OK sebenarnya minggu pertama dulu sepatutnya ada dua panel tapi panel kedua ada emergency jadi panel pertama mengisi sepenuhnya sesi 4 jam tersebut. Panel yang tak hadir minggu lepas tu datang pada Sabtu baru ni iaitu minggu kedua. Beliau adalah Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Ali (juara Akademi Al-Quran (AQ) musim ke-4).
Minggu lepas di rumah, aku ada buat kerja rumah iaitu hafal kata sendi dalam bahasa Arab. Alhamdulillah dapat tapi kena refresh selalu. Kalau tak nanti luput dari ingatan. Minggu ni Ust. Nazir sambung ajar bahasa Arab dengan menekankan perkataan yang ada dalam Al-Quran iaitu Kata Ganti Diri. Tak semudah bahasa melayu atau english tapi lebih indah sebab lebih detail.
Sesi kedua diambilalih oleh Ust. Tarmizi. Dia ajar benda basic. Cara sebutan huruf. Benda ni kalau di sekolah agama darjah 2-3 dah diajar. Tapi kalau di sekolah harian rasanya tiada. Tegas beliau, sebutan huruf lebih penting dari lagu. Kalau sebutan dah betul barulah patut berlagu dalam bacaan Al-Quran. Ya lah, macam aku pun dah lama tak belajar Quran dengan guru so sebutan tu lama-lama kita makin lalai dan lost along the way. Macam contoh huruf zai dan zal, dod dengan dal. Sebutan memang berbeza tapi kita selalu pronounce sama atau lebih kurang.
Oh ya dari telo Ust. Tarmizi ni memang kedengaran orang Terengganu. Dan setelah digoogle, memang betul dia orang sana. Adik-beradik dia pun semua Qari handalan juga masuk dan menjadi finalis AQ juga. Rasanya next week pelajaran lebih mencabar dan rasa sedih next week last class.
Ust. Ahmad Tarmizi Ali
1 comment:
belajar bahasa kena selalu cakap. Tak cakap memang susah nak jalan.
Post a Comment