Wednesday, May 4, 2011
Walimatul Usri
InsyaAllah aku akan bernikah pada 28 May ni dan kenduri belah perempuan 29 May di Dewan Pejabat Tanah/Daerah Klang. Belah lelaki 'sambut menantu' pula pada 23 Julai di rumah mak aku di Kuala Ibai, Kuala Terengganu.
Doakan aku kawan-kawan. Agar dapat membina keluarga yang yang diredhai tuhan. Agar bahagia dan selamat dunia akhirat dan diberi kekuatan olehNya. InsyaAllah.
Ramai kawan-kawan yang tengok gambar nikah adik aku di facebook sangkakan aku yang dah bernikah. Ramai ucap selamat pengantin baru di facebook, tulis kat blog diorang dan ada yang hantar sms cakap selamat pengantin baru walhal aku belum nikah. Hehehe.
Mungkin rupa aku dengan adik aku sama. Cermin mata pun lebih kurang sama. Tapi dia tembam dan gelap sikit dari, berkulit licin dan berlesung pipit.
PS: uncle aku cakap Walimatul Urus tu salah dari segi bahasa Arabnya. Yang betulnya Walimatulusri dan Walimatulusra. Jadi selama ni yang orang kita duk tulis tu salahlah gamaknya?
Labels:
news
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment