Hari Isnin lepas aku ada appointment dengan seorang mamat
ni. Namanya Marko, asal dari Venice Italy tapi kini tinggal di Pulau Pinang. Dia tengah buat pHd dan kajiannya
tentang muzik, budaya dan kehidupan pemuzik punk dan metal di Malaysia. Aku
pergi ambil dia di Sunway Pyramid. Nampak je kereta aku, dia tahulah tu aku
walaupun tak pernah jumpa sebelum ni atau tengok gambar. Sebab di dashboard
kereta aku ada sticker Marjinal katanya.
Kami gi makan di kedai mamak tepi
Sunway Pyramid. Nak makan dalam Sunway Pyramid karang kurang sikit mata yang bakal
diperolehi kalau dinilai oleh masyarakat punk. Makan dalam sunway pyramid stok dengan
awek atau dengan anak isteri kira okey lagi. Lepas berkenalan sikit-sikit, kami
pun sambung temuramah dalam kereta, senyap sikit katanya. Soalan-soalan asas saja dan aku bagi komitmen sepenuh hati.
Katanya dah ada penerbit yang berminat nak terbitkan buku dia yang kajian tentang muzik punk dan metal di Malaysia ni. Dan masa tu
jugak katanya novel dia yang berjudul ‘Nazi Goreng’ tentang malay power sedang
dalam proses percetakan oleh syarikat penerbitan di Singapura. Oh ya, dia juga main gitar dengan band fastcore Pulau
Pinang iaitu Weot Skam, diorang baru keluar album. Sebelum tu dia main band The Nerds di Italy yang agak aktif dan produktif.
Ramai juga katanya yang dia nak temuramah untuk kajian
dia tu, antaranya; Joe Kidd (Carburetor Dung), Dr Bentara (ex-Langsuyr). Aku harap dia dapat cukup bahan untuk kajian dia. Tak sabar nak baca bukunya nanti.
1 comment:
Gua pun ada buat entri pasal Marco punya visit ke tempat aku Bintulu dulu...great guy, peramah dan byk pengalaman...haha dia siap bagi beberapa copy cd band lama dia The Nerds kat aku...memang bad ass la band punk lama dia ni...
Post a Comment