Tuesday, August 23, 2011

Drive Away

Sebelum bulan puasa aritu aku ada pergi konsert nasyid di Kajang. Di situ aku beli sticker kereta ni. Pusing-pusing gerai nak cari kot-kot ada jual merchandise IKIM.fm ke tapi IKIMfm takde bukak booth walaupun mereka salah satu dari penganjur.

Ayuh minimakan makan McDonalds. Bak kata orang yang jual sticker kereta ni pada aku, "McDonalds penyumbang terbesar pembunuhan orang islam di Palestine. Kalau tak makan langsung lagi bagus, tapi aku makan juga kadang-kadang (rasa berdosanya). Aku tengok ramai orang islam taruk sticker McD VIP atau McD drive through pada cermin kereta mereka. Ada yang pakai kopiah atau tudung labuh pun taruk. Secara tak langsung mempromosikan McD ni. Maybe diorang tak selidik atau tak tahu tentang isu ini sedangkan umat Islam kena dan patut kaji asal makanan mereka.

Makcik dan pakcik aku orang kuat IKRAM (pertubuhan Islam Malaysia), pakcik aku bendahari IKRAM Malaysia. Makcik cakap diorang pernah pergi ke cawangan-cawangan McD edarkan flyer/phamplet penerangan supaya boikot McDonalds sebab mereka penyumbang terbesar tentera zionist. Aku teringatkan dulu tahun 90an budak-budak punk pun pernah buat macam ni. Ingatkan punk/anarkis saja yang buat macam tu rupanya pertubuhan Islam pun buat.


SALUTE!

PS: Patut diselit phamplet pada kereta-kereta yang ada sticker McD/KFC.

2 comments:

zaki said...

well, kalau kerajaan sendiri yang tak bersikap telus dan tidak membenteras 'jenayah' ni... memang tak jadi apa la.

ini kerana mereka yang mengaku sebagai rakyat sentiasa menerima dan menunggu fatwa dari pembuat undang-undang janaan kerajaan itu sendiri.

kalau setakat beberapa badan/organisasi/individu yang cuba mengubah keadaan, memang susah sebab ramai manusia di malaysia ini senantiasa menunggu sesebuah fakta dikeluarkan dahulu barulah mereka akan mengiyakan dan menurut perintah.

bukan tak menghargai beberapa badan/organisasi/individu yang cuba mengubah keadaan itu tadi dan kita juga boleh berkata daripada tak buat apa-apa, paling tidak kita telah mencuba. ya benar, akan tetapi kalau nak mengharapkan penolakan produk seperti mcd/kfc ini berlaku secara menyeluruh memang la susah nak mencapainya... kerana korporasi multinasional (baca: agen ampuh kapitalis) inilah penyumbang besar kepada penjanaan ekonomi negara. sama juga seperti phillip morris, p&g, exxon mobil dan sebagainya. nyata hubungan antara sesebuah negara dan korporasi multinasional amat akrab. saling memerlukan bagi mengukuhkan kedudukan untuk terus wujud.

jadi dalam hal ini kerajaan akan sentiasa tutup kedua-dua belah mata dan mengiyakan sahaja 'jenayah' yang dilakukan oleh korporasi multinasional ini atas alasan mereka adalah penyumbang besar ekonomi negara melalui pelaburan, pembayaran cukai perniagaan, menyuwudkan peluang pekerjaan dan pelbagai lagi alasan-alasan murni yang tampak relevan serta dan boleh diterima pakai oleh khalayak umum.

jadi bagaimana ya? tepuk kepala, tanya akal masing-masing; sejauh mana kita ambil peduli dalam membenteras 'jenayah' terancang seperti ini.

bagaimana pun, tahniah buat mereka yang mencuba tidak menurut/mengguna/mengkomsumsi apa saja yang disogok. budaya konsumerisme di malaysia nyata banyak yang perlu dikaji supaya 'jenayah' terancang seperti ini tidak terus berleluasa.

bagi kelompok yang masih terlena, mari sama-sama kita ucapkan tahniah kepada mereka kerana 'igauan indah' mereka adalah 'realiti buruk yang panjang' buat kelompok yang telah sedar.

:)

intransit26 said...

zaman punk anarcho /blockage era..1997 kami duk edar flyers anti McD area jalan taiping klang.betul2 depan mcd/kfc rasanya.
la ni masing2 dah ada family,pandai2 bawa halatuju yang baik.