Sunday, November 20, 2011

apa masalah aku dengan rokok?


Pagi tadi topik Warna Pagi di IKIM.fm berbunyi "ROKOK: MEMBAZIR DUIT MEMBAZIR NYAWA" Mengapa sukar hentikannya?. Macam-macam pandangan diberi. Ada perokok tegar yang merokok 10-15 batang sehari call cakap kalau tak dijual langsung di Malaysia baru mereka boleh berhenti. Macam beberapa panel pada acara tu cakap, kalau tak hisap rokok kebiasaanny takkan rasa nak cuba dadah.

Aku fikir rokok difatwakan haram kerana ia jugak sejenis dadah. Dadah yang dihalalkan oleh banyak kerajaan dan pentadbiran negara. Kenapa? Sebab hasil cukainya tinggi. Macam arak juga.

Sabtu lepas, aku ada kongsi cerita dan pendapat di acara pelancaran badan NGO Drug Free Youth Association (Ein Second Combat punya). Tapi aku tak cakap pasal hidup tanpa dadah sahaja. Aku cakap pasal hidup tanpa rokok, dadah dan arak. Aku banyak menekankan pada rokok. 

Kenapa aku tidak merokok? Alasan yang aku selalu guna adalah “tak mampu" (agak sinikal disitu mungkin, ok,...kerana taknak bazirkan duit untuk itu) atau dahulunya alasan aku “mak aku tak kasi“. 

Tapi sebenarnya aku pernah cuba menghisap rokok. Namun hanya diperingkat perokok poser, ketika usia aku 15-16 tahun. Aku terpengaruh dengan gambar Guns N Roses yang aku pinjam kaset mereka dari kakak saudara aku. Dan juga Kurt Cobain. Mereka suka bergambar dengan rokok di mulut. Dan juga mat-mat rock di kampung aku. Aku merasakan untuk menjadi seorang rocker, mesti hisap rokok. Budak akal panjang sejengkal macam tu la agaknya.

Tapi aku jadi tak merokok sebab aku berkawan dengan Rohock Crew, iaitu kolektif yang mengadakan gig punk pertama di Kuala Terengganu ‘Rohok Dok Patut‘. Aku menghormati mereka dan ketika itu hampir keseluruhan dari mereka tidak merokok. Jadi, aku tak nak merokok. Dan beberapa tahun kemudian, bila aku mendengar Minor Threat, aku menggelarkan diri aku sebagai salah seorang Straight Edge dan pernah menconteng tanda pangkah di tangan.

Ada yang cakap nak jadi designer kena hisap rokok-baru idea power. Ada yang cakap nak buat kerja seni macam painting dan tulis lagu kena hisap dadah baru idea dan hasil bagus. Tak tidur malam siapkan painting, tulis lagu yang power. Nak suara sedap kena minum arak. Tapi bagi aku, ada juga band-band dan artis yang hasil mereka power-power juga tanpa gunakan rokok, dadah dan arak. Aku tak tahulah, sebab aku memang tak pernah cuba arak dan apa-apa jenis dadah kecuali yang doktor bagi.

Macam Amert cakap semasa acara tersebut, ada band yang nak perform 'kena' dadah atau arak dulu. Lepas tu set hancur, sebab high/mabuk... orang yang datang tengok bayar tiket nak tengok tapi pulang hampa dan kecewa.

Ein suruh bagi nasihat pada hadirin. Aku cakap macam tulah, buat macam aku. Ambil inspirasi dari orang-orang yang tak ambil bahan-bahan intoxicants tersebut yang juga boleh hasilkan karya-karya yang power-power dan menjadi orang-orang yang cool.

1 comment:

Bonda Hebat said...

Cutting down your cigarettes?

Saya ada cara utk berhenti merokok dgn mudah. Harga rokok pun dah melambung2. Baik guna duit tu utk beri reward pada anak2 ke, utk bawa isteri candle light dinner ke, htr mak ayah g umrah ke, derma kat tahfiz ke, bayar zakat ke.....kan....

So, siapa nak berhenti merokok boleh contact saya 01137007328 Azah