Tuesday, March 20, 2012

Ulasan: Opick: The Best Of CD


Dhani cakap Opick, penyanyi religi dari Indonesia pernah nyanyi lagu-lagu pop/rock dan pernah main dengan band metal bernama Tengkorak.

"I suka lagu nombor tujuh" kata isteri aku semalam. Aik, bila pulak dia dengar CD Opick ni? Sejujurnya aku baru terjebak dengar Opick ni walaupun selalu dengar lagu dia di Ikim.fm. Ternyata memang sedap. Terasa nak beli CD dia dah beberapa ketika, tapi asyik postpone. Asyik "nantilah" aje.

Satu petang aku tengok sebuah telefilem di Astro Oasis dan untuk lagu penutup cerita tersebut adalah lagu "Tombo Ati" dari Opick. Tak tahu kenapa tapi hati aku melonjak nak beli CD Opick tiba-tiba. Esok tu juga aku beli CD ni di Speedy Video Jusco Bukit Raja.

Memang 80% dari album the best of Opick ni sangat sedap dilayan. Paling ngetop adalah "Tombo Ati", "Shollu Ala Muhammad", "Alhamdulillah" dan "Cahaya Hati". Menitis air mata dengar, aku memang senang menitis air mata kalau dengar nasyid dalam kereta sorang-sorang. Lagu "InsyaAllah" Maher Zain pun cukuplah buat air mata berjurai-jurai jatuh. Macam poyo pulak review ni, tapi dapatkan CD ni!

Opick ada datang KL bulan depan tapi tiket RM89. Adoi, lainkali aje lah... 

Monday, March 19, 2012

she said #3

"nasib baik u tak bawak masuk ipad masa masuk toilet macam u bawak buku-buku u time big business kan?"

Kenangan pertama kali menghadiri gig

Pertama kali pergi gig pada tahun 1998 di Kuantan. Masa tu aku form 4 duk di Kuala Terengganu. Orang kata four 4 ni tahun honeymoon. Alkisahnya aku dapat flyer gig ni (yang dilukis/design guna tangan saja) dari Kopeh budak Dungun (chaos PS zine) melalui pos. Kebetulan kawan baru aku masa tua Shah ada sedara kat sana. So, kami pergi kuantan. First time juga aku lepak Kuantan time tu. Selalunya lalu saja on the way balik kampung dari KL masa kecik-kecik dulu. Dig tersebut menampilkan Carburetor Dung, Pointless Judgement, Lyme (Love Your Mother Earth), Neurotics dan Arm in Arm. Venue gig di Lips Boom Boom (disko). Memang semangat gila sebab first time pergi gig. Di Terengganu tiada gig lagi time tu. Oh, sebelum gig kami jumpa editor zine Rule (holiday in the rain), kami berkenalan time tu juga dan sembang-sembang pastu dia belanja makan.

Masa set Dung aku memang meluru ke depan stage. Aku siap ambil microphone dan menyanyi sebab Lee (vokalis masa tu) duk sibuk menari atau "Lee-ing". Lepas gig, aku dan Shah lepak di terminal Kuantan, terserempak dengan budak-budak Lyme yang nak balik KL dan kami tegur diorang. Malam tu lepak dengan adik Panther (enslaved Chaos) di berek polis. Dia nok tolak hoodie dengan tape EC. Memandangkan duit tadok, aku beli kaset tu aje. Sebelum tu aku dah dengar dah kaset tu sebab kakok aku kawan dengan gitaris EC di maktab. Masa set Neurotics, tu sebelum set bermula, salah sorang vokalis dia jereba terjun dari stage dan jatuh betul-betul menghempap badan aku hok kuruh kerkek ning...sakit tapi sedap. Sebab first time pergi gig. Haha. -nizang

Thursday, March 1, 2012

Ulasan: Tapai

Dah lama juga aku mula baca buku ni, sikit-sikit. Baca dalam kelas masa student aku tengah buat kerja masing-masing. Buku ini merupakan kompilasi tulisan-tulisan Isham dari majalah Off The Edge. Kolum dia pasal makanan, kebanyakannya makanan-makanan yang 'real' dari seluruh Malaysia. Makanan yang mungkin orang melayu sendiri dah tak kenal sebab lebih hafal makanan di papan menu McDonalds, KFC, Starbucks dan dan dan.

Yang menariknya bukan makanan sahaja diulas olehnya tapi juga budaya dan cerita asal usul disebalik makanan tersebut, restoran, kampung dan tempat yang dikunjungi dan budaya masyarakat dan sejarah di tempat-tempat yang dia kunjungi. Sampai kampung pendalaman di ceruk Kedah pun ada review. Food Not Bombs KL dan gerai laksa tidak ketinggalan diulas. Dari kedai makanan Aceh Chow Kit Road, makanan di Bangladesh ke pemberian makanan percuma ala-ala FNB di Jepun. 

Dulu tahun 2007 kebetulan aku berada di Terengganu, Isham ada datang dalam seminggu. Dia cakap dia ada tugasan review makanan. Untuk Off The Edge lah kot. Dia juga sempat pergi gig di Ibai Golf yang band aku Inikah Hidup perform. Aku dan Shabri juga ambil peluang interview mamat ni dan interview tu dimasukkan dalam zine DRSA isu 18. Aku pergi ambil dia beberapa kali untuk pergi bersiar-siar dan makan-makan di sekitar Kuala Terengganu untuk beberapa hari.

Buku ini bagus, bukan sekadar mengenai makanan tapi lebih lebih dari itu. Banyak ilmu yang diperolehi dan sebagai bonus, semua mukasurat dicetak berwarna.

Thursday, February 23, 2012

Profile untuk Buku lagi...tunggu!





Ayee (dulu buat zine Piss Of Mine: A Forum Of Thoughts) ada projek buat buku. Antara penulis yang terlibat adalah Yuna, Alak dan lain-lain. Aku pun dijemput juga. Tulislah sikit-sikit sebab deadline kejap sangat dia bagi. Jadi ni profil yang aku tulis untuk buku tu. Untuk info lanjut pasal buku tu, Documentist  



Nizang has published Mosh zine, a zine about the local skate and punk rock scene as well as real life stories since 1999 until now. The latest issue is issue 14. He wrote the book ‘Aksi Reaksi: Dokumentasi Dum Dum Tak’ and was involved in writing the book ‘Punk Rock: Disebalik Fesyen dan Muzik Bising’. His writings were also featured in magazines such as Maximum Rock N Roll, Revolution and zines such as The Coalition, DRSA, Roots, My Friends And The Pit, Masked Reader, etc.

He used to sing for Jellybelly and Inikah Hidup, two bands based at his hometown, Kuala Terengganu. Currently he plays bass, sing back-ups and write some lyrics for Dum Dum Tak, a KL-based punk rock band.

To pay the bills and support his family, he works as a lecturer at a private university teaching creative and design modules for Foundation Year students. Klang, Selangor is where he calls home now, living with his wife and a daughter.  

Tuesday, January 31, 2012

Pyan Habib dan Aksi Reaksi

Dulu-dulu 80an aku tonton filem rock n roll yang Pyan Habib berlakon jadi Osman Tikus iaitu Kembara seniman jalanan. Lepas tu DDT ada record lagu dari filem tersebut "Rupa Tanpa Wajah"

...sekarang beliau pulak baca buku rock n roll yang aku tulis pasal DDT...AKSI REAKSI. Teruja! Siap ada gambar.

Sunday, January 29, 2012

Januari 2012 bulan produktif untuk diri aku

Januari 2012 -Isteri aku melahirkan puteri kami, Sara Qistina. Buku Punk Rock dilahirkan empat hari selepas itu dan pada 27 Januari, Aksi Reaksi iaitu buku mengenai band Dum Dum Tak dilancarkan. Alhamdulillah syukur pada Tuhan kerana rezeki yang melimpah-ruah ini. Juga kepada kawan-kawan yang menyokong projek-projek ini sampai jadi kenyataan. You guys rock!

Tapi buku Aksi Reaksi yang dikeluarkan adalah dalam kuantiti terhad. 100 salinan dan dibuat last minit (ada bahagian-bahagian yang silap dan nampak terkerjar-kejar). Ia akan dicetak lagi nanti...It's not for everyone. But if you listened and like Dum Dum Tak...it's a must! Bak kata review yang akan baca dalam satu blog tadi. Tapi pelakon pun boleh baca jugak sebab semalam Pyan Habib komen di FB aku cakap dia ada beli buku ini dan suka tengok/baca buku ni. Dia kata tertarik dengan warna kulit buku dan ayat-ayat yang mudah dibaca.

Sebenarnya tulisan-tulisan yang baru terbit tu dah lama pun ditulis. Tulisan aku dalam buku Punk Rock ditulis pada 2009-2010 dan Aksi Reaksi ditulis pada tahun 2011. Zine? Hehhe...zine masih aku tulis...tapi nantilah, lambat sikit kot. Sekarang nak promosi buku-buku ni dulu.

DAN! Thesis Masters aku juga siap dah. Dan sudah dihard-cover bound hari ini. Segala pening kepala, tensi, tak tidur malam buat research dan mencari solusi sepanjang buat research MA akhirnya sudah tamat...Lepas ni boleh taruk Dr. pada nama ...eh silap MA Ahmad Nizamuddin kah kah kah.

Sekali lagi, syukur pada Tuhan.