Saturday, August 27, 2011

Qiamulail, sahur dan kuliah subuh perdana Selangor 2011










Aku sampai ke masjid negeri di Shah Alam pada pukul 2.40 pagi. Tobek pesan jumpa awal sikit sebab takut takde parking. Pukul 2.40 aku telefon Tobek rupanya dia masih tidur. Jadi aku ambil keputusan masuk dan tinjau tempat dulu. Kereta sudah penuh di parking sekeliling masjid. Aku park jauh sikit, masih banyak parking.

Di dewan bawah masjid kelihatan ramai yang tidur meniarap. Banyak juga kelompok-kelompok keluarga; ibu ayah dan anak-anak tidur berkelompok. Untung mereka yang diajar berqiam dari kecil walaupun tidur di masjid ketika ibubapa bersolat. Juruacara mengejutkan orang ramai jam 3 pagi dan mereka yang sudah berada di dewan tingkat atas digalakkan bertahajjud sendirian dahulu. Tobek sampai dan sms aku dia berada di bahagian depan sekali betul-betul depan imam. Jadi aku bagitahu dia jumpa masa sahur sahaja nanti.

Jam 3.30 Ustaz Othman Ibrahim memimpin para jemaah untuk bersolat tasbih sebanyak 4 rakaat dan diisi dengan zikir antara solat tersebut. Sesudah itu, beliau memimpin solat taubat, sedikit muhasabah diri beramai-ramai dan disudahi dengan solat sunat hajat. Ustaz Othman Ibrahim merupakan seorang pesakit yang kerosakan buah pinggang dan menjalani dialisis sebanyak 3 kali seminggu dan berkerusi roda kerana kehilangan sebelah kaki (aku tak tahu punca) dan didatangkan dari Sungai Petani, Kedah.

Kemudian, sahur bersama. Ramai betul orang. Banyak khemah dan kaunter makanan dibuka. Lauk ada yang dapat ikan goreng seekor. Tapi aku dan tobek makan lauk ayam goreng, sup sayur dan buah limau. Berbual-bual dengan pakcik yang datang dari Sg. Buloh. Ramai yang datang dari jauh rasanya tidur di sana sejak awal malam. Yang menakjubkan ramai kanak-kanak dan remaja lelaki dan perempuan. Bukannya orang dewasa sahaja.

Sesudah sahur dan bersolat subuh, penganjur iaitu Dato Dr Hassan Ali membuat ucapan dengan penuh semangat. Lepas tu, MB selangor Khalid pula berucap dan kuliah subuh disampaikan oleh Dr. Zulkifli al-Bakri. Sewaktu balik kelihatan kereta penuh di luar masjid. Banyak kereta dipark di bahagian rumput. Kata Dr. Hassan, tak cukup parking. Dan caterer makanan jugak takjub kerana tak pernah lihat ramai orang berqiamulail sebegini. Ni pun first time diadakan qiamulail perdana seperti ini dan macam-macam aktiviti ihya ramadhan tahun 2011 ini. Penganjur dan endorsed by MB mengatakan mereka membelanjakan lebih kurang setengah juta ringgit untuk program ihya ramadhan tahun ni.

Dapat pergi sekali pun syukur, pada yang tak ambil peluang dan berkat, rugi besar aku kira. Tahun depan harapnya diteruskan progam seperti ini walau parti mana memerintah pun.





1 comment:

Dr. Bentara said...

bagus bro... sama2 kejar lailatul qadr