Thursday, March 1, 2012

Ulasan: Tapai

Dah lama juga aku mula baca buku ni, sikit-sikit. Baca dalam kelas masa student aku tengah buat kerja masing-masing. Buku ini merupakan kompilasi tulisan-tulisan Isham dari majalah Off The Edge. Kolum dia pasal makanan, kebanyakannya makanan-makanan yang 'real' dari seluruh Malaysia. Makanan yang mungkin orang melayu sendiri dah tak kenal sebab lebih hafal makanan di papan menu McDonalds, KFC, Starbucks dan dan dan.

Yang menariknya bukan makanan sahaja diulas olehnya tapi juga budaya dan cerita asal usul disebalik makanan tersebut, restoran, kampung dan tempat yang dikunjungi dan budaya masyarakat dan sejarah di tempat-tempat yang dia kunjungi. Sampai kampung pendalaman di ceruk Kedah pun ada review. Food Not Bombs KL dan gerai laksa tidak ketinggalan diulas. Dari kedai makanan Aceh Chow Kit Road, makanan di Bangladesh ke pemberian makanan percuma ala-ala FNB di Jepun. 

Dulu tahun 2007 kebetulan aku berada di Terengganu, Isham ada datang dalam seminggu. Dia cakap dia ada tugasan review makanan. Untuk Off The Edge lah kot. Dia juga sempat pergi gig di Ibai Golf yang band aku Inikah Hidup perform. Aku dan Shabri juga ambil peluang interview mamat ni dan interview tu dimasukkan dalam zine DRSA isu 18. Aku pergi ambil dia beberapa kali untuk pergi bersiar-siar dan makan-makan di sekitar Kuala Terengganu untuk beberapa hari.

Buku ini bagus, bukan sekadar mengenai makanan tapi lebih lebih dari itu. Banyak ilmu yang diperolehi dan sebagai bonus, semua mukasurat dicetak berwarna.

No comments: