Sunday, October 9, 2011

perihal aurat


Ada yang mengatakan bahawa orang berumur 20 adalah muda lagi, tak perlulah menutup aurat. Mungkin sudah lupa ajaran ustaz/ah di sekolah dulu bahawa umur wajib jaga aurat adalah apabila sudah baligh. Bermakna untuk lelaki, apabila sudah mimpi basah dan pecah suara dan bagi perempuan pula bila mula datang bulan.

Umur 20 belum baligh? Itu rasanya diluar kebiasaan. Dalam perkiraan aku, lelaki baligh sekitar umur 12-14 dan perempuan pula sekitar 10-12 tahun.

Tapi bukan bermakna aku post pasal perihal ini, aku ni seorang yang jaga aurat sejak aku baligh. Malah aku sangat sinonim dengan seluar pendek sampai satu hari aku ke rumah kawan aku, aku beritahu padanya, "panaslah pakai seluor panjang ni". Lalu dia jawap "pakai lah seluor pendek, mu kan sokmo pakai seluor pendek".

Kalau panas dunia pun aku mengeluh, bagaimana nak hadapi neraka jika itu tempat aku nanti?

Malah lepas kahwin pun aku pernah pakai seluar pendek (sekali) di luar rumah. Tapi sekarang tidak lagi. Dalam rumah pun aku tak pakai seluar pendek lagi. Semua seluar pendek aku hanya disimpan dalam almari. Kerana di rumah, ada kakak ipar aku. Dan makcik-makcik isteri aku selalu datang. Jadi aku lebih selesa mengenakan kain pelikat. Senang, selesa, dan paling penting tutup aurat.

Alhamdulillah usia orang sedar dan pulang ke pangkal jalan berlainan antara satu sama lain. Aku bersyukur aku kini sedar walaupun pada usia 29. Ada yang sedar pada usia lebih muda dan ada pula sedar pada usia lebih tua. Yang penting sedar sebelum terlambat, InsyaAllah. Hanya Allah yang boleh membuka hati seseorang untuk sedar dan pulang ke jalanNya yang lurus. Allahua'lam.

Betulkan aku jika ada info yang salah, Allahua'lam.

2 comments:

Dr. Ben said...

sekarang dah ada family, implement le. Kalau semua family implement, insyaAllah selesai masalah ni.

Loki said...

selalu juga pakai seluar pendek , tambah2 ketika bersukan. tapi takut sebenarnya kalau-kalau mati ketika sedang pakai seluar pendek.

ya Allah ampunilah dosaku. thnks nizam atas peringatan.