Sunday, March 25, 2012

Ustaz Zainal dan gitar

Baru ni semasa menulis review CD The Best Of Opick, dengan lagu-lagu yang enak-enak dan menenangkan jiwa tersebut, aku teringat pada Ustaz zaman sekolah iaitu Ustaz Zainal. Abang dia yang super garang iaitu Cikgu Malik juga mengajar di tempat sama.

Aku teringat pada Ustaz Zainal ni sebab dia pernah tegur aku dalam kelas. Marah sebab satu petang dia nampak aku ke sekolah usung gitar. Aku pun lupa aku bawa gitar siapa. Dia tegur dan sindir depan kelas, kiranya satu kelaslah dengar. Aku takde masalah sangat pun time tu. Tapi aku pelik, kenapa Ustaz ni anti sangat dengan gitar. Adakah kerana gitar adalah alat muzik yang dia bayangkan untuk pemuzik rock-hisap dadah-kutu rayau-takde masa depan sahaja.

Aku rasa pendekatan dia tak berapa betul untuk "meng-ban" gitar. Tapi mungkin sebab itu zaman 1997. Muzik is a total no-no untuk para ustaz mungkin? 

Tapi baru-baru ni mungkin dah lain sikit. Dah open sikit. Baru ni aku ada tengok video seorang Tok Imam masjid di Perak yang main gitar lagu Cromok (di belakang pentas) dan lagu-lagu rock lain di konsert yang islamik. Sekarang Sham Kamikaze, Bob KU2 (dulu *ABC...dead), Ali dan Mael XPDC semua dah buat konsert dengan isian yang Islamik dah. Ustaz Azhar Idrus pun main gitar juga. Harap-harap penerimaan lebih terbuka. Catriona Ross dan Farrah Bagaikan Puteri pun dah comel pakai tudung.

Aku harap kalau zaman sekarang ada ustaz tengok pelajarnya main gitar, nasihatkanlah supaya mereka gunakan gitar untuk tujuan yang baik, positif. Tidak lagi ban terus benda-benda yang orang muda suka buat. Kalau pendekatan keras sangat, sampai diban segalanya dan tidak dinasihat dengan lembut, murid pula akan gelarkan Ustaz dengan nama macam-macam. Murid pula dapat dosa dan ilmu tak berkat. Pendekatan kena betul. Bukan kekerasan, tapi isilah dengan nilai-nilai positif berserta rasional sekali. Remaja darah panas bergelegak.

Benda simple dan common sense. Islam bukanlah agama kekerasan dan paksaan. Islam agama indah ustak weiiii. Seperti contoh ulama-ulama lampau tidak terus ban aktiviti berarak membawa makanan atas kepala yang gemar diamalkan oleh orang hindu. Selepas kedatangan Islam ke sini, aktiviti berarak diteruskan seperti contoh semasa hari Maulidur Rasul tetapi chantingnya diubah kepada selawat ke atas nabi. Bukan ban terus aktiviti berarak. Tu pun ada satu Ustaz jawa yang cerita.

Berbalik pada CD Opick, kalau orang Islam semua tak boleh main gitar bermakna takkan adalah artis nasyid macam Opick tu di Malaysia sampai bila-bila. Yang sangat best. Nasyid-nasyid kontemporari di Malaysia ni pun susah nak jumpa yang bes, macam Shoutul Harokah (juga dari Indonesia) tu ke. 

Yusuf Islam banyak jemput pemuzik-pemuzik bukan Islam tapi lirik dia pun sekarang lebih kepada kehidupan. Ini juga bagus tapi kalau memang nak direct nyanyi nasyid islamik karang orang yang bukan Islam taknak join pula kot.  

*ABC...Dead -Anarchy Bring Chaos...Dead -band rap/punk crossover 90an

No comments: