Sunday, August 29, 2010

"old dogs"

Pernah aku hampir dipukul oleh dua orang budak muzik metal di kampung aku gara-gara penulisan aku dalam zine ni pada keluaran ke-7. Aku menggelarkan orang lama dalam scene muzik metal di Terengganu dengan gelaran ‘old dogs’. Bertempat di luar A//Mince infoshop di mana aku selalu lepak di bandar Kuala Terengganu suatu tika dulu, mereka bertemu dengan aku dan seorang kawan metal aku. Mereka sangat marah sambil menyoal aku dan ingin membelasah aku dan mengatakan aku menghina wira-wira dan rakan mereka. Langsung tiada niat untuk aku mengutuk mereka. Ia hanya gelaran yang pada hemat aku menunjukkan orang lama dan disegani. Mereka tidak dapat terima alasan aku, dan bersyarah pada aku tentang anjing adalah binatang najis dan aku tidak patut tulis begitu. Aku hanya meminta maaf. Kawan aku itu menenangkan mereka dan mengatakan mungkin ia adalah istilah punk yang tak difahami oleh budak metal. Mereka tak jadi pukul aku. Kalau dia tiada di tempat tu, sudah biru mata hitamku dan kehilangan gigi barangkali.


Baru-baru ni aku tengok filem tajuk ‘Old Dogs’. Aku harap mereka juga menonton filem tersebut dan sedar bahawa ia bukan tentang binatang berbulu berkaki empat. Langsung bukan!



test market


Wednesday, August 11, 2010

lukisan untuk penjawap survey Mosh #14
















Untuk isu 14 Mosh, iaitu childhood issue aku ada buat survey (yg tak kene sangat ngn tema isu tu pun). Taruk gambar je bosan, so aku lukis gmbr org2 yg jawap tu. lebih kurang macam ni la....hahhaa....More to come...