Tuesday, August 2, 2011

Nasyid Lawas The Zikr


Kebelakangan ni, aku banyak dengar radio IKIM.fm dan dah jarang dengar Business.fm dan radio lain. Dulu Ma aku yang selalu suruh dan pesan suruh dengar IKIM.fm. Tapi aku tak dengar pun kecuali kalau dia dan Ayoh aku naik kereta aku. Masa tu baru gelabah nak cari stesen radio IKIM. Sekarang dah set kat nombor 1 di radio kereta. Aku kira rakyat Malaysia yang tidak mengikuti siaran radio ini sangat rugi kerana selama aku dengar radio ni, aku dapati pendengar dari Indonesia dan Singapura turut membuat panggilan ke radio tersebut. Sangat menguja dan mengharukan.

Kalau di IKIM.fm duk asik promote produk jualan atau mengajar bahasa arab barulah aku dengar BFM. Aku teringin sangat nak belajar bahasa arab sekarang tapi aku takde basic so belajar melalui radio dan sedang memandu agak susah. Kena cari guru.

Aku dah terjebak dengan scene nasyeed pulak. Sebelum ni memang dengar juga lagu nasyid tapi sekadar download beberapa lagu. Paling aku suka adalah Raihan dan Yusuf Islam. Pernah satu pagi pada tahun 2008, aku pasang lagu-lagu nasyid semasa on the way ke tempat kerja. Menangis teresak-esak dan berjurai-jurai. Baru-baru ni, dengar lagu lagu InsyaAllah dari Maher Zain pun aku boleh menangis menitis air mata.

Bulan lepas aku banyak beli CD nasyid termasuk dari Yusuf Islam dan Maher Zain.

Pagi ni ketika bangun tido, aku bersemangat untuk ke pejabat kerana ingin mendengar alunan nasyid lawas dari The Zikr (pronounced as Zik-er). Mula-mula aku terdengar sedutan lagu The Zikr 'Isteri Solehah' di IKIM.fm. Aku terus google dan search tentang lagu ni dan di youtube, aku dapat info lagu ni adalah lagu kumpulan The Zikr. Bekas peneraju kumpulan Raihan, Ustaz Nazrey Juhani juga merupakan peneraju kumpulan nasyid tahun 90an ni.

Pada hari yang sama aku bergegas ke Alamanda di Putrajaya dan mendapatkan CD kumpulan ini. Kebetulan, Inteam Records ada mengeluarkan kembali album-album mereka versi digitally remastered. Aku beli album yang dikatakan terbaik dari mereka, Secerah Pawana. Ternyata sangat menangkap dan menjadi playlist kini. Lagu-lagu dalam album ni dikategorikan sebagai nasyid lawas iaitu hanya menggunakan vocal harmony dan perkusi.

Kalau anak aku selamat dilahirkan dan adalah lelaki, aku nak namakan Muhammad Zikr atau Muhammad Zikri boleh?

from wikipedia:

Kumpulan The Zikr merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu nashid Melayu.

Pada tahun 1990-an, Al-Arqam menerusi Unit Hiburannya (Syukbah Hiburan) menubuhkan kumpulan The Zikr di bawah label OVA Production (Audio Video Al-Arqam) yang ketika itu adalah kumpulan nasyid terawal yang menggunakan alatan perkusi moden seperti drum-machine.

Strateginya mudah, sebagai alternatif hiburan kepada remaja yang mengagung-agungkan muzik barat pada masa itu dan dalam masa yang sama menyediakan hiburan alternatif bercorak keislaman yang mengagung-agungkan Tuhan. Kumpulan ini aktif awal 1990-an dan bergerak selama lima tahun berikutnya.

2 comments:

Dr. Bentara said...

apa2 nama yang elok dan mulia itu bagus.

Mince4AM said...

cuba juga hijaz :P