Sunday, March 29, 2009

Minyak Pak Ali for sale



If you think this is another direct-selling MLM product, think again. hehe...

Pak Ali ni moyang aku. Beliau cipta minyak ni la. Aku kenal minyak ni sejak aku lahir la, lahir-lahir terus pakai minyak ni. Hehhehe...So, masa kecik adik beradik mak aku yang buat minyak ni kat kampung aku di Air Jernih Terengganu.

Ada satu time tu, lepas aku habis diploma (2004), aku buat minyak ni masak sendiri kat umah mak aku di Terengganu. Memang susah! Beli bahan-bahan kat kedai india dan kedai ubat cina. Bagi je kertas pesanan kat tokey tu dah tulisan pun cina. Beli minyak bergelen-gelen, eh takdelah 26kg jer. Peram bahan-bahan seminggu. Sebelum peram kene ketuk-ketuk dan patah-patahkan dulu bahan-bahan dia. Lepas peram seminggu, masak pulak 7-8 jam straight. Bayangkanlah macam mana rumah berasap dan berbau minyak ni. Semua baju-baju pun bau minyak ni. Lepas tu tunggu die sejuk, lepas sejuk tapis pulak masuk botol minyak. Lepas masuk botol minyak. Beli pulak bahan lain bagi die berangin, campurkan. Tunggu pulak seminggu. Pastu baru boleh tapis sekali lagi untuk masuk dalam botol-botol kecik untuk dijual.

Masa tu, sticker label dia pun tampal secara manual. Sambil tengok TV, 2-3 orang kena bekerja. Aku ngan adik-beradik aku ler. Sorang tukang tuang minyak dalam botol. Yang lain lap botol dan tampal sticker. DIY jugak la ni, rumah pun macam kilang. Sayang aktiviti ni kitorang dapat rasa kejap jer. Tapi sekurangnya dapat merasa buat sendiri sebelum kilang amik alih tugas ni.

Lepas tahun 2005, minyak ni adik-beradik mak aku dah tak buat secara manual. Buat kat kilang di Bangi. Dulu design ala-ala ubat tradisional dan takde kotak. Sekarang dah dipackagekan dalam kotak. Kat Terengganu memang hangat di pasaran tapi kat luar Terengganu memang orang tak kenal sangat. So, tugas aku lah sekarang nak hasut korang beli minyak ni. Tak punk la tak beli minyak Pak Ali boss.

So, minyak ni boleh digunakan untuk apa saja. Taruk dalam tangki minyak kapal selam jer takleh.

RM5.50 by hand
sekian.

nota kaki: tengah2 gawat ni, carik duit tepi kene banyak sikit.

8 comments:

rin said...

i suka pakai minyak Pak Ali awk...mak cik2 saya pon suka...sgt bagus untuk bayi jugak..klau awk nk kentut2 awk pakai myk ni kan??haha...

Kronik Kronisme said...

ehhhe...pakai minyak ni time sakit perut memang terbaik!

FastRi said...

setiap orang kena simpan satu

Mince4AM said...

beli-beli jgn x beli

moyo said...

Assalam..
Lame dh cri minyak ni. Kt terengganu ade jual dimana ya? Tlg email sy (moyozibang@gmail.com)

pen boy said...

aktif lagi ke blog nih?
nak contact tanya sikit la. saya pon cicit Pak Ali gak nih

pen boy said...

aktif lagi ke blog nih?
nak contact tanya sikit la. saya pon cicit Pak Ali gak nih

palie smith said...

Kt ganu nok cari mane boh?