku iaitu anjuran Papakerma Press yang diadakan di Artport, Shah Alam. Turut diadakan satu sidang borak-borak forum yang dipegerusikan oleh Pudin. Manakala panelnya pula adalah Hishamuddin Rais, Joe Kidd, Zaki dan aku sendiri tapi aku tak cakap apa-apa hahhaha!!! Kita mesti mengadakan lagi pesta zine di bumi Malaysia ni supaya kewujudan scene zine meriah kembali dengan macam-macam jenis zine bukan sahaja zine hardcore punk! Yeah!


Kenapa jarang orang buat pesta zine, aku tiada jawapan untuk persoalanmu itu. Tahun lepas, Talib dari zine Prasasti Hujung Langit ada merancang untuk membuat pesta zine di Annexe, tapi tiada tenaga sokongan dari pihak lain lalu projek tersebut terus lenyap. Acara seperti ini memerlukan sokongan dari banyak pihak kerana ia perlu dijadikan acara percuma. Jika berbayar, sape mahu datang? Sekaligus tempat yang mengenakan sewa yang murah atau percuma diperlukan. Aku rasa tu antara masalah utama ia tidak diadakan.


Jadi kita kena cari solusi, seperti buat zine fest bersama-sama gig mungkin dengan bayaran tiket yang minimal ataupun mencari sesuatu bentuk hiburan yang boleh menarik ramai untuk dating dan sanggup membayar tiket yang berharga minimal untuk pergi ke zine fest. Perlu diingatkan, pesta zine perlu dibuat seperti pesta buku; zine-zine boleh dibeli dan dibaca di tempat kejadian.

6 comments:

FastRi said...

di mana boleh dapatkan zine conscious tu?

blh dibeli dan dibaca di tempat kejadian? boleh jelaskan skit?

Nervhous Records said...

zine conscious isu 2 tu dalam pembikinan. dibuat oleh bend power pluck records. email die sacredletters@gmail.com kot

hehehe...mcm book fair atau pameran buku, buleh beli2 zine kat pesta zine ni. tp kalau boleh diadakan pameran zine2 yg lama pun ok, mcm papakerma buat dulu. so org mari buleh bace, belek2. tp bagi aku, mmg dok puas kalu bace gitu. kene buat balik dumoh gok puas ati.

FastRi said...

ok, saya faham sekarang.. haha

aizattarmizi said...

mungkin kena ada mesin fotostat di zine fest lain kami, supaya zine2 lama dapat dikongsi dan dimiliki oleh newcomers? atau satu site/blog ttg arkib khazanah zine2 lama dan baru, tempatan atau S.E.A..macam directory gitu.. just a lame idea.. haha...

anix said...

owh..bagus! ada zine baru! yeah! :D
hai! boleh berkenalan?

zeezam said...

di tunggu :D