Tuesday, November 22, 2011

Daurah IKRAM 1 -tafsir surah Al-Mulk

Tanggal 21 November, aku tak tengok perlawanan bola. Malam tu aku makan awal dan jam 8 malam aku bergegas ke pejabat IKRAM Klang (yang Alhamdulillah dekat dengan rumah). Aku berpeluang untuk menghadiri daurah Ikram, yang pada malam itu mengajar tafsir surah al-Mulk ayat 12 hingga 18. Aku mendaftar sebagai ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia sebelum puasa haritu dan ni pertama kali menghadiri Daurah yang diadakan sebulan sekali. Ayat dibaca oleh Encik Ahmad dan tafsir diajar oleh Ustaz Muhaimin, Timbalan Pengerusi Tarbiah Ikram. 



Apa yang disampaikan disarankan untuk menjadi bahan usrah. Tapi sebab aku takde buat usrah, elok dikongsi juga ditulis diblog untuk dokumentasi dan perkongsian.

Antara nota yang aku salin (ada waktu aku tertidur, penat kerja)...kiri kanan aku pun kelihatan tertidur sambil menadah kitab di majlis ilmu.
Al-Mulk (Kerajaan Allah)

Surah ini menceritakan kekuasaan Allah swt. Pesan Rasulullah “Sesungguhnya terdapat satu surah, 30 ayat yang dibaca sehingga diampunkan dosa”. Surah ini, jika diamalkan (setiap malam) insyaAllah diampunkan dosa-dosa dan dikurnia syurga.

Sifat gerun (khosyiah) terhadap Allah SWT perlu ada pada kita sentiasa. Juga didalam solat, supaya khusyuk.

Cara-cara memperoleh rasa gerun ini ada beberapa cara;
 
a)     - Beriman bahawa Allah tahu segalanya yang di dalam dada (hati) kita.
b)     - Mencari keagungan Allah
c)      - Merasa rendah diri
d)     - Berfikir tentang keunikan setiap makhluk Allah
e)     - Membaca (dan mengkaji) Al- Quran.

Gerun pada Allah bukan dengan menjauhkan diri dariNya, tapi merasa tiada tempat lain untuk berpaling kecuali pulang kepadaNya.

Antara niat dan beramal –niat lebih penting.

Bulan dan bintang dijadikan oleh Allah supaya kamu dapat membuat kiraan masa dan tahun dan boleh mengatur masa dan hari. Semuanya adalah nikmat Allah. Allah memudahkan hidup kita.

Allah suruh kita berusaha dan tidak tawakkul (tidak berusaha). Seperti burung yang keluar pada waktu pagi dengan perut kosong dan pulang pada waktu petang dengan perut kenyang. Yang penting, USAHA.

Lihat pergerakan alam, haiwan setiap spesis adalah unik. Pergerakan setiap spesis unik. Ini menunjukkan kebesaran kerajaan Allah SWT.

Manusia diberi akal, maka tugas manusia lebih besar dari haiwan dan tumbuhan. Kena lebih berusaha berbanding tumbuhan yang mencari makan di satu tempat sahaja dan haiwan yang aktiviti hidupnya terbatas.

Contoh: Durian jatuh pada waktu malam supaya tidak menghempap kepala manusia. Kulitnya keras dan tajam. Supaya tidak rosak dan tidak bergolek. Tembikai pula bulat tapi tumbuh di atas tanah.

Segala nikmat Allah yang sangat banyak di dunia ini boleh berubah dalam sekelip mata. Jadi, INGAT. Dunia ini tempat ujian Allah. Jangan kufur. Belajar dari kaum terdahulu. Bukan kita sendiri lakukan kesilapan untuk belajar.

Baca tulisan mereka-mereka yang mendapat hidayah. Ambil iktibar dari kaum yang dibinasakan oleh Allah SWT.

Kerajaan Allah adalah kerajaan yang sabar. Kita diberi peluang yang banyak. Jika bertaubat dan kembali tergelincir, tetapi kita tetap diberi peluang. Allah menangguhkan balasan terhadap kita kepada masa yang sesuai.

“Dan kalau sekiranya Allah menghukum manusia disebabkan yang mereka perbuat (sengaja), niscaya Dia tidak akan meninggalkan di atas permukaan bumi ini satu makhluk melata pun, akan tetapi Allah menangguhkan mereka sampai waktu yang telah ditentukan. Maka apabila datang ajal mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Melihat hamba-hamba-Nya.” (Faathir: 45)

Kerajaan Allah meliputi segalanya; termasuk akhirat, alam ghaib, masa akan datang, syurga, neraka dan segalanya.


No comments: