Monday, April 23, 2012

Temuramah di Radio Bangsar Utama



Semalam pagi-pagi lagi jam 7 aku dapat panggilan yang menjemput aku menjadi tetamu di konti Radio Bangsar Utama jam 9-10 malam. Aku baru nak mandi dan masih mamai masa tu, tapi tanpa fikir panjang, aku setuju sahaja. Tajuk perbincangan adalah "penglibatan punk rockers dalam perhimpunan aman BERSIH".

Lepas waktu kerja aku terus guna MEX highway untuk ke Bangsar. Sebab sampai awal, aku singgah ke Urban Village yang memang dekat dari tempat radio tersebut (kelab 50B Bangsar yang pernah diadakan forum punk rock dan screening beberapa filem). Aku singgah untuk tumpang tandas dan solat maghrib dan belek buku-buku dan CD-CD yang dijual. 

Jam 8.30 aku naik ke kelab 50B lepas mengisi perut. Kelihatan Alip, Acino dan seorang lagi...err...sape nama dia? yang mengendalikan netbook. Ini pertama aku masuk tempat ini. Umar (seorang pelajar yang ditahan oleh DBKL pada hari Ahad kerana berada di perhimpunan pelajar di Dataran Merdeka) sampai tepat pada waktu untuk memulakan sessi radio sejam ini. Siaran dimulakan dengan berita-berita terkini tentang BERSIH 3.0 oleh Acino dan diselang-seli dengan lagu Meor Yusof Azidin dan lagu-lagu rakyat dari Indonesia.

1) Mengenai anak muda/punk rockers dengan politik.

Bagi aku, punk rock adalah muzik dan politik. Dua perkara ini tak boleh dipisahkan. Tapi semuanya bergantung pada diri masing-masing. Ada yang ambil punk pada muzik sahaja, pada fesyen sahaja, pada politik sahaja. Terpulang. Bermula dengan Sex Pistols yang mencucuk mulut Ratu Elizabeth dengan safety pin, lirik-lirik lagu The Clash, sampai ke anarcho punk Crass, Conflict dan lain-lain. Aku tak tahu sangat, tapi bagi aku tak penting sangat untuk tahu semua tu. Sebab aku lebih minat band tempatan yang membuka mata aku tentang keadaan sosio-politik seperti Carburetor Dung, The Pilgrims, The Bollocks, FSF, Kasih Sayang dan lain-lain. Mereka banyak membuka mata budak-budak yang dengar muzik underground. (Juga sebenarnya banyak baca di zine-zine, dan juga patches di baju mat punk)

Sepanjang aku mengikuti punk rock, aku rasa punk rock bagi aku adalah 'ilmu menuntut keadilan'. Jadi dalam Dum Dum Tak, kitorang tulis dan nyanyikan pasal apa yang kami percaya tentang isu-isu politik tempatan semasa. Contohnya macam lagu 'Hantu' mengenai pengundi hantu dan putar belit media arus perdana. Sekarang ni pun di Selangor banyak pengundi hantu segera yang lahir dan diberikan kad pengenalan sementara siap ada tarikh luput. (Banyak operasi pemutihan warga asing tanpa izin secara tiba-tiba). Mereka akan digunakan menjadi alat supaya ketuanan parti terus kekal.

Banyak juga band-band lain yang menyuntik lirik-lirik politikal dalam lagu mereka sekarang. 

2) Kenapa ramai anak muda Malaysia tidak pedulikan hal politik dan masa depan Malaysia?

Aku cakap melalui pengalaman aku sendiri sebagai punk rocker, aku rasa ramai punk rockers yang tak nak ambil tahu hal politik kerana bagi mereka politik itu sangat kotor dan mereka beranggapan, siapa sahaja yang menang dan menguasai Putrajaya, keadaan akan tetap sama. Yang menang terap kerajaan. Jadi mereka pun tak mahu ambil tahu tentang hala tuju politik Malaysia. Dan ada juga yang tidak mahu mengundi kerana bagi mereka SPR telah dimanipulate oleh kerajaan yang memerintah sekarang dan banyak ketidakjujuran berlaku. Jadi mereka boikot dan memilih untuk tidak mengundi. Ada juga anarkis-anarkis yang tak percaya dengan sistem kerajaan dan ingin self-govern. 

Untuk aku sendiri, dulu masa bujang aku juga terkesan dengan propaganda band FSF dari Sg. Petani iaitu kau hanya dijadikan alat untuk menang. You're just a tool forever. Lepas menang mereka lupakan rakyat dan pengundi. Tapi sekarang sesudah berkeluarga, fikiran aku dah berubah. Aku mahukan Malaysia yang lebih baik, masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang, untuk anak-cucu aku. Jadi aku memilih untuk mengundi sebab tu aku boleh cakap pasal Bersih 3.0. Sebab kita nak mengundi. Macam mana banyak pengundi hantu pun, banyak SPR dan kerajaan pemerintah main tipu pun, aku hanya berserah pada tuhan. InsyaAllah. 

3) Mengenai perhimpunan/perkhemahan mahasiswa mansuh PTPTN 

Aku sendiri seorang peminjam duit PTPTN dan aku rasa sampai bila pun susah nak habis bayar balik sebab kadar bunga dan caj-caj sampingan yang tinggi. 

Aku rasa kalau duit rakyat tidak dibazirkan untuk membeli cincin berlian 24 juta, (pertunangan anak menteri dan kek harijadi RM80 ribu), kapal selam dengan harga yang tak patut, dan lain-lain...duit itu boleh digunakan untuk menanggung ramai pelajar di Malaysia terutamanya di IPTA, dan IPTS juga. Banyak ketirisan duit rakyat yang terjadi disebabkan ketidaktanggungjawaban sesetengah pihak. 

Diorang ada hak untuk berkhemah dan berhimpun di dataran sebab itu tempat awam. Sama juga untuk kumpulan Occupy Dataran. Mereka ada isu-isu untuk diutarakan jadi suara mereka patut didengar. 

4) Mengenai Perhimpunan Bersih lepas-lepas

Aku ada ke Bersih siri pertama, tapi agak lambat sebab bekerja. Aku rasa masa tu baju kuning tidak diharamkan lagi kot. Sebab masa aku sampai di KL hari tersebut, aku nampak ramai sangat orang tak kira dari bangsa apa, umur berapa semuanya berbaju kuning. Dan juga dari pembacaan buku dan internet, tentang pengalaman Bersih 2.0 orang-orang lain. Semua dari mereka, yang paling aku ingat mereka mengatakan di acara Bersih ni mereka dapat rasakan semangat muhibbah semua bangsa tak mengira agama dan kepercayaan. Dan perkara ni takkan dapat dirasakan di acara-acara lain. Semuanya bersatu, unite tolong menolong kongsi air, garam dan lari bersama-sama bila dikejar dan ditembak gas pemedih mata. Sangat terharu bila membacakan kisah mereka. [Umar kata dari lelaki bertatu hingga perempuan berpurdah semuanya UNITE]. 

5) Kata-kata akhir

Jumpa di Dataran Merdeka sabtu ni. Ia adalah tempat kita rakyat Malaysia, bukan DBKL. Nama pun merdeka. Jangan takut sebab kita hanya duduk bantah selama 2 jam walaupun ada cadangan untuk tetap duduk bantah sehingga Hari Pekerja 1 May kalau ramai yang datang (200, 000). Kalau nak tengok Malaysia yang lebih baik, datang. Kena ubah sebab dah 55 tahun pakai seluar dalam sama. Takleh pakai dah. [Umar kata "duduk bantah sampai kita gembira".]


http://radiobangsarutama.blogspot.com

3 comments:

Päk Läng said...

power! setiap orang ada pendapat tersendiri

janggut said...

member aku pun,sblum kawin..tak angkat port pasal politik ni..tapi bila dia dh kawin..tau susahnye nk menanggung kluarga..baru la sedor..tp its ok..janji lawan

Anonymous said...

kagum.fuck rosmah, fuck najib.