Friday, August 17, 2018

5 Soalan: THE FATALIS


The Fatalis band baru yang agak aktif dengan jadual gig dan baru-baru ni ada bermain beberapa show di Indonesia. Di sini aku letak lima soalan dulu sebagai teaser, untuk membaca interview penuh kena dapatkan zine Mosh isu 19 yang aku tengah bikin, check it out...

1. Apa cerita logo spoof Sheer Mag ni? Cerita sikit…
Ahahah! Takde cerita apa pun, cuma aku (Adib) tengok banyak je band-band lain spoof kan logo band-band idola mereka. Pada masa yang sama, aku pulak tengah layan gila Sheer Mag and minat gila dengan muzik and konsep band mereka.
2. Okey, ceritakan sikit pasal ep ‘Gagalis Optimis’? Macam mana sambutan dan maklumbalas pendengar? Vinyl jadi keluar? Ceritakan tentang versi kaset? Masih ada dijual?
EP Gagalis Optimis antara EP yg terpantas dihasilkan oleh kami. Agak rushing. Buat lagu sebulan, masa yg diambil untuk recording 13jam, mixing 5 hari, mastering 5 hari, design 1 hari. Sambutan alhamdulillah amat baik. Maklumbalas pendengar juga sangat memberangsangkan dan membuatkan kami terus ingin berkarya dan perform show. Untuk vinyl, kalau ada rezeki, kami akan buat untuk full length la, rasanya lebih berbaloi. Versi kaset syukur semakin habis, di distro kebanyakkanya habis dijual. Tinggal dengan kami lagi ada 10 keping.

3. Band-band apa yang korang semua dengar untuk pengaruh The Fatalis?
Fuhh banyak actually, aku try la list kan ok? Black Sabbath, Led Zeppelin, MC5, Sheer Mag, Off!, Annihilation Time, Kelompok Penerbang Roket, The SIGIT, Mooner, Sweet Charity, Search, Wolfmother, The Hives, Dean Dirg, The Heavy, The Haggard Cat, Ghost, Death (proto punk) dan banyak lagi.


4. Ceritakan sikit tentang pengambaran video ‘Taknak Standard’ dan ‘Gagalis Optimis’?

Video 'Taknak Standard' dijalankan secara diy dengan Hariz Mansor sebagai videographer dan Khalil Makata sebagai photographer. Agak gerila kerana tiada permit bila sesetengah lokasi itu dilakukan di bandaraya Kuala Lumpur. Ada juga kereta polis peronda berulangkali lalu di lokasi kami mengadakan penggambaran. Tapi mereka cool je. Lokasi kedua pula ditaja khas oleh ATAS by BijanFX juga tempat di mana EP kami dirakamkan. Keseluruhan video diarah sepenuhnya oleh aku sendiri bagi menjimatkan kos. Boleh la kan?

Seterusnya video 'Gagalis Optimis' dihasilkan dan diarahkan oleh bekas kawan sekerja aku dulu di Leo Burnette, Hyrul Anuar. Dibantu pula oleh Videographer dan Director of Photography dipinjam khas dari Reservoir Films iaitu Kai Lau dan pembantunya Azizul. Lokasi di studio Reservoir sendiri dan Rumah Api Ampang (Thank you Man Beranak!). Turut ada dalam video tersebut adalah isteri Man, Filzah Amran, rakan sekerja Hyrul, Jamal Afiq dan teraju utama oleh Adieyka Zainal, seorang penggiat teater tempatan. Syukur kami dikunjungi sokongan2 sebegini dalam membantu kami terus bergerak selaku band baru di dalam scene. Terima kasih semua! 5. Kenapa nyanyi dalam Bahasa melayu? Mungkin terpengaruh dengan band-band yang nyanyi dalam Bahasa Melayu yang lain?
Dari dulu aku nak ada band bahasa melayu yang mesej-mesej di dalamnya penuh rebel yang menjurus ke arah positiviti di dalam kehidupan seharian. Sebab kita acapkali disuapkan dengan mesej-mesej rebel berbahasa inggeris. Aku cukup tertarik bagaimana band hardcore Straight Answer misalnya, menggunakan bahasa ibunda mereka dalam setiap lagu mereka. Begitu juga halnya dengan Kelompok Penerbang Roket.


No comments: