Thursday, March 29, 2012

Batu Belah Batu Bertangkup

Dulu kecil-kecil kami ada sebuah buku 'Batu Belah Batu Bertangkup' dan Ma ceritakan pada kami dan nasihatkan kami supaya jangan durhaka pada mak ayah. Dengan illustrasi buku tersebut yang sangat dramatik sangat memberi kesan. Kisahnya berkaitan seorang ibu yang merajuk dan lari ke Batu Belah dan menyerahkan diri untuk dimakan Batu Belah Batu Bertangkup.

Secara seriusnya sebelum kenal isteri aku, aku tak pernah ambik pot kat mana letaknya tempat bernama Batu Belah tu. Tapi selepas kenal isteri, aku selalu sangat melalui Kampung Batu Belah iaitu di Klang.

Sejak duduk Klang ni, aku kerap ke Batu Belah. Sekarang aku pergi ke Batu Belah tiap minggu. Tapi aku ke sana bukanlah kerana merajuk macam Ibu dalam cerita tersebut. Tapi aku ke masjid Batu Belah dan juga usrah dengan kawan-kawan setiap minggu. 

No comments: