Sejak kerja ni, jarang betul boleh balik kampung. Dah cuti sem pun, tenaga pengajar (atau tenaga penjahanam hahahha) kena pergi jugak kolej. Raya haji aku bertekad macam mane pun kena balik kampung jugak sebab mak aku dah bising suruh buat pasport cepat.
Semalam aku berpeluang bertemu geng-geng di kampung ni. Dengan kata lain budak-budak scene di kampung la sebab sejak sampai malam Khamis tu aku keluar rumah lepak ngn kwn 2 kali je dengan Aniq (Masked Reader zine) dan Kalik (kawan aku sekelas dari darjah 4 di KL sampai tingkatan 3 di Terengganu, ajaib).
Masa aku buat pasport sempat aku terserempak dengan Sibo dan adiknya dari kugiran Dead Eyes Glow yang meningkat naik sekarang ni. Marang hardcore, ooppss sekarang dah jadi East Coast Hardcore?? Mereka buat pasport berkumpulan nak pegi Indonesia ada show kat sana. Dah maju sekarang masing-masing dah main luar negara. Bagus. Tak pernah aku bayangkan suatu masa dahulu band-band kawan-kawan dapat merasa pergi oversea semata-mata untuk main gig.
So, semalam pun jumpa Fazri DRSA (dengan isteri dan anak), Izhan Sleepyjeremy (dengan isteri), Syukree Chaos PS dekat kenduri kahwin Sedang sang penyanyi Sleepyjeremy dengan gadis pilihan sendiri. Tahniah la pada beliau dan 'orang rumah dan jalan-jalan' beliau. :)
Dah jumpa Izhan tu, dia ajakla buat aktiviti 'scene' sikit, apa lagi...gi jamming. Malam tu ramai jugak lah. Shabri Kasih Sayang, Izhan, Awang Dully Dog, Muih Inikah Hidup, seluruh line-up kugiran The Obvious, Rizie dan Taki dari Clumsy Ruby dan lain-lain la. Feisal Geronimo pun ade lepak minum.
Sebelum masuk studio rupanya Carin yang jamming dengan kugirannya, Distortia. Sempat jugak jumpe mata ngan dia walaupun tak sempat lepak sembang minum tanya perkembangan distro dia dan lain-lain aktiviti. Tahun ni SPM kang? hahaha. Studio satu lagi sebelum Rizie masuk, rupanya dua org cousins aku yang jamming. Sempat aku bagi free copy Dum Dum Tak dan Mosh kat diorang. Kan dah kate, penjahanam generasi masa depan hahahha! Aku pun baru tahu yang cousin-cousin aku ni (muda lagi baru abis SPM) ada terjebak dengan gejala sihat ni, main muzik punk rock.
Hahaha...biase la jamming galok-galok ni lagu-lagu pun ngarut jer. Sebab Awang main gitar, banyak lagu Ramones yang dibantai main. Terselit juga sebuah lagu yang agak hits jugak dari kugiran Inikah Hidup hahahahhaha...iaitu lagu 'tunduk'...(3 yang jamming tu line-up Inikah Hidup)
Memang tak cukup senarai manusia-manusia yang aku wajib jumpa tiap kali balik kampung dalam perenggan atas tadi tu. Tapi apakan daya musim tengkujuh macam ni, memang sedap tidur berdengkur kat rumah berbanding lepak ngn member-member. Apatah lagi aku ni memang pemalas dan suka tido. Haha.
Sedikit Iklan: DRSA zine kelolaan Cikgu Fazri isu ke 9 dah release pada bulan ni. Aku pun baru dapat semalam. Ada wawancara dengan Hishamuddin Rais (yang dibuat oleh Shabri dan aku) serta Ayie Bullat (sapa dia manusia ni?? ketahui sendiri dalam zine ni), ada kolum dari Fazri sendiri, aku, Mat Inikah Hidup, Din Akar, Rule Holiday In The Rain zine dan lain-lain. Aku ada beberapa copy tapi sangat terhad. Bole try tanya aku atau email ke drsa@rocketmail.com
Selamat Hari Raya Qurban.
Tak dilupakan kepada vegan yang sembelih sayur, bak kata Syukree.
;D
No comments:
Post a Comment