Wednesday, August 8, 2018

Temuramah: UNCURE


UNCURE dianggotai oleh Anaz dan Zul A.C.A.B dan baru-baru ini mengeluarkan album perdana berjudul 'Bengang!'. Aku mencuri sedikit masa Anaz untuk menemubual beliau tentang band ini. 


1. Assalamualaikum, pertama-tamanya Selamat Pengantin Baru buat Anaz dan Bai. Bagaimana rasanya bekerjasama dengan suami/isteri sendiri dalam satu band? Apakah yang membuatkan ia jadi susah atau lebih memudahkan? 

Waalaikumussalam, Alhamdulillah. Terima kasih. Anaz & Bai sudah lama bekerjasama dari zaman tak bercinta, ke bercinta sampailah jadi suami isteri. Alhamdulillah segala urusan lebih mudah, InsyaAllah.

2. Boleh ceritakan sedikit sejarah ringkas tentang band Uncure, adakah ia ditubuhkan kerana Megat kini aktif dengan band Klan. Adakah Anaz masih bersama ACAB untuk gig-gig akan datang?

UNCURE telah ditubuhkan pada tahun 1996 oleh Zul & Anaz. UNCURE tak dapat diteruskan kerana tiada hala tuju jadi UNCURE mengambil keputusan untuk berdiam sehinggalah tahun 2017 di mana UNCURE mula merancang untuk mengumpul material, masuk studio dan perform di gig.


3. Apa yang aku dapat dengar Uncure memainkan muzik ska dan oi!, namakan beberapa band yang menjadi rujukan Uncure?

UNCURE adalah gabungan Madness, Rancid, The Business, Metallica dan Nat King Cole.

4. Ceritakan sedikit tentang CD ‘Bengang!’, proses rakamannya di Bsync Studio dan CD diterbitkan oleh Bsync Live. Kenapa memilih Bsync? Bagaimana sambutan dan maklumbalas tentang CD dan lagu-lagu oleh kawan-kawan dan pendengar?

Istimewanya Album ‘Bengang’ adalah album ini mengandungi 8 track lagu, 4 track dirakam secara track by track, manakala 4 track lagi dirakam secara live. Album ‘Bengang’ diterbitkan oleh UNCURE & Adam Soffian, boss BsyncLive.


UNCURE memilih Adam Soffian & BsyncLive kerana percaya atas kualiti bunyi/audio yang baik sepanjang proses recording, mixing, mastering sehinggalah ke proses cetak CD fizikal. UNCURE memang sukakan cabaran.
Alhamdulillah, setakat ni UNCURE menerima banyak maklumbalas yang positif dari pendengar-pendengar. Apa yang mengejutkan pendengar UNCURE bukan saja terdiri dari golongan remaja atau dewasa, malahan kanak-kanak, ‘baby’ sehinggalah ke warga emas.


5. Lagu ‘Lawan’ kedengaran seperti lagu ‘Violence’ (ACAB), adakah ia lagu sama tapi dialih bahasa? Dan lagu Bersama Semula (ACAB) turut dirakam dalam CD Uncure ini. Kenapa lagu-lagu ini dirakam semula? Mungkin untuk berikan ia nafas berbeza iaitu versi Uncure?

Lagu-lagu tersebut adalah ciptaan Anaz dan kebanyakan lagu-lagu UNCURE juga dicipta oleh Anaz. Jadi tak salah kalau UNCURE merakamkan kembali lagu-lagu tersebut.

6. Agak jarang band skinhead di Asia Tenggara ni mempunyai drummer wanita aku rasa, dan bertudung. Salute to Bai, apa perasaan atau ada apa-apa pesanan untuk kaum-kaum wanita di luar sana yang berminat dengan muzik seperti ini terutamanya yang minat dengan instrumen dram?

Kita boleh lihat di YouTube ramai drummer perempuan di Asia Tenggara yang lebih berbakat dan boleh dijadikan sumber inspirasi. Jika ada rasa minat pada dram, belajar. Practice, practice, practice.


7. Antara lagu kegemaran aku dalam CD ini adalah ‘Oh! Makcik’ dan ‘Bengang’, dua lagu yang boleh aku katakan lagu cinta. Boleh ceritakan tentang lagu-lagu ini dan apa yang menjadi inspirasi untuk menulis lirik-lirik lagu lain?

Kita dan hidup memang tidak boleh lari dari cinta. Cinta kepada Tuhan, cinta kepada alam, cinta sesama manusia. ‘Oh! Makcik’ dan ‘Bengang’ adalah lagu realiti yang pernah, atau mungkin, atau bakal terjadi dalam hidup seseorang itu. Bila dikatakan lagu realiti, apa-apapun boleh dijadikan sumber inspirasi. Contoh: cawan.

8. Sudah berapa banyak gig dan konsert yang disertai? Yang mana paling istimewa dan kenapa?

Banyak. kalau boleh UNCURE nak senaraikan satu-satu, sebab setiap gig dan konsert yang pernah UNCURE sertai semuanya ada meninggalkan kenangan yang terbaik.

Gig / konsert menjadi istimewa adalah apabila sistem bunyi baik, crew yang cekap. juga yang paling penting adalah support dari crowd kerana vibe yang ada pada mereka mampu menghangatkan satu persembahan band itu. itulah yang terjadi dalam setiap gig / showcase / konsert UNCURE. Terima kasih semua yang terlibat.


9. Korang dah rakam muzik video untuk lagu ‘Bengang!’, aka nada lagi lagu lain yang dibikin video untuk album ini?

Masih dalam perancangan. InsyaAllah.

10. Kata-kata terakhir untuk pembaza zine Mosh. Terima kasih.
Dapatkan CD Album ‘Bengang’, T-shirt UNCURE di page FB UNCURE
https://www.facebook.com/uncure
IG @uncure_band @Streetcultdistro

Sokonglah muzik tempatan. Terima kasih brotha  Ahmad Nizamuddin Abdullah & zine Mosh sudi interview UNCURE.


No comments: