Tuesday, August 2, 2011

Bulan Ramadhan Bulan Keinsafan.

This entry goes to Ahmad Shabri yang memberi semangat padaku supaya gigih mencari diri. 

Kalau dulu zaman remaja aku, Ma aku beria-ria ajak aku ke masjid setiap hari waktu maghrib. Kadang-kadang aku protes dalam hati. Tapi pergi juga sebab nak menjaga hati ma, seorang ibu tunggal yang gigih. Kawan-kawan lain boleh terus lepak, mengeteh. Aku terpaksa balik awal bersiap untuk dengar kuliah di masjid Ustaz Din dan isyak berjamaah. Mula-mula memang banyak alasan, lantai takde karpet lah, sakit lutut lah, ustaz garanglah. Dulu pergi solat subuh di masjid bulan puasa sebab Ma suruh. Nak jaga hati ma punya pasal dan sedikit keinginan sendiri.

Ma pernah membawa aku mendengar kuliah Ustaz Azhar Idrus di masjidnya di Terengganu. Aku kagum dengan pengunjung yang ramai. Masa tu dia tak glemer macam sekarang. Siapa sangka sekarang dah jadi ustaz paling popular di Internet.

Ma aku mula jadi sangat alim lepas ayah aku jatuh sakit, koma lima tahun. Dalam masa tu aku tengok Ma aku sangat berubah dan sangat kuat mencari ilmu agama. Masa zaman remaja aku rasa agak tak selesa dengan keadaan ini. Masa remaja aku fikir nak seronok saja, punk ghok. Tapi aku patut ingat asal-usul aku. Ma berasal dari keturunan Yunnan- yang dahulunya dikatakan golongan yang kuat beragama di Terengganu. Dan ayah aku, Pa diceritakan diperkenalkan kepada Ma aku oleh abang Ma. Ayah saudara aku tu kenal Pa di masjid. Pa dikatakan selalu berada di masjid dan dialah tukang buka pintu setiapkali hampir waktu solat fardhu. Semasa itu dia bekerja di Pejabat Agama di Terengganu.

Oh lepas tu, tahun 2009 Ma berkahwin buat kali kedua dengan seorang ustaz/imam masjid kecil di Padang Midin, Terengganu. Dulu beliau mengajar di masjid yang besar di situ tapi tidak dijemput lagi kerana menyelit politik PAS dalam kuliahnya. Itu info yang aku dapat dari Ma. Yang mengagumkan ialah Ayoh (ayah tiri aku) ni akan gelabah tiap kali hampir waktu solat fardhu. Dia akan bergegas cari masjid atau surau tiap kali masuk waktu. On-time dan berjemaah.

Untuk aku, sekarang lain ceritanya. Aku sendiri yang ingin ke masjid. Tiada siapa yang suruh atau pesan lagi. Walaupun bekerja sampai pukul enam petang setiap hari dan sampai Klang pukul 7 lebih tapi aku tetapkan yang aku kena ke mana-mana masjid sekurangnya sekali seminggu (buat masa ni) walaupun penat. Maghrib, kuliah maghrib dan Isyak di masjid. Bulan puasa pula aku ambil keputusan untuk Subuh di masjid dan terus ke tempat kerja sesudah berjemaah. Sampai pejabat memang awal. Dan mengantuk. Lepas kelas, solat dhuha, then boleh tidur, no problem. Aku bertekad untuk tidak tinggalkan tarawikh pada tahun ni.

Nampaknya apa yang Ma aku ajar masa zaman remaja aku dah terkesan dalam diri aku. Dicampur dengan perkahwinan dan isteri yang berbadan dua sangat menginsafkan diri aku.

Ayah mertua aku pula setiausaha di masjid kecil di Klang. Walaupun jarang ada kuliah di situ, aku tetap berbangga dan bersyukur. Syukur dapat ayah mertua AJK masjid juga. Kalau tak, mungkin akan rasa kekok.

Alhamdulillah, aku perolehi mereka-mereka ni sebagai keluarga dan mentor di dunia.


1 comment:

Anonymous said...

usaha tangga jaya boh..semoga terus istiqomah