Aku pernah dengar seorang kawan aku bercerita. Dia kata dia percaya pada Rasulullah. Tapi dia tak percaya orang zaman sekarang kena hidup/beramal macam zaman nabi dulu. Dia juga cakap orang melayu ni diajar untuk takut pada tuhan sahaja dan diajar tidak banyak bertanya soal halal haram. Kalau tanya lebih-lebih akan dikata, nanti masuk neraka. Dia juga cakap yang orang Islam di Malaysia diajar untuk baca Al-Quran, bila khatam habislah dan simpan Quran dalam almari tanpa kita baca lagi. Tidak diajar maksud ayat-ayat al-Quran. Itu antara sebab-sebab dia taknak Islam.
Semalam di radio IKIM, segmen muallaf – KAMI ISLAM, tetamunya Hanif Hakim Omar. Dia kata sebelum dia masuk Islam, dia mengkaji agama-agama asal mak ayah dia yang juga masuk Islam. Dia kaji Hinduism, Christianity dan lain-lain selama lapan tahun. Dia kata lagi, ayat-ayat Al-Quran yang dia paling kagum dan paling detail membuatkan dia percaya dan yakin ayat-ayat Al-Quran bukan rekaan manusia tetapi datang dari Allah (kalam Allah).
Bila ditanya oleh pemanggil, ayat/surah mana yang membuatkan dia percaya Al-Quran adalah kalam Allah dan bukan rekaan manusia, dia cakap surah Al-Taghabun (berkenaan suasana hari akhirat). Dia kata ayat-ayat ni sangat detail dan menggerunkan. Agama lain takde cerita macam ni. Dia kata dia suka baca buku cerita hantu dan tak takut, tetapi memahami ayat-ayat ni memang menakutkan.
Jadi sangat rugi orang yang dilahirkan sebagai Islam tetapi tidak cuba memahami Al-Quran sebab Rasulullah ada bersabda sebelum baginda wafat, " Aku tinggalkan pada umatku dua perkara, yang mana jika Umatku berpegang padanya maka tidak akan sesat selamanya, Pertama Al-quran dan Kedua Sunnah (Hadis)"
Balik pada kawan aku tadi apa dia cakap aku rasa ada betul. Tapi itu apa amalan orang melayu buat yang kita nampak. Benda-benda macam tu patut diubah. Kita kena belajar ilmu agama kerana semua hukum hakam Allah ada rasional disebaliknya. Jika alim ulama’, golongan bijak pandai dan semua orang Islam boleh jawab pertanyaan soal halal haram, nescaya Islam akan dipandang lebih tinggi.
Al-Quran harus dibelajar maksudnya bukan belajar sekadar boleh baca dan khatam. Itu aku setuju. Module pengajaran Quran di Malaysia kepada anak-anak kecil kena diupgrade. Tekankan juga maksud ayat Quran. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment