Sunday, November 4, 2012

Motivasi: Qada' dan Qadar part 2

Ujian Allah pada kita mungkin sangat ringan berbanding dengan orang lain. Aku ada satu kisah yang aku teringat bila isteri aku kehilangan handphone mahal.

Seorang kenalan aku, warga Indonesia dan dulunya bekerja di tempat sama dengan aku, A. Dia nak beli kereta Myvi. Oleh kerana dia percaya pada salah seorang lagi kawan sekerja kami, B dia menjadikan B untuk menjadi orang tengah untuk dia belikan kereta. Mereka satu department, selalu makan tengahari bersama, berborak dan lepak bersama.

Oleh kerana A bukan warganegara dia terpaksa bayar cash. B ada kenalan yang menjual kereta. Jadi A bagi duit harga keseluruhan kereta pada B untuk membeli kereta Myvi secara tunai. Selang beberapa bulan, B berhenti kerja.

Selang beberapa bulan lagi, kereta A ditarik kerana tidak dibayar. Mungkin B telah membelinya secara ansuran. Dan hanya membayar muka dan bulan pertama ansuran kereta.

A cuba menghubungi dan mencari B tetapi gagal. B sudah lari menghilangkan diri dengan duit puluh-puluh ribu kepunyaan A.

Yang sedihnya, B ini adalah orang sebangsa dengan aku, dalam icnya agamanya sama dengan aku, dan dia berasal dari negeri yang sama dengan aku. A pula adalah seorang Kristian. Kalau A tiada pegangan agama, macam manalah dia nak hadapi hidupnya apabila dia sedar duitnya puluh-puluh ribu lesap sekelip mata.

No comments: