Thursday, March 29, 2012

Batu Belah Batu Bertangkup

Dulu kecil-kecil kami ada sebuah buku 'Batu Belah Batu Bertangkup' dan Ma ceritakan pada kami dan nasihatkan kami supaya jangan durhaka pada mak ayah. Dengan illustrasi buku tersebut yang sangat dramatik sangat memberi kesan. Kisahnya berkaitan seorang ibu yang merajuk dan lari ke Batu Belah dan menyerahkan diri untuk dimakan Batu Belah Batu Bertangkup.

Secara seriusnya sebelum kenal isteri aku, aku tak pernah ambik pot kat mana letaknya tempat bernama Batu Belah tu. Tapi selepas kenal isteri, aku selalu sangat melalui Kampung Batu Belah iaitu di Klang.

Sejak duduk Klang ni, aku kerap ke Batu Belah. Sekarang aku pergi ke Batu Belah tiap minggu. Tapi aku ke sana bukanlah kerana merajuk macam Ibu dalam cerita tersebut. Tapi aku ke masjid Batu Belah dan juga usrah dengan kawan-kawan setiap minggu. 

5 Years Coma


Last few weeks, one cold morning my late father Pa and late grandmother Chik plus my mother Ma appeared in my dream. And in the dream we were at Chik’s house at Kampung Petani, Kuala Terengganu. I remember Chik who always cooked Nasi Dagang every Hari Raya morning. And I remember her Ayam Golek that tasted so good and I miss these two dishes and no one else cooks them as good as hers. And I remember Pa whose hobby was gardening. He planted jack fruit in front of our house's fence in TTDI which is quite weird, since it's a townhouse neighborhood. And in our backyard, it was full with banana trees and mosquitoes. I have few memories with Pa. We were not that close. 

He always cycled to the mosque.

He jogged now and then just before dusk time to Kampung Sg. Penchala. And he would talk to the villagers and make a few friends there. Me and my sisters would sometimes follow him. One day I accidentally stepped on a chick. He scolded me.

He often ate Durian with rice.

He bought most of his working shirt at the bundle stalls and bought other second-hand stuffs for us such as the TV and bicycles.  

He wrote and kept small notes in his shirt's pocket with Jawi writing (Arabic letters) as reminders. He listened to classic Malay songs.  

Most importantly, he had to drive me to the hospital at 2-3 a.m several times when I got asthma attack despite he's sleepy and tired. Sometimes it took a long time because I had to take the nebulizer twice.

Pa bought a few lands to plant banana, mango, cassava, jack fruit and other fruits and vegetables. One of it was in Mimaland, and later he bought another one at Kampung Paya Jaras, Selangor and sold the Mimaland one off. Paya Jaras is quite near from TTDI. I kept a few memories from this place. Pa often go there after work and the whole family would follow him on weekends. We would help him digging and plucking the cassava and other fruits. We would play, run, fly kite and do other stuffs there on weekends. Pa hired some people to build a small hut in the middle of the farm and also dug a well. There was no electricity or lights at the hut. I still remember at that time, I wanted us to move there instead of living in TTDI. To think about it now, what a crazy idea that was? And we would also go to the night market nearby and I remember there’s a stall selling all those mystical story books such as Siri Bercakap Dengan Jin.
I wonder why Pa loved planting trees so much instead of golf, but of course planting is much better than golf. He did a good deed to the land.  


It was one fine Sunday afternoon in 1994 when we received a call telling Pa has passed out after finishing a Jog-A-Thon run. We rushed to the hospital. One of Pa's friends who is also living nearby brought us to the hospital as Ma couldn't drive at that time despite having a driving license. Ma, me and my three little brothers and sisters were allowed to see Pa even though it’s not visiting hours. He was in a coma. He couldn't speak or move by himself. He could only blink his eyes.

He pee into a urine bag through a tube, wore adult diapers and was at the ICU for a couple of weeks. Then they transferred him to a normal ward and stayed there for a few months. Still, he’s in a coma. Not moving, only blinking his eyes. The only food he took was milk and plain water that were given through a tube in his nose. We went to the hospital every day. Our uncle would take and brought us there. Ma stayed at the hospital and took care of Pa.

Then it was decided by Ma that we would move to Kuala Terengganu where Pa and Ma come from. This is because all of Pa’s siblings work and stay in KT. And also most of Ma’s siblings work and stay in KT too. So, it would be easier for us, that was what in Ma’s mind. It’d be easier for her to move around or to seek help for anything. She had to instantly become a wonder woman. She became the father and mother to us. And with the guides she got from the nurses at the hospital, she also became a nurse to Pa.

Our cousin lent us a small mini-compo and we recorded our voices so that Pa could listen to our voices every day, all the time in hope he would wake up and recover. My little sister who was in kindergarten then sang Nasyeed songs and I drummed using a plastic pail. We gave him the spirit to recover. I told him to have a spirit as huge as "ikan Jaws". The doctors at the hospital had tried everything they knew but Pa is still in a coma. So, we took Pa back home and moved to Kuala Terengganu. He was sent in an ambulance. That’s how and why we moved to Kuala Terengganu in 1994. Ma drives again. I was 12.

Ma took care of Pa. She wiped his whole body every morning before going to work everyday. And she changed his diapers. We took turn to feed him with milk and plain water through the tube. Every now and then, two of Pa’s brothers would come and gave him a bath. We carried him to the bathroom and put him on an armchair. Cut his hair and shaved him. And this goes on for five years. He’s still in a coma. Not moving. He could only move his eyes. His only food was milk and plain water and we gave to him through a tube in his nose. And he peed through a tube and wore an adult/special diapers.

One sad morning in 1999, Ma came knocking on our bedroom doors and was in tears. Pa left us forever. I was 17. 

Pa (Abdullah Embong 1945-1999)



Sunday, March 25, 2012

Ustaz Zainal dan gitar

Baru ni semasa menulis review CD The Best Of Opick, dengan lagu-lagu yang enak-enak dan menenangkan jiwa tersebut, aku teringat pada Ustaz zaman sekolah iaitu Ustaz Zainal. Abang dia yang super garang iaitu Cikgu Malik juga mengajar di tempat sama.

Aku teringat pada Ustaz Zainal ni sebab dia pernah tegur aku dalam kelas. Marah sebab satu petang dia nampak aku ke sekolah usung gitar. Aku pun lupa aku bawa gitar siapa. Dia tegur dan sindir depan kelas, kiranya satu kelaslah dengar. Aku takde masalah sangat pun time tu. Tapi aku pelik, kenapa Ustaz ni anti sangat dengan gitar. Adakah kerana gitar adalah alat muzik yang dia bayangkan untuk pemuzik rock-hisap dadah-kutu rayau-takde masa depan sahaja.

Aku rasa pendekatan dia tak berapa betul untuk "meng-ban" gitar. Tapi mungkin sebab itu zaman 1997. Muzik is a total no-no untuk para ustaz mungkin? 

Tapi baru-baru ni mungkin dah lain sikit. Dah open sikit. Baru ni aku ada tengok video seorang Tok Imam masjid di Perak yang main gitar lagu Cromok (di belakang pentas) dan lagu-lagu rock lain di konsert yang islamik. Sekarang Sham Kamikaze, Bob KU2 (dulu *ABC...dead), Ali dan Mael XPDC semua dah buat konsert dengan isian yang Islamik dah. Ustaz Azhar Idrus pun main gitar juga. Harap-harap penerimaan lebih terbuka. Catriona Ross dan Farrah Bagaikan Puteri pun dah comel pakai tudung.

Aku harap kalau zaman sekarang ada ustaz tengok pelajarnya main gitar, nasihatkanlah supaya mereka gunakan gitar untuk tujuan yang baik, positif. Tidak lagi ban terus benda-benda yang orang muda suka buat. Kalau pendekatan keras sangat, sampai diban segalanya dan tidak dinasihat dengan lembut, murid pula akan gelarkan Ustaz dengan nama macam-macam. Murid pula dapat dosa dan ilmu tak berkat. Pendekatan kena betul. Bukan kekerasan, tapi isilah dengan nilai-nilai positif berserta rasional sekali. Remaja darah panas bergelegak.

Benda simple dan common sense. Islam bukanlah agama kekerasan dan paksaan. Islam agama indah ustak weiiii. Seperti contoh ulama-ulama lampau tidak terus ban aktiviti berarak membawa makanan atas kepala yang gemar diamalkan oleh orang hindu. Selepas kedatangan Islam ke sini, aktiviti berarak diteruskan seperti contoh semasa hari Maulidur Rasul tetapi chantingnya diubah kepada selawat ke atas nabi. Bukan ban terus aktiviti berarak. Tu pun ada satu Ustaz jawa yang cerita.

Berbalik pada CD Opick, kalau orang Islam semua tak boleh main gitar bermakna takkan adalah artis nasyid macam Opick tu di Malaysia sampai bila-bila. Yang sangat best. Nasyid-nasyid kontemporari di Malaysia ni pun susah nak jumpa yang bes, macam Shoutul Harokah (juga dari Indonesia) tu ke. 

Yusuf Islam banyak jemput pemuzik-pemuzik bukan Islam tapi lirik dia pun sekarang lebih kepada kehidupan. Ini juga bagus tapi kalau memang nak direct nyanyi nasyid islamik karang orang yang bukan Islam taknak join pula kot.  

*ABC...Dead -Anarchy Bring Chaos...Dead -band rap/punk crossover 90an

ART FOR GRABS 2012

Sangka aku tak dapat untuk ke acara Art For Grabs tahun ini, kerana sibuk jaga anak yang asyik meragam di rumah. Tapi semalam kebetulan Rina semangat nak jual tudung dan baju kurung di INTAN, Bukit Kiara. Dapat booth free di acara kesenian kursus PTD. Adik aku turut menjual beaded bibnya. Namun tak ramai yang datang ke acara tersebut dan jualan agak lembap. Alhamdulillah, terjual satu tudung, 3 baju kurung dan 1 baju kanak-kanak. 

Dalam jam 3, dah bosan lalu aku ajak Rina ke CM Annexe untuk Art For Grabs 2012. Dia teruja nak singgah Petaling Street juga untuk beli handbag buatau china atau korean made. Alhamdulillah, Allah permudahkan dan menghappykan kami berdua :)


Nizam dan Emy, bakal pengantin bulan depan,  juga kedua-duanya pensyarah di tempat aku bekerja ada buka booth jual sculpture-sculpture dari Nizam Abdullah. Dan Syahrul Fikri pensyarah Typography di tempat aku berkerja ada jual artwork canvas dan print. Buku Aksi Reaksi tulisan aku pun masih ada dijual oleh Frinjan. Kawan-kawan HC/Punk tak ramai yang aku jumpa, sekadar ada Bob Pilgrims, Joe Kidd, Mat Norr, Poodien dan Ami. Mungkin mereka pergi waktu-waktu lain. Aku pun lepak kejap je. Budak-budak "scene buku" ramailah...

Banyak juga buku-buku baru dijual. Tapi aku seorang pembaca buku-buku bukan fiksyen. Tak boleh masuk sangat dengan fiksyen. Mungkin imaginasi aku tak kuat untuk membaca fiksyen. Kalau tengok filem, aku boleh tengok fiksyen atau filem-filem berdasarkan kejadian yang benar-benar terjadi. TAPI aku lebih suka dan bersemangat untuk tengok filem-filem berdasarkan kisah benar macam Sabtu pagi lepas, sambil jaga anak aku berpeluang menonton cerita 'Into The Wild' di TV3, sangat menarik!! Iklan pun satu je setiap kali iklan. Tak berganjak mata menonton TV. Bulan 12 sebelum Sara dilahirkan aku menonton satu lagi filem berdasarkan kisah benar iaitu "The Blind Side", sangat bagus dan pengajaran yang menarik. Filem Bunohan aku tak tengok lagi ni. Eh apa jadah filem-filem macam "Hantu Dalam Botol Kicap", "Alamak Toyol" makin banyak sekarang. Takde pekdah langsung. Berlambak pulak tu, adoi.

Jadi aku cari buku-buku non-fiksyen. Dan oleh kerana gaji pun belum masyuk. Jadi, aku beli saja buku Travelog Rabak ini yang mencatatkan tentang perjalanan Mohd Jayzuan dan kawan-kawan ke pantai timur, dan perjalanan disponsor oleh publisher. Aku rasa Jay lebih bagus menulis dalam keadaan tertekan macam dalam buku 28 Hari: Jurnal Rock N Roll. Lagi banyak ekspresi bila mengeliling Malaysia tanpa duit yang cukup dan berseorangan. Tapi tu pun baru baca sikit semalam...

Juga tujuan utama aku ke acara ini adalah untuk mendapatkan CD "Inginku Rejam Raksasa Kejam" dari Carburetor Dung dan juga baju "Tok Mung Nyang Go'bek". Pagi tadi baru dapat pasang CD ni di kereta dalam perjalanan ke tempat kerja. Rasanya tak perlu direview sangat pun. Ramai yang dah download dan dengar pun lagu-lagu dalam ni cuma masih kena beli dan simpan sebab bungkusan kotak yang special. Siap sticker, patches dan poster gambar kerbau lagi.

Poster gambar kerbau? Heh...aku mungkin takkan tampal poster ni dalam bilik walaupun bilik bujang. Tak tahulah kenapa. Pelik pula aku rasa poster gambar kerbau ni sebab gambar kepala kerbau yang besar di backgroundnya tu. Kalau gambar kerbau kecik-kecik macam pada kotak ni masih cun dan artistik rasanya. Tak cun sangat tapi bolehlah simpan.

Aku akan kembali untuk KL Alternative Book Fest bulan Jun nanti... 

Wednesday, March 21, 2012

she said #4

sekali-sekala layan indopop dari Dewa dan Padi boleh terbang sampai awan...dan Ungu (lagu-lagu religi)...

aku: "aku rindu setengah mati kepadamu..."
aku: "aku tak bisa luluhkan hatimu..."

dia: "kenapa u ni asyik nyanyi lagu jiwang je?!"

hehe...

Tuesday, March 20, 2012

Ulasan: Opick: The Best Of CD


Dhani cakap Opick, penyanyi religi dari Indonesia pernah nyanyi lagu-lagu pop/rock dan pernah main dengan band metal bernama Tengkorak.

"I suka lagu nombor tujuh" kata isteri aku semalam. Aik, bila pulak dia dengar CD Opick ni? Sejujurnya aku baru terjebak dengar Opick ni walaupun selalu dengar lagu dia di Ikim.fm. Ternyata memang sedap. Terasa nak beli CD dia dah beberapa ketika, tapi asyik postpone. Asyik "nantilah" aje.

Satu petang aku tengok sebuah telefilem di Astro Oasis dan untuk lagu penutup cerita tersebut adalah lagu "Tombo Ati" dari Opick. Tak tahu kenapa tapi hati aku melonjak nak beli CD Opick tiba-tiba. Esok tu juga aku beli CD ni di Speedy Video Jusco Bukit Raja.

Memang 80% dari album the best of Opick ni sangat sedap dilayan. Paling ngetop adalah "Tombo Ati", "Shollu Ala Muhammad", "Alhamdulillah" dan "Cahaya Hati". Menitis air mata dengar, aku memang senang menitis air mata kalau dengar nasyid dalam kereta sorang-sorang. Lagu "InsyaAllah" Maher Zain pun cukuplah buat air mata menitik. Macam poyo pulak review ni, tapi dapatkan CD ni!

Opick ada datang KL bulan depan tapi tiket RM89. Adoi, lainkali aje lah... 

Monday, March 19, 2012

she said #3

"nasib baik u tak bawak masuk ipad masa masuk toilet macam u bawak buku-buku u time big business kan?"

Kenangan pertama kali menghadiri gig

Pertama kali pergi gig pada tahun 1998 di Kuantan. Masa tu aku form 4 duk di Kuala Terengganu. Orang kata form 4 ni tahun honeymoon. Alkisahnya aku dapat flyer gig ni (yang dilukis/design guna tangan saja) dari Kopeh budak Dungun (chaos PS zine) melalui pos. Kebetulan kawan baru aku masa tu Shah ada sedara kat sana. So, kami pergi kuantan. First time juga aku lepak Kuantan time tu. Selalunya lalu saja on the way balik kampung dari KL masa kecik-kecik dulu. Gig tersebut menampilkan Carburetor Dung, Pointless Judgement, Lyme (Love Your Mother Earth), Neurotics dan Arm in Arm. Venue gig di Lips Boom Boom (disko). Memang semangat gila sebab first time pergi gig. Di Terengganu tiada gig lagi time tu. Oh, sebelum gig kami jumpa editor zine Rule (holiday in the rain), kami berkenalan time tu juga dan sembang-sembang pastu dia belanja makan.

Masa set Dung aku memang meluru ke depan stage. Aku siap ambil microphone dan menyanyi sebab Lee (vokalis masa tu) duk sibuk menari atau "Lee-ing". Lepas gig, aku dan Shah lepak di terminal Kuantan, terserempak dengan budak-budak Lyme yang nak balik KL dan kami tegur diorang. Malam tu lepak dengan adik Panther (enslaved Chaos) di berek polis. Dia nok tolak hoodie dengan tape EC. Memandangkan duit tadok, aku beli kaset tu aje. Sebelum tu aku dah dengar dah kaset tu sebab kakok aku kawan dengan gitaris EC di maktab. Masa set Neurotics, tu sebelum set bermula, salah sorang vokalis dia jereba terjun dari stage dan jatuh betul-betul menghempap badan aku hok kuruh kerkek ning...sakit tapi sedap. Sebab first time pergi gig. Haha. -nizang

Thursday, March 1, 2012

Ulasan: Tapai

Dah lama juga aku mula baca buku ni, sikit-sikit. Baca dalam kelas masa student aku tengah buat kerja masing-masing. Buku ini merupakan kompilasi tulisan-tulisan Isham dari majalah Off The Edge. Kolum dia pasal makanan, kebanyakannya makanan-makanan yang 'real' dari seluruh Malaysia. Makanan yang mungkin orang melayu sendiri dah tak kenal sebab lebih hafal makanan di papan menu McDonalds, KFC, Starbucks dan dan dan.

Yang menariknya bukan makanan sahaja diulas olehnya tapi juga budaya dan cerita asal usul disebalik makanan tersebut, restoran, kampung dan tempat yang dikunjungi dan budaya masyarakat dan sejarah di tempat-tempat yang dia kunjungi. Sampai kampung pendalaman di ceruk Kedah pun ada review. Food Not Bombs KL dan gerai laksa tidak ketinggalan diulas. Dari kedai makanan Aceh Chow Kit Road, makanan di Bangladesh ke pemberian makanan percuma ala-ala FNB di Jepun. 

Dulu tahun 2007 kebetulan aku berada di Terengganu, Isham ada datang dalam seminggu. Dia cakap dia ada tugasan review makanan. Untuk Off The Edge lah kot. Dia juga sempat pergi gig di Ibai Golf yang band aku Inikah Hidup perform. Aku dan Shabri juga ambil peluang interview mamat ni dan interview tu dimasukkan dalam zine DRSA isu 18. Aku pergi ambil dia beberapa kali untuk pergi bersiar-siar dan makan-makan di sekitar Kuala Terengganu untuk beberapa hari.

Buku ini bagus, bukan sekadar mengenai makanan tapi lebih lebih dari itu. Banyak ilmu yang diperolehi dan sebagai bonus, semua mukasurat dicetak berwarna.