Sunday, June 18, 2017

5 SOALAN: SHIZUKA BEN AMAN

Aku pasti semua orang pernah dengar lagu ‘Redline 95’ oleh Shizuka. Kali pertama aku dengar dalam tape kompilasi Kopi Sechewen vol. 2 masa ianya baru terbit, lagu ni antara yang paling menonjol dalam tu. Beberapa minggu kemudian, di satu gig di Kuala Terengganu…band skatepunk Uncle Tobie telah mengcover lagu ni dan membuktikan pada aku, lagu ni amat sedap dan akan menjadi satu lagu hit dan disukai ramai. Shizuka kini kembali dengan nama lama SHIZUKA BEN AMAN dan baru mengeluarkan CD berjudul ‘JauhJauh’. Cuba dapatkannya, kontek Encik Faizal.


1. Lagu ‘Redline 95’ menjadi siulan semua orang. Rata-rata remaja era 90an tahu dan masih ingat lagu ini. Ada yang mengatakan Shizuka band mysterious (mungkin sebab lagu ini terkenal di serata pelusuk negara namun band ni jarang muncul di pentas). Apa komen saudara tentang sambutan terhadap lagu ini?


Masa lagu tu, orang suka… kami tak tahu pun sebenarnya. Sebab masa tu bukan macam sekarang viral-viral senang nampak. Kami budak working class; kerja, balik rumah, lepak minum kat Ah Yoong dan Studio SYJ Bazar Bulat. Kadang-kadang kami main game dan makan donut atau tengok movie. Lain-lain perkembangan dunia kami tak ambil tahu sangat. First time dapat tahu ada orang suka lagu ni, kami macam pelik dan takut. Antara sebabnya kami band noob cap ikan bilis je. Banyak benda kami tak tahu.

Pasal persembahan pentas, kami ada main tapi tak kerap. Kemungkinan juga sebab orang tak tahu siapa sebenarnya band yang main lagu ni. Mungkinlah, so diorang tak boleh contact.


Komen kami...Alhamdulillah le. Bukan ramai band yang dapat lalui macam apa yang kami lalui. ‘Redline 95’ tak dapat promo pun macam lagu-lagu zaman sekarang. Tapi tak tahu macam mana boleh menjalar ke telinga pendengar seluruh negara dan masih lagi didengari kini... ajaib. Kepada yang mendengar dan suka, terima kasih lagi sekali.

2. Lama Shizuka menyepi, kini kembali dengan nama Shizuka Ben Aman. Boleh ceritakan kenapa nama asal digunakan kembali dan cerita sedikit tentang comeback ini? Ada pertukaran ahli?Banyak lagu baru akan dikeluarkan?



Memang agak lama. Sebenarnya Shizuka Ben Aman rest sebab masalah komitmen dalam setahun dua sebelum start balik dengan pertambahan ahli baru pada tahun 2016. Azam (guitar/bvoc) adalah yang terbaru manakala Baha dah start main sejak 2013 sebelum last show iaitu Tempatan Fest di Kuala Lumpur.

Last sebelum senyap kami ada rekod lagu bertajuk ‘S.O.S’ di studio aku, Dream Project Studio Ipoh. Lagu ni masih lagi jadi opening untuk kebanyakan show kami.


Nama Shizuka Ben Aman atau SBA dah digunakan lama sebelum ni. Antara sebabnya ia digunakan kembali ialah untuk membezakan SBA dengan beribu-ribu lagi Shizuka di luar sana.

3. Ceritakan tentang CD ‘JauhJauh’, secara keseluruhan, feel dan vibe muziknya kedengaran 90an. Bunyi yang aku rindui. Dan ada lagu berbahasa melayu, juga saya puji. Ceritakan tentang lagu-lagu dalam CD ini dan juga mungkin proses rakaman?



Lagu ‘JauhJauh’ ialah lagu yang paling cepat aku tulis; dalam sejam dua je. Lagu ni ambil masa juga untuk rekod sebab semua ada komitmen masing-masing. Hari ni selesai drum, bulan depan masuk masuk gitar, bulan lagi satu masuk bass… lebih kurang macam tu lah. Mixing dan mastering aku handle sendiri sebab duit tak berapa nak ada dan dah "OK" dah di telinga aku. Mungkin ianya akan di mix dan master semula untuk versi album. Ini sebenarnya cubaan kedua aku dalam menulis lirik Bahasa Melayu. Yang first adalah ‘Setia Selamanya’ ditulis dalam tahun 2000 tapi jiwang ya amat, aku sendiri pun agak getik mendengarnya. Maybe influence muzik rock 90an Malaysia kuat skit kot. Ada perubahan yang dah dirancang untuk ‘Setia Selamanya’. Harapnya tak dikritik sangat kemudian.


Trek kedua adalah ‘Run To You’, ditulis dalam area 2006. Masih lagi guna English. Benda dah tulis so aku tak mahu ubah ke Bahasa Melayu. Dua lagu akhir dalam CD ni ditulis untuk wife aku. Masa tu kami tak kawin lagi. Dia tak tahu pun dua lagu ni untuk dia. Aku pun tak bagitahu. Recording-nya aku buat seorang sendirian alone sebab yang lain tengah busy. Aku cuba try test idea lain dalam ‘Do You Ever See’ macam ambience sikit pengaruh cover ‘Moon River’ oleh Morrisey dulu-dulu. First time dengar lagu dari Morissey ni memang terus tidur.



4. Kenapa lagu ‘Do You Ever See/Selamat Malam Akustik’ dicantum menjadi satu trek? Tidakkah jika dipisahkan

akan menampakkan ada empat trek (lebih berbaloi untuk dibeli mungkin?)

Selamat malam tu something  yang tak dirancang. Aku rasa ngam macam tu time tu. So on aje lah.



Khabarnya, encik baru mengambil alih urusan Khizanat. Boleh ceritakan apa itu Khizanat dan apa aktiviti yang akan diadakan di sana kelak?

Memang baru lagi aku takeover management Khizanat. Dulu memang nak buka satu sendiri tapi time tu Ipoh dah ada tiga art space yang kuat degan aktiviti muzik. Semua owner pun kawan-kawan so tak mahulah mengecikkan market yang dah memang kecik. Tapi bila offer untuk manage Khizanat dari Jayzuan sampai, aku ambik je lah peluang tu. Tapi masih dalam tempoh percubaan. Biasanya aku main show je, tapi kali ni kena organize. Memang susahlah juga. Tiap-tiap bulan kena usaha cover sewa. Selain dari core muzik, Khizanat ada sediakan tempat utk akitiviti macam kelas, birthday party, reunion dan lain-lain. Kalau sesiapa nak buat apa-apa kat sana boleh roger aku terus.

Kata-kata akhir?


Terima kasih kerana sudi interview aku. Lama sangat rasanya tak diinterview oleh zine. Dulu-dulu ada jugaklah. Rare. Sorry lambat sikit reply.

Kepada geng-geng Shizuka Ben Aman, teruskan mend5. engar dan suport kami band yang kerdil ni. Kami dalam usaha nak rekod semula lapan lagu lama dari EP dan lagu-lagu yang bersepah-sepah yang lain untuk dicompile jadi satu album. Kemudian baru buat album untuk ‘JauhJauh’ yang melibatkan semua lagu baru atau lama yang tak pernah direkod. Cari shizukabenaman di Facebook, Instagram, Twitter, Reverbnation dan Youtube. Jumpa korang nanti. Assalamulaikum.

Untuk mendapatkan CD & T-Shirt, kontek 0112 094 7544.

No comments: