Saturday, October 1, 2011

Kisah aku dan Tobek

Hari minggu ni aku balik kampung di Terengganu. Berseorangan. Orang rumah, tinggal di rumahnya, Klang kerana baru-baru ni alahan agak teruk, muntah-muntah sejak berbadan dua. Sekarang Alhamdulillah dah elok tapi kaki cramp pagi-pagi sebab dia tak suka minum susu. Sekarang paksa minum fresh milk coklat dan Anmum, dia campurkan dengan Milo. Kata orang, sebab bayi dalam perut ambil zat kalsium dari ibunya.

Jadi aku berseorangan menaiki bas saja. Dah biasa macam tu. Kawan-kawan empat buah kereta datang dari KL, tapi mereka datang agak lambat. Aku alang-alang balik kampung, nak rehat lama sikit. Aku hanya duduk rumah berehat, tidak kontek kawan-kawan untuk melepak. Demam sikit kerana asik duk 'dalam ekon' kot. Dalam bas pun sangat sejuk hingga ke tulang hitam.

Tujuan aku pulang adalah untuk majlis sambut menantu Amir atau Tobek. Bassist/frontman Always Last, sebelum itu juga bassist/frontman untuk Fags And Stoned.

Aku ke kenduri ni dengan keluarga aku; dua orang kakak, abang ipar, anak-anak buah dan emak aku. Tapi pulang, aku suruh Buyeng hantar sebab keluarga aku nak pulang awal, esok kerja. Aku pula nak tunggu sessi bergambar pengantin dengan kawan-kawan. Buyeng kelihatan dah mengantuk ketika sessi fotografi mungkin kerana drive jauh dari KL pada siang harinya. Tapi kebetulan dia memang nak ke Bukit Depu yang tak jauh dari rumah aku, jadi Ok lah tu. Kenapa keluarga aku pun pergi kenduri Tobek?

Aku agak rapat dengan dia kebelakangan ini. Namun kisah kami bermula lama dahulu.

Tahun 1982, aku dilahirkan pada bulan May. Keluarga aku pindah ke Chicago, USA masa aku berusia enam bulan kerana tugasan arwah ayah aku di Malaysian Student Department di sana. Arwah berkerja dengan JPA. Kami di sana hingga akhir 1985 selepas kelahiran adik lelaki aku, Mie. Satu kerugian untuk aku kerana berada di sana sampai umur 3 tahun sahaja- memory masih belum kuat untuk mengingat. Sikit-sikit adalah. Tengok gambar sahajalah.

Keluarga Tobek juga ke sana, Chicago. Ayahnya sambung degree dan MA di sana waktu itu. Dibawah jagaan arwah ayah aku. Jadi keluarga aku dan keluarga Tobek agak rapat. Tapi aku dan dia tidak berkawan. Hanya berkawan ketika di Chicago. Semasa kami sangat kecil, dia tua setahun dari aku.

Semasa kenduri aku di Terengganu baru ni, ayahnya ada menceritakan sikit tentang tempat tinggal keluarga aku di sana. Dia menyarankan aku untuk ke Chicago dan melihat tempat kami tinggal di sana dahulu. Tapi aku fikir pasti dah banyak berubah. Sudah lebih dari 26 tahun!

Semasa di Kuala Lumpur ketika kami sekolah rendah, sekali-sekala kami berjumpa jika keluarga aku ke rumah mereka atau sebaliknya.

Fast forward to year 2001, aku ada peroleh demo tape kugiran punk rock student-student KUITTHO, Fags And Stoned dari Su Santos (Punctual zine/Sally Faerie). Aku hantar set interview kepada band tersebut untuk zine aku, Mosh. Lalu mereka menjawab melalui email, siap bagi gambar. Terpampanglah pada gambar di skrin komputer muka yang aku sangat kenal. Muka Amir anak Cikgu Mat Nor, yang kini bergelar Tobek. Terus aku reply email dan bagitahulah aku siapa. Lawak juga.

Raya tahun tu, dia datang beraya di rumah aku di kampung, pakai baju NOFX. Lepas tu kami kadang-kadang jumpa di gig-gig sekitar kolumpo. Tapi kami jadi rapat lepas band Always Last ditubuhkan. Dia sangat bersemangat dengan aktiviti-aktiviti punk rock dan label aku ketika itu, Nervhous Records. Kami banyak terlibat dengan projek sama-sama dan dialah yang mula-mula duk sebut-sebut pasal Nervhous Family. Kami dan rakan-rakan jadi rapat-selalu bersama. Dari 2007/2008, lepas tu buat compilation Senandung Pawer-Kord, organize gig No Use For A Name sama-sama di KL, Struck A Nerve Tour 2010, dan gig-gig lain. Sekarang band aku dan band dia pula dalam proses mengeluarkan split CD. Tunggu dia settle kahwin, dan settlekan recording. Dum Dum Tak dah settle recording, sedang mastering.

Tiga ahli dari kedua-dua band ni kahwin tahun ni iaitu aku dari Dum Dum Tak, Tobek dan Shah dari Always Last. Jadi projek delay sikit.

Seminggu sebelum aku bernikah, aku masih ingat aku dan Tobek kami sama-sama di Jalan Pudu pergi survey tempat nak print cover CD untuk split dan compilation yang Nervhous usahakan dengan bantuan kawan-kawan. Yang tu pun delay juga, sebab perkahwinan kot. Lepas ni boleh resume balik.

Masa kenduri kahwin aku di Klang, aku tak tahu nak ajak siapa jadi pengapit aku. Aku taknak pakai pengapit tapi isteri nak pakai, jadi aku kena cari pengapit. Sebab dah lama kenal Tobek, aku pujuk dia jadi pengapit aku. Dia berat hati pada mulanya kerana kena pakai baju melayu. Tapi dia memang ada baju yang kena dengan tema; silver atau kelabu. Dia baru lepas bertunang masa tu, baju tunang warna memang kena, Silver. Jadi aku menguatkan lagi pujukan cakap orang lain takde baju warna tu. Haha. Nasib baik, masa yang diperlukan untuk pengapit di atas pentas sekejap sahaja macam aku janjikan pada dia.

Baru-baru ni pada bulan Ramadhan kami sama-sama join kelas Bahasa Al-Quran dan pada malam ke 27 kami sama-sama ke Qiamulail Perdana. Harapnya kami terus bersama terutama dalam aktiviti ke arah akhirat. InsyaAllah.

Apa lagi ya? Acai DEP cakap aku ngan Tobek adalah 'blood brothers'...lebih kurang macam tu la kot.

Tahniah Tobek + Erin. Now I can say to other couples. "Welcome to the club".

1 comment:

Apis C14 said...

oh... lama giler rupanya ko kenal tobek. siap ada sejarah keluarga. aku ingatkan korang kenal kat gig. hehe.. apa-apa pun selamat jadi Ayah untuk Nizang dan Selamat Pengantin Baru untuk Tobek. :-)