Wednesday, July 13, 2011

evolusi melukis zaman sekolah

Masa darjah satu, baik di sekolah kebangsaan mahupun di sekolah agama, aku dah start suka conteng buku sekolah. Masa tu koyakkan muka surat paling belakang walhal di muka surat depan ditulis nota dan latihan dari cikgu. Alhasilnya, muka surat di bahagian depan turut terkoyak. Masa tu akal tak panjang lagi, haha.

Darjah dua cerdik sikit, mula koyak elok-elok guna pembaris di garisan helaian muka surat di bahagian belakang buku. Kira muka surat depan selamatlah, tidak turut terkoyak.

Darjah tiga advance sikit lagi. Koyak muka surat paling tengah. Alhasilnya, buku makin lama makin menipis walaupun tertulis 80 muka termasuk kulit di depan.

Pastu pulak lukis dah cantik, nak nampak cantik gi kedai dan fotostet. Tapi jadi macam watak duk dalam penjara sebab garisan-garisan buku pun nampak juga di salinan fotostet! Haha.

Pastu darjah empat dah pandai beli buku latihan sekolah yang takde garisan atau kotak, lukis komik ramai-ramai dengan kawan-kawan. Satu kelas gilir-gilir baca. Kenangan!

Tingkatan satu, guna kertas surat kabo yang dicetak satu muka sahaja. Pada bahagian tak bercetak -lukis. Puas hati, besor. Siap orang lain bawak jugak surat khabar kosong dari rumah suruh lukis.

2 comments:

Dr. Ben said...

boleh lukis cover album berwarna?

Ahmad Nizamuddin Abdullah said...

hehe...bakat melukis tak berkembang. still sama macam zaman kanak-kanak dulu...tu yg tak syok.