Dah lama tak jawab interview zine. Dulu selalu sangat, soalan pun lebih kurang je zaman tu. Siap recycle jawapan sama je. Balik-balik mesti tanya apa dia punk bagi kamu? Hehehe...Enjoys.
1) Assalamualaikum, tgh buat pe?
Waalaikumsalam. Sejahtera ke atas saudara editor dan para pembaca hendaknya. Aku sekarang tengah curi tulang di pejabat. Tapi takdelah curi tulang, sebab memang tengah takde kerja. Jadi, aku ambil peluang jawab temuramah ni. Dah lama aku tak jawap interview zine, minggu lepas pihak Masked Reader zine ada cakap nak temuramah aku jugak, tapi tengok-tengok zine Budaya Pop hantar soalan dulu, takpelah. Selamat membaca dan jangan mudah putus asa.
2) Blh cerita sikit pasal diri anda?
Kawan-kawan aku panggil aku Nizang, tapi keluarga aku panggil aku Ding. Dari nama aku, rasanya pembaca dapat agak aku asal dari mana. Ya, dari Terengganu negeri keropok lekor, penyu dan sekarang dicemari aktiviti yang membazir Monsoon Cup. Tapi aku masa kecik dulu duk Kolumpo, lepas habis sekolah pun banyak menuntut di Kolumpo dan bekerja pun dekat dengan Kolumpo iaitu di Cyberjaya sampai sekarang. Baru saja berumahtangga dua bulan lepas dan kini tinggal di Klang. Hari-hari ulang alik pergi kerja duk dalam kereta 2 jam lebih sampai bontot jadi petak. Aku suka muzik, seni, buku, menulis dan dunia zine. Makanan kegemaran untuk sarapan adalah Pulut Nyior dan masakan kegemaran adalah Singgang dan Golek. Tak kiralah daging ke, ayam ke, ikan ke. Dan juga nasik dagang arwah nenek aku (uwaa, raya tahun ni tak balik Terengganu buat kali pertama, tak merasalah Nasi Dagang…)
3) Sejak bila buat zine ni? Mula-mula buat tu rasa mcm mana?
Aku start buat zine Mosh pada tahun 1999 di rumah mak aku di Kuala Ibai. Mula-mula sangat terujalah nak siapkan isu eksperimen. Sampai tak tidur malam. Tapi sampai isu 14 pun, rasa excited setiap issue nak keluar sama juga, tak boleh tidur malam dibuatnya.
Masa isu mula-mula tu separuh type dan print guna computer, separuh lagi tulis tangan pasal apa aku pun tak ingat. Dakwat printer habis kot, jadi tak sabar sangat nak keluarkan issue eksperimen dengan cepat, guna tulisan tangan cakar ayam pun jadi. Ramai pula yang order dari serata Malaysia. Hahahha, padan muka. Seronok sangat sebab ramai yang beli, lupa pulak berapa salinan terjual tapi aku rasa dekat-dekat 50 copies juga untuk isu eksperimen. Tahun tu aku ambil SPM tapi keluarkan 3 issues.
Aku juga pernah menerbitkan zine Jerangkung Dalam Almari (hanya 2 keluaran) yang banyak terpengaruh dengan zine Cronically Donut dan Roots. Selain tu, aku dan kawan-kawan ada buat zine kolektif The Coalition –menerbitkan 5 isu kesemuanya dengan pelbagai isi, hasil seni dan tulisan-tulisan sumbangan kawan-kawan.
4) Sejak bila terjebak dalam scene hc punk ni?
Pada suatu malam pada tahun 1995, sambil aku melangguk depan peti televisyen, aku tertarik dengan sebuah iklan. Iklan itu mempromosikan sebuah album baru di pasaran. Ia menunjukkan rupa ahli-ahli kugiran tersebut yang berambut merah dan hijau dengan alunan lagu poppunk catchy. Ia adalah iklan kugiran Greenday untuk album ‘Dookie’, dengan semerta aku bertekad untuk mendapatkan album tersebut di kedai. Lagu mereka juga aku nyanyi di pentas sekolah pada hari guru dengan suara demam selsema, punk rock woo!
Sebelum pada itu aku dah dengar album dari Offspring berjudul ‘Smash’ yang dibeli oleh kakak sulung aku, Na. Aku kurang ‘masuk’ pada mulanya dengan muziknya dan aku sangkakan ia adalah kugiran rock koboi kerana adanya suara garau bercakap di antara lagu. Pada tahun itu juga, dia ada membeli album ‘Nevermind’ dari Nirvana. Ketika inilah aku mula terjebak dengan punk rock dan bak kata mat saleh, the rest is history.
Sebelum pada itu aku dah dengar album dari Offspring berjudul ‘Smash’ yang dibeli oleh kakak sulung aku, Na. Aku kurang ‘masuk’ pada mulanya dengan muziknya dan aku sangkakan ia adalah kugiran rock koboi kerana adanya suara garau bercakap di antara lagu. Pada tahun itu juga, dia ada membeli album ‘Nevermind’ dari Nirvana. Ketika inilah aku mula terjebak dengan punk rock dan bak kata mat saleh, the rest is history.
5) Cerita sedikit tentang band band yg pernah ko sertai
Jellybelly –band serius aku yang pertama di Kuala Terengganu. Koya nak main poppunk tapi poppunk yang campur-campur influence. Pernah keluarkan kaset ‘Waiting For Last Semester’s Vacation’, masuk beberapa kompilasi dan juga keluarkan split CD dengan The Obvious. Aku di posisi vocal dan kadang-kadang main bass.
Inikah Hidup –band ‘supergroup’ yang dianggotai oleh ahli-ahli dari Kasih Sayang, Jellybelly, Dully Dog dan Eke. Main screamo+rock kangkang. Aku pegang mikrofon jugak. Ada keluarkan album 11 lagu bertajuk ‘Soundtracks of War and Destruction’ –masih boleh didapati dari Shabri Kasih Sayang.
Fortitude –band projek masa study di TATI, Kemaman. Main emo rock kangkang. Hahaha…jamming 2-3 kali, main gig sekali lepas tu terus bubar. Aku jadi tukang nangis.
Breakneck –band old-school hardcore yang aku jadi vokalis jugak. Jamming banyak kali, setiap minggu. Pernah rakam dua buah lagu yang akhirnya tidak diterbit atau diedarkan. Pernah main satu gig iaitu di Old Skool Hardcore Fest 2003 di Kuala Lumpur.
Dum Dum Tak -band terkini yang aku sertai. Main punk rock dan telah mengeluarkan satu album, menyertai satu kompilasi dan dua promo CDr. Band ni yang paling aktif dan mendapat sambutan orang ramai. Aku ada menulis buku perihal band ni dan akan diterbitkan kelak.
6) Apa pendapat ko tentang bersih?
Perhimpunan aman Bersih sepatutnya dihalalkan oleh pihak kerajaan dan tidak dicampurtangan oleh Perkasa, Persatuan Silat, Patriot dan lain-lain. Ia adalah perhimpunan aman untuk menyampaikan memorandum kepada sultan dan untuk mengembalikan keadilan dalam pilhanraya di Negara ini yang boleh dilihat pemerintah menggunakan teknik kotor untuk menang di Pilihanraya. Masyarakat patut tahu akan perkara ini dan pemerintah seharusnya menjalankan demokrasi yang sebenar dan tidak memperalatkan masyarakat dengan berita-berita putar belit di TV dan surat khabar milik mereka.
7) kenapa belia selalu sangat dikaitkan dengan dadah
Sebab haiwan tak hisap dadah. Macam soalan teka-teki pulak. Tapi aku tak tahu apa nak jawap, haha. Mungkin patut tanya soalan ni pada Ein Second Combat yang tengah rajin buat gig dan acara-acara kesedaran tentang dadah sekarang. Baru-baru ni ada Drugs Free Day concert dan juga satu lagi konsert anti-dadah di Klang yang dianjurkan beliau. Tapi bukan dadah sahaja yang patut kita jauhi. Arak pun sangat bahaya dan dijual secara terbuka pula! Rokok juga tidak elok dan dijual secara terbuka sedangkan difatwakan haram. Fikir-fikirkan.
8) Siapa idola anda n kenapa?
Buat masa sekarang, Muhammad SAW, Yusuf Islam, Awang Goneng, Ustaz Azhar Idrus, Aaron Cometbus, A. Samad Said, Tuan Guru Nik Aziz, Ian Mackaye, Syarifah Hayati dan lain-lain. Sebab mereka bagus dan inspiring dalam bidang dan cara masing-masing.
9) Apa pendapat ko tentang bola sepak dimalaysia?
Aku tak minat bola. Bagi aku bola sama juga seperti video game dan lain-lain perkara yang menggalakkan persaingan yang melampau dan menjurus kepada pergaduhan dan perperangan. Ni semua agenda pihak berkuasa dunia agaknya. Sesama bangsa dan rumpun pun boleh bergaduh sebab bola sepak. Apa ke hal. Tapi aku memang tak pernah minat bola sepak lepas umur 13 tahun. Katalah apa saja, tak jantan lah tak layan bola atau lain-lain.
10) Apa pendapat ko tentang politik malaysia sekarang?
Makin rancak dan memberahikan. Harapnya Bersih 2.0 berjaya menyedarkan ramai orang dari tidur lena yang panjang. Aku baru daftar dengan SPR lepas kahwin baru ni.
11) Apa citer zine ko sekarang?
Aku ada menulis untuk isu 15. Tunggu…
12) listkan:
a) Band kiegemaran ko –Sekarang aku banyak dengar The Ergs, No Use For A Name, Smoking Popes, Joey Cape, Raihan, Good Luck, Yusuf Islam dan The Zikr. Tapi all-time favorite aku termasuk Minor Threat, Sham 69, Greenday, Pinhead Gunpowder, Carburetor Dung, FSF, The Mindless Show, Marjinal, Lead II Nitrate, Scholastic Deth, Nostalgia, The Get Up Kids, dan lain-lain.
b) zine feveret ko – Cometbus, Doris, Conscious #3, Common People, Callus, Roots, Cronically Donut, DRSA, Biogrdable Material dan lain-lain.
c)makanan feveret ko –aku dah jawap tadi,
d)tempat yg ko nak pergi –Berkeley, California, Mekah, Madinah
13)mcm mana nak hubungi ko?
Nizam, TBG 1038, KM3 Jalan Kapar, Klang, Selangor, Malaysia
nizangmosh@gmail.com
14)kata kata terakhir?
Teruskan hidup dengan nilai-nilai positif dan raikan orang di sekeliling kamu. Hidup Cuma sekali jadi hidupilah hidup tapi jangan lupa mati dan malaikat maut yang menjenguk kita setiap hari. Jaga diri. Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment