Wednesday, November 30, 2011

Kembali ke tahun 1996

Carburetor Dung, A.C.A.B, Subculture, The Pilgrims. Hero sekolah menengah. Masa beso nak ada band macam diorang. Boleh posing buat muka ketat dengan band member. Kah kah kah...

Entah apa hal harini rasa nak dengar balik subculture. Bawak gi opis sekali dengan A.C.A.B. Double discs. 

Keempat-empat band ni kakak sulung aku kenalkan kat aku. A.C.A.B bermula dengan e.p 'Unite & Fight' -Joe Kidd design layout. Subculture bermula dengan 'Love & Hate'. Tengok gambar semua macam budak nakal gila. Padahal takde lah sangat kot...Hehe.

Megat A.C.A.B pun sekarang belajar Bahasa Arab dengan Syariah di Syria nun. Sejuk perut mak mengandung. Siapa sangka? Gila tak sangka. Sebab tu jangan kita cepat hakimi seseorang tu. Sebab masa depan orang kita tak tahu macam mana. Doakan yang terbaik untuk semua orang.

2 comments:

Dr. Ben said...

best. Bila tengok orang macam Megat tu, terus terasa nak cermin diri balik.

Kc Kasedah said...

hmm betul jugak. jgn nk judge org harini. masa depan belum tentu lag :)