Sunday, July 16, 2017

5 Soalan: Peligrosos

PELIGROSOS adalah antara band yang menarik perhatian aku semasa ke Sabah pada tahun lalu. Selepas menonton set mereka, aku terus melamar mereka untuk merilis sesuatu dibawah Nervhous Records. Kena dengan muzik dan trend kaset yang kembali dibeli oleh peminat muzik punk dan metal tempatan, kaset mereka bejudul 'Brainwash' berjaya diterbitkan dan masih berbaki beberapa keping. Nizang tanya Saipul 5 soalan...



1. Aku dengar band ni dah bergabung sejak di bangku sekolah namun baru-baru ni berlaku pertukaran line-up. Kenapa jadi begitu?

Asalnya cuma aku dan Ayen saja yang mengasaskan band ni sejak sekolah lagi. Kami ada beberapa pemain yang silih berganti untuk drummer dan bassist (rhythm section). Asik@Jass sebagai drummer dan Asnor sebagai pemain bassist. Kemudian posisi drummer ditukar kepada Sapik. Yang paling lama main dengan Peligrosos ialah Ancap dan Kiong, meraka ni juga banyak terlibat dalam pembikinan e.p ‘Brainwash’ dari 2014 hingga 2016. Baru-baru ni Ancap dan Kiong keluar dari Peligrosos atas sebab komitmen pada famili masing-masing. Kiong bakal melangsungkan majlis perkahwinannya tahniah, kepada Kiong.

2. Cerita sikit tentang rilis ‘Brainwash’, lagu-lagu dan lirik dalam kaset ni. Berapa persen thrash metal dan berapa persen punk rock agaknya? Bagaimana pula dengan proses rakaman.

‘Brainwash’ ni telah dirancang sejak 2014 lagi. ‘Demokrasi Pagar Besi’ sebenarnya ada dua versi yang berlainan tetapi pada 2016 kami rakam balik. Kami mengambil masa yang lama untuk menyiapkan EP ‘Brainwash’ disebabkan line-up semua tengah study time tu. Ketika study, kami hanya berhubung menggunakan Whatsapp untuk buat riff. Dan di penghujung 2016 kami terus masuk home studio dan rakam. Persen tu takda jumlah yang spesifik kami letak dalam sesebuah lagu. Tapi kami akan nilai supaya tiga elemen tu seimbang. Itu hanyalah pada pendapat kami. Mungkin pada pendapat orang lain lagu kami belum lagi seimbang. Lirik pula berasaskan kritikan terus kepada media dan sistem politik semasa.

3. Bagaimana sambutan dan juga maklumbalas dari pendengar? Rasanya pasti ramai yang nyanyi sama ketika di gig sebab ramai yang dah dengar, betul ke?

Alhamdulillah setakat ni sambutan dan maklumbalas sangat puas hati. Sejujurnya kami tak sangka feedback daripada kawan-kawan sangat bagus sedangkan ini barulah percubaan pertama daripada kami. Jutaan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang mengenali kami dan telah membeli kaset kami. Tanpa kamu siapalah Peligrosos kan. Part ‘Media So Sial’ kawan-kawan selalu sing along, fuhh memang rasalah energy mereka time main lagu ni.

4. Ada lagu-lagu baru yang dicipta dan adakah stail masih sama? Bila rancangan untuk kembali ke studio?

Lagu-lagu baru sekarang in the process. Peligrosos akan target 12 track insyaAllah dan akan dimuatkan ke dalam sebuah album. Stail tu akan sama saja tidak ada plan untuk mengubahnya. Cuma mungkin akan lebih aggressive lagi lepas ni. Tunggu dan lihat sajalah, hahahah. Rancangan untuk ke studio tu kami target pada tahun depan bergantung kepada kelapangan line-up.

5. Ceritakan sikit tentang scene Tawau. Dan juga kata-kata akhir. Terima kasih.


Setakat ni scene Tawau okey saja. Terima kasih pada kawan-kawan yang mengenali Peligrosos. Kawan-kawan yang telah membeli kaset EP ‘Brainwash’ dan yang telah mendengar EP ni. Ucapan terima kasih juga pada Nizang Nervhous Records sebab rilis EP Brainwash dan sudi interview kami.



No comments: