Wednesday, July 4, 2018

Ulasan: Membarai Lebaran CD


Aku ada perasan beberapa band rakam cover lagu Raya pada bulan puasa baru ni seperti T.I.M, 199X dan No Distance memlalui kemaskini di laman medsos mereka. Suatu hari aku dapat panggilan dari Sanchez menanya samada Nervhous Records berminat untuk mengeluarkan CD kompilasi Raya band-band tersebut dan beberapa lagi band lain juga ada merakam. Aku jawab berminat dan suruh masukkan sekali lagu Raya oleh dua band Kota Kinabalu iaitu Con-Damn The Corruptor dan Chugs On Deck yang telah pun mengedarkan lagu Raya mereka pada tahun lepas. Melihat pada kesungguhan dan nama-nama yang turut serta dalam projek ini, aku dapat agak kompilasi ini akan dapat sambutan hangat.

199X merupakan band yang mana dua lagu mereka mengungguli Carta Indie ROTTW untuk banyak minggu berturut-turut. Raja, gitaris mereka juga merupakan tunjang utama projek kompilasi CD ini. Dalam kompilasi ini, mereka memainkan lagu oleh Kumpulan Senario iaitu ‘Seminggu Berhari Raya’, mereka turut membuat video music dan boleh ditonton di YouTube. Band Duckhead turut membuat music video untuk lagu mereka dalam kompilasi ini, check it out.

Kompilasi ini turut memuatkan lagu dari band-band Skinhead/Oi seperti 2nd Guess dan The Nationhead. Kebanyakan artis lain di sini memainkan stail muzik punk rock seperti Daisy Dream, Kamil Hasbi, dan JohnN Betty. Namun begitu, kompilasi ini turut memuatkan irama metal oleh D’fender dan grindcore oleh Dislodos. Dua band ini boleh dikatakan penyeri kerana membawa kelainan dari lagu-lagu lain. Penyeri yang lain termasuklah John N Betty yang menampilkan vokalis wanita.


Kulit kompilasi ini direka oleh Najir dari Pawerkord Merch dengan konsep pop art yang menarik. Kelipan Store pula menaja untuk poster percuma dengan pembelian CD, namun ianya terhad. Gambar setiap band ada dalam cover, aku ni jenis rasa potong stim sikit kalau dalam CD atau kaset kompilasi muzik yang tiada gambar dan info pasal band, sebab tu aku pastikan gambar band mesti ada.

Empat buah band memainkan lagu sendiri dan bukan saduran iaitu band Dislodos, Con-damn The Corruptor, Chugs On Deck dan juga The Nationhead.

CD ini dikeluarkan pada minggu Raya kedua, agak lewat kerana projek spontan dan last minute. Lagu-lagu dalam kompilasi ini akan kekal relevan untuk dijadikan koleksi dalam rak CD anda kerana kita beraya setiap tahun.

Cakera Padat ini boleh dibeli dari aku, dari band dan beberapa kedai seperti Teenage Head Records Subang Jaya, Tandang Store Kampung Attap KL, Vnine Concept Store Ipoh, Echoes Cyberjaya dan kedai-kedai lain bakal menyusul.


Untuk memesan: 017-963 9316 (Nizang)

No comments: