Thursday, December 22, 2011

Surat Terbuka Untuk Penulis Utusan Malaysia

Assalamualaikum saudara Wan Jemizan W. Deraman dan Ahmad Termizi Mohamed Din.
Surat terbuka ini ditulis sebagai maklumbalas kepada tulisan saudara-saudara di akhbar Utusan Malaysia bertajuk “Syirik runtuhkan akidah, hancurkan ibadah”. Pada rencana ini ada disertakan gambar budak-budak punk (yang saya rasakan di Indonesia) dan ditulis “Budaya punk pernah menjadi ancaman kepada agama Islam suatu masa dahulu kerana pengamalnya perlu melakukan perkara yang mensyirikkan Allah SWT sebagai tanda penerimaan sebagai ahli kumpulan itu”. 

Saya telah membaca tulisan ini sebanyak tiga kali. Namun dalam rencana tersebut, tiada pula dicatatkan apa yang punk perlu buat yang dikatakan syirik itu? 

Saya sudah menjadi ‘punk’ lebih dari sepuluh tahun, aktif dan produktif dalam pergerakan ini. Ianya adalah satu pergerakan yang bebas. Tiada peraturan, syarat dan apa-apa yang mesti dibuat untuk diterima oleh kumpulan ini. Ia tiada ketua, tiada AJK, atau apa-apa jawatan atau pangkat seperti organisasi. Ia adalah budaya serpihan yang dibawa dengan muzik ‘punk rock’. Disebalik muzik dan sesetengahnya yang mengenakan fesyen aneh, banyak benda positif yang saya dapat dari ‘punk’. 

Punk mengajar pengikutnya untuk berdikari, tidak mendiskriminasi terhadap orang lain, menentang kapitalisma, menghormati orang lain (yang berlainan jantina, berlainan umur, berlainan bangsa, berbeza pendapat dan pegangan, dan lain-lain), menjadi celik dan cakna dalam pelbagai hal dan hak manusiawi, haiwan dan alam sekitar. Banyaknya positif punk ni, banyak juga dan bakal diterbitkan dalam bentuk buku oleh beberapa individu yang rata-ratanya saya sangat kenal dan tiga dari mereka bekas pelajar Universiti Islan Antarabangsa. Sembilan dari kami adalah Islam dan menjaga solat, puasa, solat sunat, puasa sunat, berkeluarga macam orang Islam lain juga. Tidak tinggal di jalanan. Seorang dari penulis buku ini adalah bukan Islam. Kami tidak memulaukan orang yang berbeza agama dengan kami, seperti dianjurkan oleh Islam itu sendiri. Jika kami pergi gig sekalipun, kami solat lima waktu tak tinggal. 

Tunjuk dan tonjolkanlah keindahan Islam, jangan cari kesalahan dan keburukan orang sahaja dan serkap jarang pula tu.

Kalau ada punk yang bertatoo dan berambut aneh, itu bukan satu kemestian dalam punk. Berapa kerat sahaja yang macam itu. Jangan hakimi seseorang dari luaran. Doakan mereka agar mereka tinggalkan cara berpakaian sebegitu. Dan doakan mereka kurangkan pergi konsert. Dan jika pergi konsert pun, agal mereka tidak lupakan solat lima waktu. Kalau nak tarbiahkan mereka, ada caranya. Sebagai orang pandai agama, patut lebih tahu. Jika dilakukan seperti di Acheh; ditangkap, digondolkan kepala dan dimotivasi sepuluh hari. Memang takkan berhasil mungkin. Punk-punk remaja itu darahnya panas dan memberontak jiwanya. Kena ada strategi jika hendak mentarbiahkan mereka. Mereka perlukan kasih sayang.   
Namun dalam tulisan tersebut tiada langsung tulis mengenai punk. Yang ada contoh seperti percaya pada bomoh, dukun, waktu tertentu yang membawa malang, tangkal, riak dan lain-lain. Kenapa punk itu dikatakan syirik? Tiada disebut di dalam tulisan tersebut. Hanya diletak gambar punk dan dikatakan punk harus syirik untuk diterima oleh kumpulan tersebut. Saya dah lebih dari 10 tahun jadi punk dan bergaul dengan budak-budak punk. Tiada pun antara kawan-kawan saya tu yang pergi jumpa bomoh, dukun, percaya benda-benda mengarut macam sesetengah orang melayu, riak? Tiada. Adakah yang dimaksudkan itu black metal? Jauh betul punk dan black metal? 

Adakah kerana 'isu punk' tengah hangat di Indonesia, Utusan Malaysia mahu selitkan tentang 'punk' dalam tulisan mengenai dosa syirik. Mungkin kerana isu black metal tak hangat sekarang mungkin? Jadi tuduh punk. Itu adalah FITNAH. Dosa juga. WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN, sebagai penulis kolum dakwah di akhbar, anda harus lebih peka dan tidak serkap jarang. Tulisan anda akan menjadi rujukan ramai orang dan diambil sebagai fakta. Jika betul dikatakan ada budak black metal lakukan acara penyembahan sekalipun, siasat sendiri. Jika tiada bukti dengan mata kepala sendiri, jangan tulis. Itu fitnah, jangan ikut tabloid-tabloid yang banyak mencari dan menulis cerita palsu untuk melariskan akhbar dan majalah mereka. Dosa fitnah dan dari hasil gaji itu diberi makan pula anak isteri. Itu pun masalah juga bukan?

Kalau macam ni, punk yang ingin insaf pun tak jadi insaflah. Kerana dituduh bukan-bukan. Allahua'lam. Sebenarnya tulisan ini adalah sangat bagus, tapi yang tak berapa seronok bila gambar dan caption gambar yang macam tangkap muat sebab isu punk tengah hangat sekarang.

Semoga kita semua dilindungi dan diberi hidayah olehNya, dijauhkan dari perkara dan dosa syirik. Allahua'lam.


4 comments:

Dr. Ben said...

Rasanya ini kerja editor yang letak gambar hiasan tu tak kena dengan artikel, bukan penulis. Macam biasa, akhbar kita memang suka cerita2 sensasi untuk jual.

Nanti terkejut dua penulis tu kita belasah padahal dia tak tau apa2 pun hehehe...

Ahmad Nizamuddin Abdullah said...

Betul juga tu Dr. Ben. Rasanya salah editor yang tangkap muat. Mungkin nak kejar deadline atau takde idea nak taruk gambar ape. Gambar bomoh takde.

Eezmo said...

but still penulis yang tulis kan sape-sape nak join punk kene buat bende syirik kan.. nice one nizang.. but surat ni masih lagi berbaur emosional.. mungkin kalau orang luar lingkungan punkster baca akan ade prasangka lain.. eheh.. terbaikla nizang..

Ahmad Nizamuddin Abdullah said...

ter-emosi. hehe.