Sunday, December 14, 2008

Syarikat Kasut-kasut Putih dan Pasangan-pasangan



Seriously, aku memang tak pernah dengar lagu dari kugiran yang satu ni walaupun acap kali melihat namanya di mana ya. Bodysurf Music ada menjemput mereka untuk 'manggung' di Kl baru-baru ini tetapi mereka terpaksa cancel last minute atas hal apa tak pernah aku tahu. Petang semalam aku dapat misscall dan sms dari saudara chef Ujay bertanya samada aku akan pergi acara konsert free yang ada kugiran ni. Setelah tahu, ia adalah free dan di BB, kebetulan pula aku memang ada di KL, aku tidak berpikir dua kali untuk terus menjemba ke arah beliau.

Walaupun nama kugiran ni agak 'Plain White Tees', ternyata mereka sangat hebat! Vokalisnya punyai showmanship yang sangat power. Bawak ke mimpi di malam hari. Haha! Secara rambangnya, mereka boleh dikatakan sekapal dengan Mocca tapi lebih retro (semua pakai baju kolar beso dan spek itam) dan semua lagu berbahasa melayu.

Mereka ada membawakan lagu satu lagu lama yang dikatakan Ujay, antara lagu kegemarannya. Aizat Tarmizi pula mengatakan itu merupakan cover dari P. Ramlee. Aku takde kepastian, tapi yang pasti aku pernah mendengarnya sebelum ini. Bukan versi P. Ramlee mahupun WSATCC, tetapi rakaman versi cover oleh Cyclown Circus (kumpulan badut sarkis bermain music gipsy mengelilingi seluruh dunia dengan menunggang basikal asal Amerika Syarikat). Mereka merakam lagu itu ketika berada di Indonesia jika tidak silap saya.

Oh, The SIGITS menutup acara malam semalam...sangat rock. Deep Purple...layan tengok live memang bes! Ramai jugak rakan-rakan yang berada di kawasan kejadian semalam.

Tak sia-sia berasak-asak dalam peluh masam pengunjung konsert semalam untuk menonton WSATCC. XD

No comments: