Saturday, August 20, 2011

Belajar Bahasa Al-Quran minggu ke-3

Untuk minggu terakhir ni kami hanya menyambung pelajaran minggu lalu. Ustaz Nazir dengan latihan-latihan maksud perkataan-perkataan dalam Al-Quran. Apa yang menarik perhatian adalah bila dia berkongsi pengalaman dan cerita peribadi. Dia ni memang kelakar, lawak sentiasa. Tak habis-habis ketawa para peserta dan dia sendiri. Aku rasa elok juga Ustaz yang jenis macam ni. Orang senang nak dekati. Macam ayah tiri aku, ustaz yang sentiasa bermuka serious dan pendiam. Senyum pun jarang. Sampai ayah saudara isteri aku cakap takut nak tegur. Hmm...kena banyak senyum kot.

Paling menarik bila diterangkan tentang surah Al-Fiil. Dia memberitahu bahawa orang Islam di negara-negara Arab sekarang sedang bangkit manakala negara barat kini sedang jatuh. Dan orang Islam Arab mencongak tahun 1441 hijrah atau tahun 2020 (ikut kata Mahathir) adalah tahun umat Islam dunia akan bangkit secara total selepas mengalami zaman kejatuhan Islam dan sistem khalifah semasa runtuhnya Empayar Turki Uthmaniah (3 Mac 1924). Untuk menuju ke arah itu, kita perlu ada ramai orang-orang yang celik agama dan menyampaikan pada yang lain. Seperti digambarkan dalam surah Al-Fiil tu "Dan Allah mengirimkan atas mereka burung yang berbondong-bondong melempari mereka dengan batu yang dari tanah terbakar lalu dia menjadikan musuh mereka seperti daun-daun yang reput".

Ust Nazir mengatakan golongan yang menyampaikan ilmu inilah yang diibaratkan burung-burung yang berbondong-bondong itu datang untuk menegakkan agama Allah ini dan meruntuhkan agama-agama dan kepercayaan atau tak kepercayaan yang lain (aku tulis ikut bahasa aku sendiri, harap betul lah tu). Samalah juga semasa zaman kegemilangan dan kebangkitan Islam masa-masa yang lampau.

Boleh tengok sendiri di Malaysia tahun 60an (P. Ramlee) dengan scene kelab malam dan minum arak dan kebaya ketat. Tahun 80an pun susah nak tengok perempuan bertudung dalam film. Tapi sekarang Islam makin kuat dan makin ramai pentingkan ilmu agama di Malaysia. Ramai artis pulang ke jalan Allah, sudah ada film dan drama-drama Islamik, artis-artis bertudung. Artis Hollywood pun tinggalkan dunia glamour dan convert to Islam. Michael Jackson pun dikhabarkan berniat nak peluk Islam sebelum dibunuh oleh America, betul atau tidak Allahua'lam. Tahun 2020, Greg Graffin pun convert kot. InsyaAllah. Mana kita tahu? (amik contoh artis sbb tu public figure yang aku tahu dan rasanya ramai macam tu).

Kita pun kena sampaikan ilmu agama pada orang sekeliling kita. Bukan tunggu ilmu melangit baru fikir dah layak untuk mengajar dan berdakwah. Sedangkan Rasulullah sendiri Allah turunkan wahyu sedikit demi sedikit. Mana wahyu yang sampai, Baginda kena laksanakan terus, bukan tunggu lengkap satu Al-Quran baru berdakwah.Tahun 2020 atau tahun lain, kita berdoa agar kita berpeluang tengok sendiri kebangkitan Islam. Time tu, kita nak jadi sekadar penuntut ilmu ke nak jadi penyampai ilmu juga? Semestinya tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima.

Untuk Ust. Tarmizi pula, apa yang menarik adalah perkongsian pengalaman ketika beliau masih menuntut di tahfiz. Beliau mula masuk tahfiz lepas SPM iaitu ketika berumur 18 tahun. Jadi beliau pesan jangan jadikan umur sebagai alasan susah nak hafal sebab dah banyak benda-benda duniawi kita kenal. Beliau sendiri umur 18 tahun baru mula menghafaz Al-Quran. Beliau kata dulu kena hafal 2 muka surat setengah Al-Quran dalam masa sehari kalau tak hafal memang kena denda (yang bagi aku agak memalukan) seperti lelaki kena junjung Al-Quran dan mengelilingi kelas perempuan manakala perempuan didenda memotong rumput menggunakan mesin di Padang antaranya. Tapi itu cara hafiz dan hafizahlah, sudah mesti tak ada apa-apa, lagi ditekan lagi bersungguh untuk menghafaz. Kalau yang lain, terus give-up kot?
gambo kenangang dgn ustaz tarmizi