Wah, Cikgu Fazri ada mengepost gambar-gambar di A//Mince (2000-2004). Pada yang tak tahu, tempat ni merupakan markas aktiviti hc/punk underground di Terengganu pada masa tu. Gila rindu aku kat tempat tu walaupun aku jarang lepak kental kat situ macam budak-budak lain sebab aku masa tu transport susah, motor takde, kereta sebuah jer kongsi satu keluarga, naik bas tunggu bas sejam berpeluh j*bo t*ik baru sampai. Tapi banyak sungguh kenangan di situ...oh gambar aku masa zaman comot pun ade 3 bijik (cuba carik)...
Kat situ la band Rai Ko Ris main, dan beberapa orang punk traveller dari jauh ada datang lepak jugak mcam dumpy dan 2 org bike punx (katja n partner lupa name)...oh, yang dekat pun ramai datang. Macam-macam aktiviti yang dibuat tapi banyak gig lah...
Kat situ lah ramai kenal kawan. Sekarang dah tak lepak sama dah. Semua sibuk kerja, jaga anak isteri, cari makan, jadi cikgu, jadi tukang masak, buat tattoo kat badan dan lain-lain...Kalau sekarang masih ada studio ni, sapalah agaknya yang lepak situ???
Klik di bawah untuk tengok gambar-gambar koleksi Fazri
A//mince
No comments:
Post a Comment