Wednesday, July 21, 2010

draft buku punk rock part 2

Punk itu muzik bising. Punk itu compang-camping. Punk itu huru-hara.

Punk itu pemalas, punk itu busuk, punk itu sampah, punk itu selekeh, punk itu miskin, budak punk takde masa depan dan kutu punk takkan berjaya dalam hidup. Punk itu budaya kuning, budaya rosak akhlak, punk tak ada pedoman hidup dan punk itu adalah sejuta kenegatifan yang lain. Punk tidak patut hidup bebas. Punk mesti ditambat dan dihumbankan dalam lokap sebelum anak-anak muda lain terpengaruh dan anak-anak dara dirosakkan.

Macam tu lah punk selalu dimomok dan dikaitkan oleh media mass dan sesetengah budak ‘punk’ sendiri dengan segala elemen-elemen negatif. Kalau dah cecah umur 25 tahun dan masih menjiwai dan mencari punk, kau pasti ditegur. “Tak habis-habis dengan punk!”

Kenapa? Mungkin sebab-sebab yang tadi lah. Sebab ianya negatif. Jadi ia mesti ditinggalkan. Dah habis sekolah kena hisap dadah. Dah kerja kena pencen dari punk. Dah kahwin kena lupakan punk. Dah ada anak kena jadi manusia contoh yang serba sempurna.

Punk bukan sekadar muzik huha-huha, pakaian koyak rabak dan penampilan diluar norma masyarakat sekeliling. Punk bukanlah wajib melanggar undang-undang dan bersikap ‘tak peduli’.

2 comments:

hakim said...

perlu ke bnde2 tu sume untuk punk?punk is a way of life,tp kalo da tinggalkan sume mcm tu je,hipokrit lah jwbnye..haha..

Shariman said...

just nak share.
kawan kat tempat keje aku selalu cakap..
"ko ni main lagu punk,ko tak nampak punk pun?"hahaha

atau

"weh,apa nih gurau pun tak boleh,kata punk!"

dan seterusnya

"bapak punk nanti anak macam gampunk"

huhu