Thursday, November 29, 2012

berbaju punk di masjid

Aku pernah pakai baju Carburetor Dung duk saf depan sekali, betul-betul belakang tok imam di Masjid Negeri Selangor pastu lupa silent phone pulak tu...nasib baik takde orang call. Kalau tak, dah bunyi dah lagu Lighthouse. Peace.

Street Dakwah MAIS 2012

Ahad lepas SYB berpeluang mengikuti program anjuran MAIS iaitu "Jelajah Keamanan 2012" atau street dakwah seluruh Selangor. SYB ikut serta sebagai ahli IKRAM (NGO Islam). NGO-NGO Islam yang lain turut terlibat seperti persatuan mualaf dan PERKASA. Tujuan jelajah ini adalah untuk menyampaikan Islam pada golongan bukan Islam. Sebelum hari tersebut, SYB ikuti training crash course di Pejabat Ikram Klang yang disampaikan oleh Cikgu Kamaruzaman yang mempunyai banyak pengalaman dalam street dakwah. Beliau cerita pernah ditolak malah diludah dalam misi menyampaikan Islam pada golongan bukan Islam. "Takpe, mungkin bahagian yang kena ludah tu nanti tak kena api neraka", katanya.



Dr. Atiq dan Dr. Zafri di Street Dakwah AEON Bukit Tinggi

Kami dibekalkan dengan goodie bags untuk diberi kepada golongan bukan Islam. Di dalam beg-beg ini diisikan enam phamplet tentang asas-asas Islam, stiker kereta dan juga satu snek. Bahasa melayu dan inggeris. Kami juga diminta oleh MAIS untuk buat survey untuk mengetahui persepsi mereka terhadap Islam. Di bahagian akhir survey, ditanya apa yang sukai atau tidak disukai tentang Islam.

SYB distesenkan di Pusat Membeli-belah AEON Bukit Tinggi Klang bersama 5 sukarelawan yang lain. SYB berada di sana dari jam 11 hingga 3 petang. Ramai yang tak mahu disurvey namun SYB berjaya survey pada 5 orang pengujung bukan/belum Islam. Ada seorang yang SYB survey mengatakan tak suka Islam sebab penganutnya banyak bergaduh sesama sendiri. Dia juga cakap tak suka pakaian Islam yang macam zaman dahulu, tak modern. Belum sempat aku nak berhujah dia dah nak pergi, nak cepat jadi aku bagilah goodie bag padanya.

Malam tersebut naqib usrah SYB beritakan, dua orang yang telah disurvey berjaya diislamkan dan mengucap dua kalimah syahadah; seorang di Ampang Jaya dan seorang di Hulu Selangor. Alhamdulillah, seronok juga direct action macam ni. Training crash course nya juga sangat menarik dan banyak mengambil ajaran dari tulisan-tulisan Dr. Zakir Naik. Senang dan seronok sebab banyak menggunakan analogi-analogi yang dekat dengan kita. 


Analogi dari Dr. Zakir Naik:
Kita sakit kita jumpa doktor dan doktor bagi ubat suruh kita makan 3 kali sehari. Sebab doktor pakar dalam bab perubatan jadi kita ikut tak tanya sebab. Tuhan maha pencipta dan maha mengetahui berapa banyak kali kita perlu solat dalam masa sehari.  
SYB:
Tapi solat sunat ibarat supplement untuk menyihatkan kita lagi walaupun doktor cakap tak ambil pun takpe.

Tuesday, November 27, 2012

musim

beng koya matleh sangatlah, Malaysia mana ada musim spring, winter, summer, autumn. Yang ada hanyalah musim durian, musim tengkujuh, musim cuti sekolah dan musim orang berlaga pusat. Selamat berlaga pusat kepada Mohammed Khalrazmi, Syed A Fadhli dan Shahidah Mnr. Maaf ambe dok tahu lagi balik ke dok...semoga walimah kalian berjalan lancar.

ulasan: Pejabat Pos Carrefour Klang

Apa yang bagus wujudnya pejabat pos dalam pusat membeli-belah ni ialah waktu operasinya yang lebih panjang. Tak pasti pula aku semua diseragam ke tak macam pejabat pos biasa tutup jam 5. Yang di Carrefour Klang ni beroperasi sehingga jam 6. Jadi, kalau tak mahu mengelat masa kerja, sempat lagi pergi lepas waktu kerja untuk siapa-siapa yang kerja balik pukul 5 tu.

Selalu juga aku ke pejabat pos ni, dan memang ini pejabat pos paling hampir dengan rumah yang aku tinggal sekarang, yakni rumah mertua aku di Sg. Pinang. Pejabat pos ni waktu tengah hari dihujung minggu memang ramai pengunjungnya. Pernah aku ambil angka giliran tapi lepas tu give-up. Balik hampa sebab lama sangat. Tapi kalau petang-petang hari kerja mahupun hujung minggu biasanya lengang. Selalu aku pergi tak payah tunggu pun, ambil saja nombor giliran terus dipanggil.

Pernah satu ketika tu, memang tiada orang di situ. Hanya seorang kakak yang bertugas, seorang pengunjung lain dan aku. Kakak yang bertugas tu siap berborak lama-lama pulak dengan pengunjung sebelum aku tu. Siap boleh main order-order kerepek pulak. Aduh, nasib baik aku takde nak kejar ke mana-mana. Kalau tak, aku sound juga kakak tu.

Biasanya bila dah selesai urusan pos, on the way ke pintu keluar aku akan sediakan duit kertas seringgit. Lepas tu aku duduk di kerusi empuk hitam dan masukkan duit tu di mesin urut yang tersedia berhampiran pintu utama Carrefour Klang tu.



Wednesday, November 21, 2012

ulasan: NICO 'The Essential' CD





Dulu tahun 90an aku terjebak dengan scene rap tempatan dengan kakak-kakak. KRU, Nico dan 4U2C kira tiga kumpulan paling top waktu tu. Kalau ada salah satu kumpulan ni masuk TV kami teruja habislah. Kawan-kawan sebaya dengan aku sekarang pun ada yang masih sukakan lagu-lagu mereka. CD 'The Essential Nico' ni memuatkan 16 lagu dari tiga album mereka, Made in L.A, Realiti dan Alamak! 

Imej NICO mengikut fesyen Chicanos iaitu pergerakan yang sering kita kaitkan dengan gangsterism di Mexico dan Amerika. Akronim N.I.C.O sendiri adalah Network International Chicanos Organisation. Sungguh pelik nama group ni, but it’s the 90’s! Nama macam Teh Tarik Crew kan elok, menunjukkan identiti Malaysia. Tapi aku tak suka pulak lagu Teh Tarik Crew walaupun nama sedap. Walaupun nama mereka macam ‘ganas’ dan berfesyen macam ghetto habis siap posing pegang 'baseball bat' tapi itu hanyalah imej. Lirik-lirik lagu mereka selain bertemakan cinta, yang lain semuanya berunsur nasihat. 

Nasihat-nasihat positif untuk remaja supaya jangan ponteng sekolah, tak elok bercinta di usia remaja,  jangan jadi kaki lepak, pentingkan pelajaran supaya boleh jadi orang yang bergaya, bersabar jika merantau berkerja di tempat orang, mesti rajin bekerja dan jangan malas, ingat kewajipan pada keluarga, jangan susahkan mak bapak, suami isteri sebolehnya bersabar dan jangan bercerai dan lain-lain. 

Sungguh irony. But somehow it reminds me of punk rockers yang fesyen sesetengahnya huru-hara (tanda protes mungkin) tapi lirik-lirik semuanya pesanan yang positif. Contohnya, paling aku suka lirik lagu Depress ‘Sejahtera’ yang menganjurkan manusia supaya hindari persengketaan dan jangan jadi hamba harta dan lirik dari Marjinal ‘Kerja Bakti’ yang menganjurkan kerja gotong-royong bersama penduduk kampung.

Thursday, November 8, 2012

Sedutan temuramah oleh zine Selipar Malaya





Sebenarnya interview ni untuk band Dum Dum Tak, tapi aku nak masukkan dalam blog peribadi aku...

8-Apa band idola DDT ni?

Kami semua suka Greenday, Marjinal, The Gags, FSF, Nostalgia, Bad Religion dan Widji Thukul. Aku juga suka Carburetor Dung, Kuchalana, The Mindless Show, The Bollocks, Bunga Hitam, Minor Threat, Kalashnikov, Dead Kennedys, Operation Ivy, Bob Dylan, Cat Stevens dan lain-lain. Dua-tiga minggu ni aku asyik layan Butterfingers “Kembali”, Monoloque “Jejak Tanah”, Ramli Sarip, M. Nasir, S. M Salim dan R. Azmi. Dah 17 tahun dengar punk rock dan muzik acuan barat saja sekarang baru hargai lagu-lagu melayu.

9-Apa definisi punk/hc bagi anda semua? Sejauh manakah revolusi/idea2 didalamnya berjaya mempengaruhi kehidupan anda seorang rakyat malaysia?

Bagi aku, punk/hc itu adalah ilmu dan seni yang menuntut keadilan. Dah 17 tahun aku mendalami ilmu punk/hc dan banyak aspeknya aku gunapakai dalam kehidupan aku. Dari bangun tidur sampai aku tidur semula. Dua puluh empat jam. Tapi yang utama bagi aku tetap ilmu dan cara hidup yang aku pelajari dari agama yang aku anuti iaitu Islam. Tapi sebenarnya banyak persamaan antara Islam dan punk rock. Kedua-duanya menyuruh manusia melakukan kebaikan dan menolak penindasan. Kalau dulu semua benda aku nak buat aku pikir dari aspek etika punk rock, sekarang aku nak buat apa saja aku fikir hukumnya menurut ajaran Islam.

10-Pernahkah band anda ini disalah ertikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab @ disabotaj oleh sesetengah pihak?

Pernah juga dulu pernyataan aku disalah ertikan. Ada organizer gig yang bertanya padaku kalau mereka hendak menjemput kami untuk bermain di gig mereka, berapa RM perlu dibayar pada kami. Aku hanya bergurau dan menjawap RM800. Dia mempercayainya dan beritahu kawan-kawannya. Jadi kecoh. Hehehe…sebenarnya kami tak kisah pun dibayar berapa RM untuk satu persembahan. Tapi kalau boleh, sekurang-kurangnya dapat menampung tambang pergi dan balik, jadilah. Tapi kami juga faham kalau hasil tidak memberansangkan, tak perlu bayar pun takpe kalau di tempat yang berdekatan.

11-Kalau ada kenapa boleh jadi macam tu?

Mungkin kerana sekarang makin banyak band DIY yang meletak harga minima jika hendak menjemput mereka. Berbanding dulu, band-band punk/hardcore tidak meletak harga tetap. Tapi kami faham, kalau band dah lama, banyak komitmen lain dan tanggungan. Mereka perlukan duit dan tidak mampu untuk mengeluarkan duit sendiri untuk berlatih, tambang, dan penginapan. Ada juga yang bermain muzik sepenuh masa jadi terpaksa meletak harga yang tetap jika hendak membuat persembahan.

15-Adakah band ini mempunyai ahli yang berperinsipkan Straight Edge?

Rizie dan aku dulu adalah straight edge. Tapi aku dah drop edge dan betulkan niat. Hidup bebas dari rokok, dadah, arak dan seks kasual kerana tuntutan tuhan bukan kerana idea manusia lain. Ini kerana aku mahukan keuntungan di dunia dan selepas aku meninggalkan dunia ini juga. 

20- Ada ahli dalam DDT ni yang kaki merempit tak? Hahahaha…
 
Dulu sebelum kahwin aku selalu merempit. Tapi lepas bernikah ni, dah jarang-jarang naik motor. Tapi selalu juga aku bawa anak kecil aku meronda kampong menaiki motor ayah mertua aku. Rizie dulu juga selalu merempit dengan skuternya tapi tidak lagi sekarang. Tapi kami bukan kaki rempit sebenarnya, sekadar menggunakan motor sebagai kenderaan harian untuk ke sana kemari.  
23- Sebelum mengakhiri interview ni, apakah pesanan DDT kepada newcomers yang berada kat luar sana?

Banyak belajar, baca buku dan cari rasional sesuatu tindakan kita. Jangan ikut sahaja secara buta tuli. Kalau nak buat apa-apa projek, jangan tiru orang putih seratus peratus. Ambil idea mereka tapi buatlah cara sendiri. Masukkan juga elemen dari budaya sendiri supaya ada identity tersendiri yang unik. Jangan jadi klon dan tiruan.  

24- Kata-kata akhir DDT?

CD kami yang terbaru iaitu split bersama Always Last sebanyak 12 lagu sudah berada di pasaran. Boleh dapatkan dari aku, sms aku di 0179639316 atau email nizangmosh@gmail.com. Harga RM12 kalau datang jumpa aku atau RM15 kalau aku pos kepada alamat korang. Terima Kasih pada Selipar Malaya zine, bagus nama zine ni, aku suka. Terima kasih pada pembaca. Hubungi kami untuk apa-apa atau sekadar untuk mengucapkan ‘Hi’. Assalamualaikum.

Wednesday, November 7, 2012

Mudah

Mudah ya sekarang ada smartphone. Di mana-mana pun boleh baca al-Quran. Dalam kereta, masa mesyuarat hatta dalam gelap pun boleh.

Sunday, November 4, 2012

Surat Untuk Ustaz Dr. Zaharuddin



Assalamualaikum ustaz, 

Saya teringat mendengar di radio ikim.fm, ustaz kata hukum membeli barang tiruan dan cetak rompak adalah haram dan berdosa. Saya jadi takut. Sebab dulu saya selalu beli DVD cetak rompak, tapi saya nak berhenti, Nak bertaubat. Kalau nak tengok movie, beli yang mahal sikit yang original pun takpe. Habis duit takpe, jangan masuk neraka sebab download movie sudah.

Saya kasihan tengok orang-orang Islam yang membeli dan menjual DVD filem cetak rompak dan barang-barang tiruan seperti beg tangan, baju, cermin mata, komputer klon dan telefon bimbit klon di pasar malam, uptown dan petaling street. Saya rasa saya kena belanja duit lebih dan belikan beg tangan yang original untuk isteri...

Saya juga selalu download lagu, dan kadang-kadang movie...tapi tak berapa mahir. Jadi saya rasa mudah untuk saya berhenti dan bertaubat. Saya risau tengok orang sekeliling, mungkin hal seperti ini dianggap remeh. Sebab semua orang buat, jadi kita tak rasa benda yang kita buat tu salah. Kita nak mudah. Kita lupa. Teknologi juga akan membawa kita ke neraka jahanam…

Saya ada kemusykilan Ustaz, apa hukumnya kalau kita pakai Skybox atau Openbox untuk menonton semua saluran astro secara murah. Kalau tak silap saya bulan-bulan RM20 sahaja. Sedangkan harga betul jika ambil dari Astro lain harganya, mahal. Saya rasa ada penyelewengan yang berlaku di situ. Kita orang Islam kena fikir hukum untuk segala apa yang kita buat. Kalau tak mampu, buat cara tak mampu…

Motivasi: Qada' dan Qadar part 2

Ujian Allah pada kita mungkin sangat ringan berbanding dengan orang lain. Aku ada satu kisah yang aku teringat bila isteri aku kehilangan handphone mahal.

Seorang kenalan aku, warga Indonesia dan dulunya bekerja di tempat sama dengan aku, A. Dia nak beli kereta Myvi. Oleh kerana dia percaya pada salah seorang lagi kawan sekerja kami, B dia menjadikan B untuk menjadi orang tengah untuk dia belikan kereta. Mereka satu department, selalu makan tengahari bersama, berborak dan lepak bersama.

Oleh kerana A bukan warganegara dia terpaksa bayar cash. B ada kenalan yang menjual kereta. Jadi A bagi duit harga keseluruhan kereta pada B untuk membeli kereta Myvi secara tunai. Selang beberapa bulan, B berhenti kerja.

Selang beberapa bulan lagi, kereta A ditarik kerana tidak dibayar. Mungkin B telah membelinya secara ansuran. Dan hanya membayar muka dan bulan pertama ansuran kereta.

A cuba menghubungi dan mencari B tetapi gagal. B sudah lari menghilangkan diri dengan duit puluh-puluh ribu kepunyaan A.

Yang sedihnya, B ini adalah orang sebangsa dengan aku, dalam icnya agamanya sama dengan aku, dan dia berasal dari negeri yang sama dengan aku. A pula adalah seorang Kristian. Kalau A tiada pegangan agama, macam manalah dia nak hadapi hidupnya apabila dia sedar duitnya puluh-puluh ribu lesap sekelip mata.

Motivasi: Qada' dan Qadar

Semalam headphone isteri aku kena curi di foodcourt. Orang ramai betul di foodcourt. Jadi, aku pergi beli makanan dan isteri jaga anak dan meja. Semasa aku sedang beratur, isteri aku menelefon suruh ambil tisu lebih sikit. Bila aku sampai di meja, didapati handphone isteri dah tiada. Cuba call, dah dipadam. Sekelip mata ia lenyap. Pacifier anak aku kami pula tertinggal di foodcourt tu. Dua-tiga hari sebelum tu, kot aku hilang. 

Kita patut tingkatkan iman kita pada qada' dan qadar dan hadapi semua musibah dengan tenang dan senyuman. Segala musibah, kemalangan dan kehilangan berlaku kerana kehendak Allah. Tiada rezeki. Mungkin Dia nak bagi rezeki lain yang lebih baik.

Macam mana cermat pun kita, musibah
pasti akan berlaku juga kalau Allah berkehendakkan. Untuk menguji kita. Kita cuai macam mana pun, musibah takkan berlaku kalau tidak tercatat pada qada' dan qadar kita.

Segala yg kita ada dan sayang termasuklah ahli keluarga, anak, anggota dan organ badan hanyalah pinjaman sementara. Sekejap atau lama, bila-bila Allah boleh ambil balik. Redhalah.

Maafkanlah dan halalkanlah si pencuri. Doakan supaya dia insaf dan bertaubat. Kita pula dapat pahala. Allah menguji kita sebab Dia sayangkan kita, nak bagi kita kuat dan dekatkan diri padaNya.

Iman pada qada' dan qadar ni sangat indah kalau kita dapat kuasai. Perkataan "menyesal" kita boleh padam dari kamus kehidupan kita.
Mak aku salah seorang yang kuat imannya pada Qada' dan Qadar. Bila kereta kami terlanggar tembok pagar depan rumah sbb aku terlupa "free gear", satu perkataan marah pun dia tak ucap. Dia hanya senyum. Bila aku mengadu baju yang aku sayang diambil orang, dia kata "anggap sajalah sedekah".
Allahua'lam.