Tuesday, September 6, 2011
Malam Raya di Sungai Pinang
Malam raya baru ni aku mengikut rombongan takbir di Sungai Pinang, Klang. Agendanya mudah. Tuan rumah di sekeliling surau di Sg Pinang Dalam boleh menyenaraikan nama jika hendak rombongan takbir ni datang ke rumah mereka di malam raya. Rombongan yang rata-ratanya jemaah di surau tersebut akan bergerak dari rumah ke rumah selepas solat Isyak menaiki motorsikal, basikal dan ada juga berkereta. Selepas takbir raya di rumah tu dua tiga round, ada makan-makan. Penuh perut dan tangki kencing aku malam tu. Penat juga cover sepuluh buah rumah. Ayah mertua aku cakap pernah sekali pukul dua baru habis sebab banyak rumah request rombongan ni datang. Macam tahlil juga, ada diberi duit. Total malam tu aku dapat RM17. Boleh masuk ke tabung untuk buat belanja keperluan baby nanti.
Aktiviti ini mengingatkan aku pada aktiviti rombongan puak Yunnan di Kuala Terengganu. Tapi rombongan dari rumah ke rumah yang dilakukan oleh puak Yunnan Terengganu adalah selepas solat di pagi raya dan tiada takbir dilaungkan. Hanya sekadar makan-makan dan borak-borak. Beramai-ramai pusing satu bandar Kuala Terengganu singgah rumah keluarga Yunnan di sana. Tapi sekarang dah takde sebab bandar dah dimajukan jadi ramai yang dah berpindah ke tempat-tempat lain yang agak berjauhan antara satu sama lain. Rindu juga zaman-zaman kanak-kanak tu. Excited nak beraya, nak pakai baju baru kasut baru, nak kumpul duit raya, nak minum air warna-warni. Sampai tak tidur malamlah excited punya pasal.
Labels:
marriage life,
sekolah lama,
ukhrawi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment