Tuesday, October 8, 2013

Acara 2 tahun Buku Jalanan

Hari Sabtu yang lalu, aku sempat meluangkan masa di acara ulangtahun kedua Buku Jalanan. Tempatnya tak jauh dari rumah, tapi campur traffic jam setengah jam jugaklah perjalanan. Bertempat di tepi tasik Shah Alam, ada aktiviti macam demonstrasi batik tie-dye, pakai inai secara percuma, boleh baca buku, main kejar-kejar, jumpa orang-orang yang selalu baca status di facebook (tapi segan nak tegur bila berdepan). Walaupun semacam kurang promosi, tapi ramai jugaklah yang datang. Ada buku-buku yang disusun di tangga taman dan digantung pada pohon-pohon.


Masa aku sampai di belah petang tu sedang dijalankan forum kalau tak silap tentang penggunaan Bahasa Melayu dalam penulisan. Sampai dah tengah-tengah forum lalu aku terus buat-buat khusyuk. Berat jugak aku dengar diskusi diorang. Rasa macam kecik je dikelilingi orang-orang intelek dengan hujah-hujah dan buku-buku akademik di tangan. Panel ada tiga orang -sorang pun aku tak kenal. Moderator macam kenal tapi takut salah orang.


Dalam ramai-ramai tu, ada seorang pakai jacket denim penuh patches punk rock duduk agak jauh dari aku. Sebelah kanan aku ada dua orang mamat pakai baju hitam, tapi rasanya bukan budak black metal. Seorang tegur aku lepas tu tanya pasal 'Lepak Anarki' dan gig punk. Aku buat kesimpulan mereka budak punk.  




Lepas forum habis, aku lepak tunggu Anuar tak sampai-sampai. Salah seorang panel menghampiri aku. Rasa teruja sikit orang intelek tegur dan kenal. Aku pun rasa macam intelek jugak sikit-sikit. Rupanya dia kawan FB aku, Nazreen yang pernah mengadakan sessi perkongsian pengalaman oleh Wan Hamidi (dikenali dalam zine Aedes dengan nama Midiskirt). Seorang punk veteran dan juga seorang penulis.

Lepas tu pulak, moderator forum datang tegur pula. Dia cakap bahasa baku, aku dengar dah macam cara A. Samad Said bercakap dah. Mungkin sebab faktor dia berasal dari Sabah. Rupanya betullah dia Syarifah yang pernah kontek aku di FB, seorang pelajar Sains Politikal dan sedang buat Master di UKM. Tajuk tesis dia Rumah Api: Representasi Punk dalam Politik. Harap tulisan dia pun dibukukan! Good Luck.

Lepas tu ada persembahan dari kumpulan Gamelan UIA dan akustik. Time tu budak-budak Skinhead Plumbum baru sampai. Lepas salam aku mintak diri untuk meeting dengan Anuar dekat mamak. Kami merancang beberapa hal bukan-bukan. Kah kah kah, dah habis catatan eksyen.

No comments: