Sunday, November 4, 2012

Surat Untuk Ustaz Dr. Zaharuddin



Assalamualaikum ustaz, 

Saya teringat mendengar di radio ikim.fm, ustaz kata hukum membeli barang tiruan dan cetak rompak adalah haram dan berdosa. Saya jadi takut. Sebab dulu saya selalu beli DVD cetak rompak, tapi saya nak berhenti, Nak bertaubat. Kalau nak tengok movie, beli yang mahal sikit yang original pun takpe. Habis duit takpe, jangan masuk neraka sebab download movie sudah.

Saya kasihan tengok orang-orang Islam yang membeli dan menjual DVD filem cetak rompak dan barang-barang tiruan seperti beg tangan, baju, cermin mata, komputer klon dan telefon bimbit klon di pasar malam, uptown dan petaling street. Saya rasa saya kena belanja duit lebih dan belikan beg tangan yang original untuk isteri...

Saya juga selalu download lagu, dan kadang-kadang movie...tapi tak berapa mahir. Jadi saya rasa mudah untuk saya berhenti dan bertaubat. Saya risau tengok orang sekeliling, mungkin hal seperti ini dianggap remeh. Sebab semua orang buat, jadi kita tak rasa benda yang kita buat tu salah. Kita nak mudah. Kita lupa. Teknologi juga akan membawa kita ke neraka jahanam…

Saya ada kemusykilan Ustaz, apa hukumnya kalau kita pakai Skybox atau Openbox untuk menonton semua saluran astro secara murah. Kalau tak silap saya bulan-bulan RM20 sahaja. Sedangkan harga betul jika ambil dari Astro lain harganya, mahal. Saya rasa ada penyelewengan yang berlaku di situ. Kita orang Islam kena fikir hukum untuk segala apa yang kita buat. Kalau tak mampu, buat cara tak mampu…

2 comments:

faizal abd fathi said...

zaman sekarang susah nak cakap...sedangkan spare part kereta ada ori dan local...local dah tentu ciplak ori...just my komensen

juf said...

Setahu saya la hukum beli dvd cetak rompak mmg haram sbb kita mmg ambil hasil karya diorg dan jual balik tapi klu kita beli cetak rompak seperti baju,spek,kasut dibolehkan..dgn syarat barang2 yg dijual kita tahu die mmg bkn asli,kualiti berlainan,tiada unsur penipuan disitu,dan hanya untuk kegunaan perbadi.... adakah sume org kt malaysia ni mmpu beli yg original..wallahualam