Tuesday, March 23, 2010

Kaunter Pertanyaan#6: Taqwacore lagi

Nizang, mu ada dok cite Taqwacore?? -via SMS

Jawapan: Sila rujuk Kaunter Pertanyaan#2. TQ

Kaunter Pertanyaan#5: Gila Glamer

Kire ok la promote sikit? Ane tau nanti org ckp gle glamer.N 1 lg. Ak suka bt zine.Lau bleh stiap bulan ak nk rilis.Tp, adkh org akn mganggap ak nie mcm trlalu mraih fymes dgn cpat2 mriliskan zine? -via SMS

Jawapan: Adoi! Buat apa pikir pasal pendapat orang. Nama pun punk, nama pun DIY. DO IT YOURSELF! Buat je lah apa kau suka. Scene ni milik semua orang yang nak aktif dan turut serta dalamnya. Takde peraturan dan takde polis/pengawas. Takde majalah atau program gosip macam Mangga dan Melodi. Ikut suka kau nak buat apa! Keluar isu baru tiap bulan tu sangat positif, sangat rajin, dan sangat digalakkan. Tapi ingat, kualiti kena jaga. Itu jer. Kalau keluar banyak, boring takde isi, buruk...takde guna. Tapi lagi elok buat sesuatu dari yang tak buat apa-apa tapi duk asyik mengata. Jangan pulak supply over demand. Barang banyak tapi takde orang nak beli (macam Nervhous Distro ehhehehhe!)

-it's about quality, not quantitiy.

Kaunter Pertanyaan#4: Popularity

Um, nk tnya. Adkh blh d anggap mngejar populriti dgn sikap suka mempromotekan susuatu rilisan samada zine, EP, demo tau DIY yg laen2? -via SMS

Nama pun DIY mestilah promote sendiri boh. Kalau tak promote camner orang nak tau wujudnya sesuatu rilisan* tu. So, mesti promote, mesti advertise, mesti war-warkan! Siapa cakap kejar popularity? Tu tak jadi isu, sebab di UG scene takde istilah popular. Nak kejar popularity masuklah Akademi Fantasia.

Kalau rockstar/artis mainstream rata-rata harap orang lain buat untuk dia dari promosi, buat design, jual baju, semualah. Tolong gosok gigi pun kalau boleh suruh manager buat.

Tapi sekarang kat scene kita ni pun dah pakai sistem manager, walhal main gig sebulan sekali belum tentu ada orang panggil...


Ada kes baru ni organizer panggil band main gig tapi tak melalui manager. Sebab organizer kenal band member. So, dah on la band tu main. Pastu bila manager dapat tahu, terus cancel cakap band tu
takleh main gig tu sebab tak melalui channel yang betul. Kalau macam tu lah hidup band ada manager, baik sepak laju2 je campak kat laut. Otak taruk kat lutut. Peh sedap pulak mengutuk orang.

*oh perkaan rilisan dah jadi ejaan rasmi sekarang ada kat kamus

Kaunter Pertanyaan#3: Nak tanya boleh?

Askum. Lame xdgr brite?Wei, kawe nak tnya stu soklan bleh? -via SMS

Jawapan: Nak tanya soalan tanya je terus lain kali. Jangan la main tanya boleh ke tak. Bazir kredit aku sekadar nak balas "ya, boleh, silakan".

Thursday, March 4, 2010

Master Celebrator

Post ni bukan pasal lagu Millencollin tu ataupun pasal band tu...

Kalau korang cek-out post aku pada tahun 2007, aku ada post assignment Design Research aku. Aku tulis pasal fanzine scene kat Malaysia. Ada kawan aku duk cakap, apsal tak sambung research pasal fanzine tu untuk Masters pulak. Aku tak sangka benda tu betul-betul jadi kenyataan.

Aku tgh buat Masters in International Contemporary Art and Design Practice. So, topic yg aku nak buat ialah psl punk fanzine. Tapi still in early stage, baru week 2. Aku kena focus more on the outlook, the design, the artwork, the process, the anti-establishment, the influences (pop art, dadaist art, etc.). Cut and paste, typewriter, software, chaos layout and the evolution. So, hope korang boleh tolong aku. Kalau ada simpan isu lama2 korang lagi cun. Nanti kalau aku perlukan tolong, harap korang boleh tolong. Aku ingat nk pilih beberapa zine sbg rujukan utama. Antaranya Aedes, Cronically Donut, Vortex From The East dan beberapa dari luar mcm Cometbus, Absolutely Zippo, Doris, (melalui anthology books yang aku boleh order) dan zine2 yg aku boleh dpt arkibnya online.

Mungkin korang ada cadangan apa2 aku sedia dan suka sangat nak dengar. OK THANK YOU bosses.

Do forward this email to those u think can help me too.

Regards,

Nizang

Tuesday, March 2, 2010

Berita dari kawan

kawan aku,

pengetuk dram band screamo hardcore Inikah Hidup,
gitaris/vocal band punk Kasih Sayang,
penulis zine Narrator,
tokey A//Mince studio/infoshop...

Ahmad Shabri

dah kahwin!

TAHNIAH!

cikgu punk terkantoi #2

Sabtu lepas masa main kat gig Efek Rumah Kaca , ada sorang bekas student aku kat gig tu. Aku tak tahu dia perasan tak aku. Aku buat tak tahu je la, segan.

Lepas set kitorang, aku nampak dia keluar lepak kat meja makan. Aku ingat nak gi tegur. Tiba-tiba budak-budak lain kat meja tu macam pandang-pandang ke arah aku.

Aku pikir mungkin dia perasan aku dan bagitahu kat kawan-kawan dia aku lecturer dia. Tak pun budak-budak tu belajar kat tempat sama.

Aku batalkan niat aku nak tegur dia.

Heh.