GEJALA ni dah lama aku dengar tentang mereka tapi tahun 2024 ni mereka banyak main gig dan ada release CD. Walaupun belum sempat tengok mereka secara live, aku ada sambar sekeping CD mereka dan aku sukakannya. Mereka ni pun tak asing dengan aku, selalu lepak dan kontek. Benda jadi mudah dan terimalah temubual ekslusif dengan Yan GEJALA.
1. Kalau tak silap aku, Gejala terdiri dari bekas ahli Brayok dan Stick No Bill… macam mana band ni boleh bermula? Siapa line-up Gejala?
Ye, Gejala ni ade dr ahli2 band Brayok, SNB dan Badsmell. Sebenarnya Gejala asal 8 org pada 2018 dan pada 2024, tinggal lima org dan mungkin 2025 ni cuma berempat. Kami bermula terpikir nk tubuh Gejala ni antaranya kami memang selalu melepak bersama dlm masa yg sama semua ade minat yg sama. Kami juga nk teruskan alirkan muzik² punk kat scene underground sebab aku (Yan) sendiri rase kat Ipoh terutamnya tak banyak band punk.
Yan Brayok - Gitar/Vokal
Boy Badsmell - Bass/Vokal
Syamil Brayok - Vokal
Solih Brayok - Drum
Opie SNB - Trumpet
#semua ahli pernah main dengan Brayok
Apa maksud Gejala sebagai nama band?
Gejala ni makna die tanda² atau symptoms. Org lebih tahu gejala ni kepada tanda² yg buruk. Untuk perkara² baik juga ada gejalanye atau tanda²nye. Jadi, Gejala ni takde makna pun utk kami cuma kami nak guna nama dlm Bahasa Malaysia, mungkin Gejala ini tanda² kami ade hadir dlm scene.
Cerita sikit tentang Live Demo korang tu… rakam di mana? Kenapa rilis sikit sangat…?
Ok, Live Demo tu kami rekod n mixing kat Sarang Suara Studio, Sri Kembangan by brader Najib. Kami dpt rekod 7 lagu. Kami tak bercadang untuk rilis demo tu dalam bentuk CD sebab kami ade rilis 5 lagu kat platform digital dan kami buat ‘Live Demo’ tu DIY n atas permintaan kawan², kami buat sikit je lah, yg tak dapat boleh dengor kat Spotify, Youtube dll
Boleh cerita sikit tentang lagu ‘Usoh Ngelupor’ ni pasal apa? Menarik lagu ni menggunakan dialek Perak.
Lagu Usoh Ngelupor tu aku yang buat lirik, lagu tu cerita pasal merendah diri dan bersederhanaan dlm hidup. Ringkasnye aku, boy, solih n syamil mmg bercakap dlm loghat Perak, tpi takde lah pure berloghat mcm belah Kuala Kangsar, Parit, dll. Dialek dlm lagu tu mmg aku gunakan cara aku bercakap dan bersembang seharian.
Lagu ‘Y.A.B’ tu pun menarik, cerita sikit kenapa punk dan politik tak boleh dipisahkan.
Lagu Y.A.B. tu ringkasan utk gelaran Yang Amat Berhormat. Dalam satu masa cuma ade tak sampai 20 org yg pakai title ni, kome cari sendiri ler ye sape 😅. Sape lagi nk cerita pasal politik² yang busuk kalo tak punk. Awal² kedatangan punk tu bukan saje muzik tapi die datang satu budaya. Ekspresi tidak puas hati dan protes terhadap sistem sosial, ekonomi dan politik dr golongan pekerja dan minoriti. Budaya punk menekankan kebebasan berekspresi dan melawan arus sebagai elemen utk mengubah struktur sosial dan politik. Jadi, band² punk akan berpesan² dlm lagu, membawa suara revolusi dan mengkritik gerakan politik yg menindas.
Senaraikan band-band yang mempengaruhi Gejala.
Brayok, Bad Religion, Ska P, Dum Dum Tak, Rancid, Marjinal, dan byk lagi..
Setakat ni show mana paling best yang Gejala main?
Kami start main show tahun 2024 ni kat gig². Setakat ni kami dah tembus 5 gig di Ipoh, KL, JB, Penang. Semua best belake, paling best kat antara semua tempat tu ade muka yg sama dtg support walaupun bukan kat tempat dorg. Kawan² lah tu. Terima kasih kome..
Kalau tak silap Yan ada main juga band lain, macam mana korang bahagi masa antara muzik, skate, kerjaya dan keluarga? Kalau tak silap, Solih duk jauh dari korang kan…
Ye, ade antara kami main lebih dari 1 band. Untuk band mcm kami ni, kena set betul² ape yg utama, priority. Main band/skate ni lebih pada hobi buat kami. Sama juge macam org lain, contoh Kamal, berkahwin 2 org anak, keje TNB, hobi futsal/memancing. Mesti pandai arrange masa antara kerjaya,family ngan hobi. Macam Solihuddin tu, kami akan set, sebulan atau 2 bulan sekali utk jemming ngan hal² band, sama ada die dtg Ipoh atau kami ke Cyberjaya.
Apa plan jangka pendek dan panjang untuk Gejala?
Plan terdekat kami cadang utk rekod n keluarkan album insha'Allah.. Bagi masa panjang, harap² Gejala terus konsisten aktif dlm scene underground.
Kata-kata akhir?
Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua dimuka bumi ini.. Free Palestine!
No comments:
Post a Comment