Wednesday, September 7, 2011

Bola Sepak


-sekadar perkongsian sihat. betulkan jika aku ada buat kenyataan salah. jangan rasa hati! Baca dengan berlapang dada.

Beberapa orang pernah mengatakan padaku bahawa aku lelaki yang pelik kerana aku tak minat dan tak tengok acara bola sepak. Di stadium mahupun di kaca TV. Tapi kalau rumah mertua aku pasang bola sepak di TV dan tengok ramai-ramai, aku tengok juga sekadar meraikan mereka dan tak nak dicop sombong. Kalau ikutkan hati aku, time macam ni elok aku duk dalam bilik baca buku atau study, lagi bagus. So, aku google pagi ni banyak sebenarnya website dan blog berhujah bahawa industry bola sepak adalah HARAM, termasuklah web tranungkite. Bola sepak yang dimaksudkan adalah industry dan liga bola sepak macam Liga M, EPL, Piala Dunia, dll. Disini aku senaraikan mengikut pandangan dan pengalaman aku kenapa aku rasa aku patut dihormati sebab tak tengok bola dan bukannya dikata aku lelaki pelik sebab tak tengok bola.
1.   
      1. Dedah aurat- haram. Rata-rata pemain bola sepak lelaki pakai seluar pendek yang mendedah aurat (lutut) dan ditonton oleh perempuan. Jadi kenapa sokong aktiviti haram?

2. Batting/judi –Dengan bola sepak datang judi. Ada yang cakap tak haram kalau batting RM1 je. Ia tetap judi dan haram walaupun satu sen atau belanja makan sebab ia adalah bergantung pada nasib. Jadi industry ini menjuruskan pada kejudian wang ringgit dan lain-lain, namum tak disangkal hanya sebilangan yang terlibat.

3. Pergaduhan – Dengan bola sepak terjadinya permusuhan dan pergaduhan. Sesama Islam atau sama kepercayaan pun boleh gaduh sebab keputusan atau pasukan bola. Sampai ada yang mati dan kerugian harta benda.  

4.   4. Hukum –Orang Islam dalam setiap perbuatannya pasti bersandar pada 5 hukum samada wajib, sunat, harus, makruh atau haram. Kebanyakan masa ia lebih kepada makruh dan haram. Namum tujuan asal permainan bola sepak aku rasa adalah sunat tapi sekarang dah tukar jadi makhruh dan haram.

5. Pembaziran – Banyak duit dibazirkan untuk membina stadium bola sepak tapi masih ada orang miskin kebulur tak terbela nasib.

6. Tak solat – Mungkin ramai pemain bola sepak yang tidak bermusafir tapi tidak solat sebab waktu permainan bola sepak yang panjang dan ditambah lagi dengan sessi warm-up dan penyampaian hadiah. Penonton bola sepak pun ada yang tak solat kerana ke stadium awal dan balik lewat dan leka dengan permainan bola sepak. Ada yang tak solat walaupun tonton di rumah sendiri sebab permainan bola sepak mula masa awal mahghrib dan tamat masa dah masuk waktu Isyak, sanggup tak solat sebab nak tengok bola punya pasal.

7. Lagho –Aku tengok ada orang alim tapi bola adalah antara perkara lagho yang mereka susah sangat nak tinggalkan. Sampai tua pun fanatic bola lagi.

8. Melawan fitrah manusia –Pada musim-musim liga bola sepak antarabangsa seperti World Cup atau EPL ada yang tak tidur malam sebab nak tengok bola di kaca TV. Sedangkan Allah jadikan fitrah manusia siang untuk berjaga dan malam untuk tidur dan beribadah (sembahyang malam). Kecualilah bertugas cari rezeki atau belajar di waktu malam tu sunatlah, tapi kalau nak tengok bola, aku rasa dalam Islam tak boleh dan melawan fitrah manusia yang dijadikan tuhan.

9. If you think I’m talking like a extremist muslim– ask any good ulamak, ustaz, ustazah and they will surely say orang lelaki yang tak tengok bola adalah normal dan bagus sebab bola sepak sekarang dah jadi lagho tapi football fanatics are the extremists.

10. Beriadah – aku percaya tujuan asal bola sepak dicipta untuk beriadah dengan keluarga dan kawan untuk bersukaria dan menyihatkan badan. Jika kena cara, ia adalah sunat dan harus tapi sekarang dah jadi lain.

11. Golongan agamawan – sekarang ada juga golongan agamawan cakap “tak jadi masalah kalau ahli sukan tak solat sebab mereka mengharumkan nama negara”. Aku yakin kenyataan ni sangat bercanggah dengan Islam dan aku dengar video Ustaz Azhar pun cakap kenyataan macam ni adalah salah dan tak boleh dipakai.

12. To quote my mom everytime ada orang tengok bola di rumah aku, “Bersungguh betullah main bola. Kalau bersungguh macam tu dalam beribadatkan bagus”.

Of course peminat bola or fanatics akan cakap, semua benda pun tak boleh! Apa yang boleh dalam Islam ni? Tepuk dada tanya selera. Tapi kalau nak pulang dan menjadi islam yang bagus haruslah kembali pada Al-Quran dan Sunnah. Dan hindari benda-benda yang makhruh dan haram dalam bola sepak. Matlamat tidak menghalalkan cara. Allahua’lam.

2 comments:

Dr. Bentara said...

ini antara fitnah yang sudah sebati dalam masyarakat. How to minimize?

ern[ ] kubikel said...

bola sepak x haram... tp perbuatan manusia itu yg haram. aku stuju dgn statemnt mung... heheheheh... but, last final match klate vs ganu mr bong said, ramai yg berjemaah di stadium... i think its +ve change! however, ministry shud propose player tutup aurat op? anyway, wise blog u've got!