Saturday, March 7, 2009
Demam 80'an
Aku lahir tahun 1982, tapi zaman Rock and Roll Malaysia aku tak sempat rasa sangat kecuali tengok cerita2 kat TV tengok Juara Lagu, memang rock habis hehe. Dari kecik aku memang teruja kalau tengok gambar2 band2 rock. Cara berpakaian diorang, dan...posing semua kah kah kah.
Mat Yie: Where were you? Those were the days man!!!
Me: Well, next time I'll get born a little sooner k bos...ekheheh.
Zaman aku mula banyak dengar muzik dan consume muzik adalah zaman Rap kat Malaysia. Yeah, KRU, Nico, 4u2c, Krash Kozz antara gergasi zaman tu...ni semua start tahun 1992. Just for the record, dulu aku ade t-shirt 'Kru Posse'! hehehehhe...
Tahun lepas, Amert dari Stick No Bill ada cadangkan untuk Nervhous buat kompilasi band kawan-kawan cover lagu pop 80an. Bila namanya, lagu pop (asal dari perkataan popular)...semestinya lirik banyak jiwang. 2 band dapat carik lagu yang berlirikan agak political iaitu Killing Steward dengan Basikal Tua, dan The Liberals dengan Penganggur. 2-2 nyanyian asal Sudirman. Yeah, Sudirman jugak ada berlakon satu citer yang sangat political struggle kelas bawahan dalam filem 'Kami'.
Dum Dum Tak masih pening taktahu nak cover lagu apa, kerana kebanyakan lagu 80'an yang lirik agak bes tentang perjuangan adalah dalam genre rock. Kami cuba limitkan lagu rock, hanya 2 band yang rekod lagu rock...iaitu Skunkfix-Masih Terasa dan Cock Say Cock Dung-Suratan Takdir. 2-2 lagu ni dendangan asal kumpulan Gersang.
Ni antara band-band lain dengan lagu masing2 yang aku ingat:-
Half-Asleep -Sinaran (Sheila Majid)
Stick No Bill -Hanya di Radio (Headwind)
Sally Faerie -Dendang Remaja (Fauziah Ahmad Daud, ost Ali Setan)
Soul Savior -Lagu tak glemer dari Alleycats
The Goodnite Goodies -Khatulistiwa (Blues Gang)
Always Last -Persamaan (Freedom)
679 -Chow Kit Road (Sudirman)
Toxictoy -aku lupe lagu sape...tapi dah rekod...
TIM - Dia (Sheila Majid) -dia yang first siap record!!!
Antara yang dah siap rekod...memang bes aku dengar!!! Watch Out yach!
Ada lagi ke ek? Dum Dum Tak tak tahu lagi lagu ape tapi samada Ekspres Rakyat (Kembara) atau Mulanya di Sini (Freedom)...
(Tapi lagu Ekspres Rakyat tu lirik dia ade berbaur Nationalist dan Seksis sikit -tanah air ku, dara...)
Ok, pasal tajuk kompilasi ni yang dicadangkan Amert adalah 3 chords goes 80's. Tapi aku rasa tajuk tu salah. Walaupun nama tu diambik dari kompilasi Fearless Records, Punk Goes 80's...
'Punk goes 80's' bermaksud budak-budak punk yang kembali ke zaman 80an dan cover lagu2 80an...jadi itu memang betol! Tapi kalau 3 chords goes 80's, 3 chords bunyinya lebih kepada lagu-lagu punk...jadi macam lagu2 punk yang di80an kan...so tajuk yang lebih sesuai adalah...80's goes 3 chords...
Sememangnya aku tak sabar tunggu kompilasi ni keluar. Dulu masa mula-mula Amert cadangkan aku pikir takde sape nak beli kompilasi ni. Pastu aku pikir, sebenarnya bagus idea ni sebab nak buktikan bahawa so-called punk rockers bukannya serious 24 jam. Ada masa dan ruang untuk have fun...! Yeah!!! Life is of course about fun...Ada antara band-band ni memang dah slalu cover lagu yang mereka bakal rekod tu macam Sally Faerie ngan Cock Say Cock Dung...
Aku rasa Amert dapat idea ni lepas main gig tajuk 'The Undercover'. Gig tu awal tahun lepas, semua band-band yang main kena main lagu cover aje, takleh main lagu sendiri...antara yang aku sangat ingat adalah...
The Mindless Show cover lagu XPDC!
Second Combat cover lagu dangdut, Penasaran! dengan Aca Straight Answer nyanyi!! Kah Kah!
Apis Sarjan Hassan main lagu Apo Nak Dikato Blues Gang dan Abeit G Ade!
Gasoline Grenade main lagu Gersang, Suratan Takdir...
Lagu 90an bes...kah kah kah...
Labels:
listing,
sekolah lama,
videos
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Kumpulan Kembara dulu ada satu lagu yang agak working class bertajuk Kolar Biru (Blue Collar)... cuba la carik... tapi aku tak sure la lirik dia camana. yang aku ingat chorus dia memang hooking gila.. "Kerja, kerja, kerja..." Lagi satu aku ingat, muzik dia ada influence The Police, rock-reggae kinda beat. Tanya Uncle Joe kot... ;)
-acai-
Gig 'The Undercover' tu harus dibuat lagi. Idea yang sangat menarik. Too bad last time I wasn't there. :(
Or apa kata next time each band will play covers more than their own song, like 4 cover songs + 1 own song. Haha.
Post a Comment