Wednesday, April 4, 2012

"Eleh..."

"Eleh, setakat tulis kisah hidup, semua orang pun boleh..."

Ya ke semua orang boleh menulis kisah hidup? Kalau ya berapa ramai yang tulis? Mat Norr (Scenery Is Free) cakap kat aku, hasil karya bukan fiksyen lagi mahal bayarannya berbanding cerita rekaan. Sejauh mana kebenarannya, aku tak pasti. 

Tapi bila difikirkan balik, betul juga. Nak menulis kisah betul ni kena laluinya dulu. Kena ada pengalaman dulu. Tu yang susah. Sebab tu mahal. Nak menulis fiksyen pun susah juga, perlu tahap imaginasi yang tinggi. 

Tepuk dada tanya selera. Suka baca non-fiksi atau fiksi. Suka tulis non-fiksi atau fiksi. 

Sama juga seperti hasil lukisan. Semua orang boleh melukis. Bila aku pergi ke acara jualan hasil seni, aku susah nak membeli. Sebab hati kecil aku akan berkata "Eleh macam ni aku pun boleh buat". Tapi ada aku buat? Kalau aku buat ada orang nak beli ke?

Kalau minat nak buat dan jual sesuatu, buat sahaja. Jangan pedulikan cakap-cakap "Eleh" di belakang tu. Semuanya atas usaha kita, dan kesanggupan orang untuk mengeluarkan duit untuk membelinya tak kisahlah zine ke, filem ke, lagu ke, buku ke, lukisan ke, dan apa-apa sahaja kerja seni/kreatif. 

Dan macam Mat Norr cakap lagi "Kalau dah ada nama, conteng apa pun orang beli"... 

No comments: