Saturday, August 6, 2011

Belajar bahasa Al-Quran


 Baru nak belajar...
 
  En. Ahmad Yani (editor majalah i) selaku pengerusi

Allah maha pemurah lagi maha penyayang. Aku baru bersemangat nak belajar Quran dan bahasa Arab. Duk google kelas bahasa Arab di Klang. Tup-tup Dia sampaikan berita pasal program yang dianjurkan syarikat Media Karangkraf. Melalui Tobek (bassist/vocalist punk rock Always Last/Fags & Stoned), Allah menyampaikan pada kami tentang program ni. Aku jadi semangat lalu terus book tempat dan bayar yuran. Diikuti dengan Tobek.

Kursus ni pertama kali diadakan oleh Karangkraf iaitu sebanyak 3 kali Sabtu pada bulan Ramadhan. Yuran sebanyak RM100 (peserta diberi buku dan alatan bantu belajar yang bernilai RM50). Dan yang lain upah cikgu/ustaz lah. Bertempat di pejabat Karangkraf di Seksyen 15 Shah Alam yang sangat dekat dengan rumah Klang aku (20 minutes drive). Dan lebih dekat rumah si Tobek yang tinggal di Shah Alam.

Untuk hari pertama kami diajar oleh Encik Nazir untuk menghafal maksud perkataan-perkataan dalam ayat-ayat lazim Al-Quran seperti Al-Fatihah, An-Naas, Al-Falaq dan Al-Ikhlas. Kami diberi latihan. Tobek lebih laju dari aku, yeah....dia dulu sekolah agama, Sekolah Sheikh Abdul Malik di Kuala Terengganu. Keseluruhan peserta dalam 70 orang dan ada yang datang dari jauh, antaranya dari Sungai Petani. Dari budak darjah 2 sampai yang berumur 60an kot, pelbagai peringkat usia.

Kali terakhir aku belajar bahasa Arab masa aku darjah 5 di sekolah agama. Start aku umur 5 tahun sebenarnya aku bersekolah agama. Tapi umur 12 aku pujuk Ma aku nak berhenti sekolah agama, kononnya nak tumpukan pada UPSR. Langkah ni memang aku kesali kebelakangan ini. Pasti patah hati Ma aku tak padam untuk waktu yang lama kerana keputusan aku ni. Apa nak buat masa tu aku masih berakal pendek sejengkal. Jahil bin too kay.

Jadi kursus ini menekankan supaya peserta dapat mengetahui/menghafal maksud perkataan-perkataan dalam Al-Quran. Secara tak langsung lebih mudah nak faham Al-Quran kerana banyak perkataan yang sama digunakan berulang kali dalam Al-Quran. Kiranya dah habis kursus ni bukannya boleh berborak dengan pak Arab, tapi InsyaAllah lebih mudah dan minat untuk mengkaji dan memahami ayat-ayat Al-Quran.

Panel yang mengajar adalah saudara Encik Muhammad Nazir Muhammad Khalid, penulis buku Smart Muqaddam, Terjemahan Muqaddam, Belajar Tajwid dengan Berkesan dan Solat Bestari. Dia tidak berlatarbelakangkan pengajaran agama tapi merupakan seorang jurutera elektronik dan pernah mengajar di UiTM Shah Alam dan kini mengajar di UNISEL. Mengajar kejuruteraan elektronik. Kagum juga.

Harap dapat kutip sebanyak ilmu dari panel-panel. Lepas kursus kena belajar sendiri guna buku.

Encik Nazir

Smart Muqaddam

No comments: